'Make any noise and you're dead.'
Suara garau itu masih terngiang-ngiang ditelingaku.
Arahan keras yang tidak masuk akal. Tetapi hakikatnya, memang itu sahaja cara untuk aku hidup.
Mata kupejam buat beberapa saat. Pistol di dalam genggaman kecil ku kemaskan. Tubuhku masih menggeletar. Peluh yang merenik turun ke dahi, aku biarkan. Bajuku yang diselaputi tanah dan lumpur, tidak aku hiraukan. Langsung tidak terlintas untuk memikirkan keadaan diriku saat ini.
Dalam keadaan perit mananggung luka-luka ditubuh yang masih segar dan terdedah, aku cuba untuk merangkak. Setiap pergerakanku amat perlahan dan berhati-hati agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang boleh menarik perhatian mereka.
"Ahss!" Aku menekup mulutku sendiri. Sakit! Aku menekan perutku. Ikatan kain dikeliling perutku semakin ku kemaskan namun darah pekat tetap juga mengalir keluar.
Aku mengetap mulutku menahan sakit. Dapatku rasakan air mataku yang hampir kering mengalir lagi.
"Ona zdes'! (Dia ada di sini!)" Jeritan lantang seorang lelaki bergema di dalam bangunan kosong yang sedang aku masuki. Jantungku berdegup kencang saat ku dengar bunyi-bunyi tapak kaki yang bergegas masuk ke dalam bangunan terbiar ini.
Kesakitan diperutku terus diganti dengan ketakutan yang melampau. Mataku melilau mencari tempat untuk bersembunyi. Lantas aku merangkak ke belakang dan memencilkan diri diantara palang-palang besi yang elok tersandar pada dinding konkrit.
"Speshite i naydite yeye! (Cepat cari perempuan tu!)"
"Da, shteyger! (Baik, bos!)" Sebaik sahaja mendengar arahan itu mereka terus bergerak dengan pantas ke setiap sudut bangunan.
Nafasku tersekat-sekat. Degupan jantungku bagaikan hendak terkeluar dari pekung dadaku. Pistol yang masih berada dalam genggaman, aku acukan ke depan. Ibu jariku menggelatar saat aku menekan hammer pistol tersebut.
"Ahh!" Darah diperutku semakin membuak-buak. Aku mengetap bibirku, menghalang diriku daripada mengeluarkan sebarang bunyi.
Sakit!
"Ahss!" Sekali lagi aku mengetap bibirku, kali ini lebih kuat sehingga luka. Dapatku rasakan darah sedang mengalir ke dalam mulutku.
'Ya Allah..' Kepala ku tersandar lemah pada dinding. Setakat ini, masih tiada seorang pun yang menghampiri tempat persembunyianku. Sebaik sahaja aku ingin menghembuskan nafas lega..
PRANGG!!
Sekali lagi jantungku berdegup kencang. Aku meninjau bunyi kuat itu dari celahan palang besi. Nafasku semakin kuat. Dadaku terasa sempit ditambah pula dengan perutku yang bertambah perit.
Kelihatan palang besi yang jatuh bergolek itu dikutip oleh satu tangan sasa lalu diseret ke arah tempat aku bersembunyi. Bunyi nyaring seretan itu seiring degan derap tapak kaki lelaki tersebut.
Langkahnya tiba-tiba terhenti lalu hujung besi itu dikuis-kuis pada tompokan darahku yang masih merah dan segar diatas lantai konkrit itu. Perbuatan lelaki itu membuatkan aku sedar bahawa tompokan-tompokan darah tersebut telah membentuk laluan yang menghala terus ke tempat aku bersembunyi.
Tubuhku menggeletar setelah menyedari perkara tersebut.
"Why did you make such a stupid mistake..?" Ayatnya sinis sekali.
Aku mengatup mataku rapat sambil mulutku tanpa henti berdoa kepada Yang Maha Besar. Telinga ku dapat menangkap setiap derap langkah lelaki itu.
Semakin dekat..dekat..dekat..dan..
Tanpa teragak-agak, dengan pantas aku mengacukan pistol ke arah lelaki itu tetapi, belum sempat aku menekan picu, palang-palang besi disekelilingku jatuh bertaburan ke atas lantai.
Salah satu palang besi tersebut jatuh menghentak tanganku lalu pistol ditanganku terlepas namun, aku masih sempat melepaskan satu das tembakan.
BANG!
Namun tembakanku tersasar. Sebaik sahaja tembakan tersebut dilepaskan, aku terus merebahkan tubuhku ke atas lantai. Bibirku semakin pucat kerana kehilangan banyak darah. Perlahan-lahan aku membuka mataku.
BANG!
Tiba-tiba satu tembakan yang entah dari mana dilepaskan dan terkena tepat di kepala lelaki itu. Tubuhnya yang tidak lagi bernyawa jatuh terkulai di atas lantai.
Mataku alih pada sepasang kaki yang sedang tegak berdiri betul-betul di hadapanku. Dengan lemah, aku mengangkat kepalaku.
Wajah tampan seorang lelaki yang amat ku kenali, beku tanpa perasaan. Renungan matanya tajam ke arahku. Perlahan-lahan, bibir merahnya membentuk seulas senyuman yang tidak dapat ku tafsir maksud disebaliknya. Apa yang pasti, aku ingin diselamatkan.
"Please..." aku merayu namun suara ku tidak langsung keluar. Hanya mulutku yang bergerak lemah tanpa bunyi, merayu pada lelaki itu.
"Amniya Nurhana.." Suaranya perlahan menyeru namaku.
"You missed the shot." Itu merupakan ayat terakhirnya sebelum mataku terkatup rapat.
Hilang dalam kegelapan.
Share this novel