BAB 3

Horror & Thriller Completed 1199

“ Haslinda, temankan aku pergi toilet. Takutlah nak pergi sorang-sorang.” pinta Cempaka.

Haslinda mengangguk laju. Dia sendiri mahu ke toilet untuk mencuci muka. Elok juga kalau berteman. Suasana yang gelap, dengan bunyi burung hantu yang bersahutan membuatkan dia seram sejuk. Suasana malam ini berbeza sungguh daripada biasa!

“ Nak kejut ke tidak si Suzana ni? Mmmm… tak pe lah. Aku kejut kejap lagi je lah” bisik hati kecil Haslinda.

Haslinda dan Cempaka mula mengorak langkah menuju ke tandas yang terletak bersebelahan dengan dorm mereka. Tiba-tiba Haslinda terpandang kelibat seseorang berdiri tegak berdekatan dengan pagar asrama mereka. Hatinya mula gundah!

“ Cempaka, kau nampak tak apa yang aku nampak?” bisik Haslinda sambil menarik tubuh Cempaka rapat ke arahnya.

“ Kau nampak apa Haslinda ? Nampak Hantu Mak Cik Limah ke?” balas Cempaka selamba.

Haslinda yang mendengar mencubit lengan Cempaka. Geram sungguh hatinya mengenangkan mulut Cempaka yang begitu celupar. Payah jugak kalau berdepan dengan kawan yang terlalu berani macam Cempaka ni.

Semua benda dia ambil mudah je. Cakap ikut sedap mulut. Kang kalau benda tu datang baru padan dengan muka dia tu!

Cempaka mengaduh kesakitan. Dia menggosok-gosok lengannya yang mula kemerahan. Walaupun cahaya lampu agak samar-samar, namun dia masih boleh melihat kesan cubitan Haslinda tadi.

“ Dahlah Cempaka. Daripada bercakap dengan kau, baik aku diam. Menyakitkan hati, jantung dan limpa aku je tau! ” marah Haslinda.

Tanpa menghiraukan Cempaka yang masih terconggak di luar, Haslinda terus masuk ke tandas. Dia sudah malas untuk bercakap dengan temannya itu. Sifatnya yang suka menyakat tak tentu hala membuatkan Haslinda berasa menyampah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience