BAB 6

Horror & Thriller Completed 1199

Ustaz Rizuan yang mengikuti Cempaka dari belakang berasa sungguh terkejut dengan apa yang sedang dilihat.

Kemuculan lembaga putih dengan rambut yang mengerbang benar-benar memeranjatkannya. Apatah lagi dengan mata yang kemerahan serta kakinya tidak mencecah bumi membuatkan Ustaz Rizuan teringatkan kepada sesuatu.

“ Kambalung ” desis hati Ustaz Rizuan.

Mujurlah tadi Khalisa memberitahunya tentang tingkah Cempaka yang mencurigakan. Jika tidak, sampai kapan pun dia tidak akan mengetahui bahawa Cempaka berhubung dengan Kambalung.

Khalisa yang turut mengikut jejak Ustaz Rizuan mula di serang histeria. Pekikan Khalisa yang nyaring bukan sahaja mengejutkan Ustaz Rizuan. Malah, turut mengejutkan Cempaka. Cempaka pantas mendekati Ustaz Rizuan. Dia semakin tidak memahami apa yang Kambalung mahukan.

Kambalung mulai mengilai penuh kesukaan melihat keadaan Khalisa yang tidak sedarkan diri itu. Sedikit sebanyak dendamnya kini terbalas. Dia akan cuba menghapuskan mereka yang cuba merampas Cempaka daripadanya. Dia tidak akan membiarkan Cempaka dibawa mereka sama seperti Izara.

“ Ustaz, apa sebenarnya ni? Cempaka takutlah Ustaz” ujar Cempaka terketar-ketar.

“ Cempaka, Ustaz nak kamu baca ayat qursi dan tengok-tengokkan Khalisa. Ustaz perlu berbincang dengan Kambalung.” balas Ustaz Rizuan sambil mulutnya mula terkumat-kamit membaca sesuatu.

Cempaka dapat melihat wajah Kambalung yang tiba-tiba berubah menjadi hitam. Matanya yang merah memandang Ustaz Rizuan dengan tajam sekali. Kambalung mula bertindak ganas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience