BAB 1

Horror & Thriller Completed 1199

Dentingan sebanyak tiga kali menandakan jam sudah menganjak ke angka tiga pagi. Haslinda yang masih tekun mengulangkaji mula merengangkan tubuhnya dek keletihan.

Tengkuknya mula terasa lenguh setelah berjam menghadap buku. Maklumlah peperiksaan SPM sudah semakin hampir. Sebagai anak sulung, dia perlu berusaha bersungguh-sungguh demi memastikan masa depan keluarganya terbela.

Dia tidak mahu pengorbanan ibunya menjadi sia-sia hanya kerana dirinya yang malas berusaha. Dia tahu bukan senang ibu mahu membesarkannya dengan status ibu tunggal. Adik-adiknya pula masih lagi kecil.

Mengenangkan itu, Haslinda kembali berkobar-kobar untuk mengulangkaji.

Sedang asyik Haslinda mengulangkaji, tetiba telinga menangkap satu bunyi yang aneh. Seolah-olah seseorang sedang memanggil dirinya. Haslinda menghentikan bacaannya.

Matanya melilau mencari kelibat sesiapa yang mungkin berada di bilik bacaan Aspuri Zulaikha. Namun, matanya tidak menangkap bayang sesiapa di situ.

“ Ya, Allah… Lupa plak aku nak kejutkan si Suzana.”

Haslinda menepuk dahinya lalu bingkas bangun dan berlalu menuju ke dorm Aspalelah untuk mengejutkan Suzana apabila teringatkan janjinya sebentar tadi. Suasana yang suram itu membuatkan hati Haslinda berdegup kencang.

Tiba-tiba sahaja hatinya digamit rasa takut.

Maklumlah, belum pernah dia mengulangkaji seorang diri. Biasanya kawan baiknya, Suzana akan bersama-samanya mengulangkaji.

Namun, disebabkan sakit kepala yang menyerang secara tiba-tiba Suzana mengambil keputusan untuk tidur sebentar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience