Fail hitam ditangan kugenggam erat.
Dihadapan pintu kelabu yang terkatup rapat, dua orang pegawai polis sedang berdiri tegak mengawal bilik yang tertulis Interrogation Room.
Aku mengorak langkah ke arah lelaki yang sedang elok bersandar pada dinding di hadapan pintu tersebut. Pakaiannya seperti biasa, t-shirt kosong dengan jaket kulit yang tersarung elok pada tubuhnya. Rambutnya yang sudah mula beruban disikat rapi. Walaupun sudah berumur, wajahnya masih kelihatan kacak.
"Inspektor Ziyad." Tegurku beserta seulas senyuman.
Kepalanya berpaling ke arahku lalu tubuhnya ditolak dari dinding.
"Amniya." Inspektor Ziyad membalas teguranku dengan mengangkat tangan kanannya. Mata tuanya redup memandangku.
Dia berjalan perlahan ke arahku. Gigi putihnya yang tersusun rapi terserlah saat bibirnya menyimpul seulas senyuman mesra.
Jariku teragak-agak menuding ke arah pintu. Kening Inspektor Ziyad terjongket sebelah memandang perbuatanku.
"Suspek dah ada kat dalam kan?"
Soalanku dibalas dengan anggukan oleh Inspektor Ziyad. "Tinggal nak soal siasat je."
"Okey." Fail hitam ku peluk rapat ke dada.
Pandangan ku jatuh pada pintu kelabu dihadapanku. Nafas panjang kutarik dan lepas perlahan. Bertenang.
"Dah bersedia?" Tanyanya meminta kepastian.
"Insyaallah dah." Jawabku sambil memandang Inspektor Ziyad yakin.
Lantas Inspektor Ziyad mengeluarkan kunci lalu dimasukkan ke dalam lubang kunci. Polis yang sedang mengawal beranjak ketepi memberikan kami laluan.
Tombol pintu dipulas berhati-hati lalu ditolak. Dinding putih bilik tersebut terserlah dari balik pintu yang kini terbuka luas dihadapanku.
"Silakan."
Inspektor Ziyad memberi isyarat agar aku masuk dahulu.
Aku mengangguk sekali lalu menapak masuk ke dalam bilik tersebut dengan tenang. Angin sejuk bilik tersebut menyapa lembut kulit wajahku.
Klak!
Pintu dikatup semula dan bunyi tapak kaki Inspektor Ziyad dibelakang setia menemaniku.
Bilik tersebut agak kecil, berbentunk segi empat sama dengan dindingnya bercat putih dan satu lampu penaflour yang terpasang elok di atas siling. Duah buah kerusi besi dan sebuah kerusi pusing disusun secara bertentang bersama sebuah meja yang dilitakkan ditengah sebagai penghadang.
Dalam kemalapan cahaya bilik ini, kelihatan sesusuk tubuh sasa berpakaian serba hitam sedang duduk diatas kerusi besi. Kedua belah tangannya yang digari diletakkan di atas pangku. Kepalanya tertunduk kebawah, menjatuhkan beberapa helai rambut sederhana panjang yang menutup wajahnya.
"Ehem!" Inspektor Ziyad berdeham mematikan keheningan lalu dia berjalan ke arah lelaki yang masih menununduk itu.
Lelaki tersebut mengangkatkan kepala apabila menyedari Inspektor Ziyad sedang berdiri dihadapannya
"You have the right to remain silent." Kata Inspektoer Ziyad serius.
"You have the right to hire an attorney. Do you wish to have one?." Sambungnya lagi beserta soalan.
Aku membuang pandang ke arah lelaki itu. Kakinya terlunjur kehadapan santai. Kepalanyan pula asyik menoleh-noleh ke segenap ruang bilik kecil ini. Tidak langsung mengendahkan Inspektor Ziyad dihadapnnya.
Satu-satunya kerusi pusing kosong yang terletak bertentang dengan lelaki tersebut ditarik oleh Inspektor Ziyad. Dia mengisyaratkan supaya aku duduk disitu. Lantas aku mengorakkan langkah dan melabuhkan punggung ku di situ.
Inspektor Ziyad masih berdiri disebelahku. Badannya dibongkokkan dan kedua-dua belah tapak tangannya menekan meja tersebut. Gayanya persis inspektor yang seringkali ditonton dalam drama.
Kini aku sedang duduk betul-betul berhadapan dengan lelaki ini. Daripada Inspektor Ziyad, pandangannya kemudian jatuh tepat ke arahku. Dia merenungku dalam seperti sedang membaca mindaku. Mata kami bertentantangan seketika lalu aku melarikan pandangan ke arah fail hitam yang ku letakkan ke atas meja.
Buku nota kecil aku buka dan sebatang sebatang pen aku keluarkan dari poket blazer hitamku. Bersedia untuk menigsi segala maklumat yang diberi.
"Rayyan Khay. Is it?" Aku membuka bicara.
Senyap.
"Where are you from?" Aku mulakan dengan soalan ringkas.
Aku menunggu jawapan keluar dari mulutnya namun hanya renungan kosong yang diberi sebagai balasan.
"Do you speak English?" Tanyaku. Bimbang jika kebisuannya adalah disebabkan dia tidak memahamiku.
Tetapi dia masih membatu. Anak matanya tidak sekalipun beralih dariku.
Kedengaran Inspektor Ziyad mendengus geram. Namun kegeramannya tidak dapat dilepaskan kerana suspek mempunyai hak untuk berdiam diri dan tidak menjawab soalan yang diberi.
"Who else works with you?" Giliran Inspektor Ziyad untuk memberikan soalan berat.
Masih senyap. Aku yang penyabar pun sudah mula hilang sabar.
Tiba-tiba lelaki tersebut bangun dari duduknya. Dalam sekelip mata, pen dan buku ku dirampas kasar. Tubuhku secara automatik beranjak sedikit kebelakang. Terkejut.
Mataku terbuntang melihat perlakuannya yang tiba-tiba.
Inspektor Ziyad pula sudah mula mengorak langkah laju ke arah lelaki itu untuk merampas buku nota yang diambil, tetapi cepat-cepat aku halang.
"Inspektor!" Panggilku.
Langkahnya terhenti. Pandangannya jatuh ke arahku lalu aku cepat-cepat membuat isyarat seperti orang sedang menulis dan menunjuk ke arah lelaki itu.
Sekali lagi, Inspektor Ziyad memandang ke arah lelaki tersebut.
Lelaki itu sedang menulis di atas buku nota ku. Adakah lelaki itu sudah mula memberikan kerjasama? Jika benar, ini merupakan peluang yang baik untuk mendapatkan maklumat penting darinya.
Inspektor Ziyad mengangguk faham lalu kembali berdiri disebelahku. Tangannya disilang, tajam renungannya pada lelaki itu.
Keadaan kembali hening. Hanya bunyi gari bergesel yang kedengaran setiap kali tangannya bergerak untuk mencatat setiap patah perkataan di atas buku nota tersebut.
Selesai sahaja menulis, lelaki tersebut menolak buku nota itu dihadapanku. Dengan berhati-hati, aku mencapai buku nota tersebut dan membaca ayat yang tercatat diatas ruangan buku tersebut.
'I won't talk if that stupid old guy is here.'
Dahiku berkerut. Stupid old guy?
Aku tergamam sebaik sahaja aku memahami maksud lelaki itu.
Kepalaku berpaling ke arah Inspektor Ziyad. Gigiku ketap geram. 'Stupid old guy' dia panggil Inspektor Ziyad?!
Ispektor Ziyad memandangku pelik. Dia mengangkat keningnya mengisyaratkan aku supaya memberitahu apa yang ditulis.
"Dia nak Inspektor keluar." Kataku perlahan.
Inspektor Ziyad menghembuskan nafas panjang dan menggeleng kepalanya laju. Enggan.
Aku memandang lelaki yang masih merenungku dari arah bertentangan.
Lelaki itu menjongketkan bahunya melihat gelengan Inspektor Ziyad. Jelas sekali menyatakan, 'Well then. I won't talk.'
Aku terdiam sejenak, berfikir. Satu ini sahaja peluang yang aku ada untuk membuat lelaki ini bercakap. Kerjasamanya amat kuperlukan dalam siasatan ini bagi melancarkan proses kerjaku yang masih tergantung akibat kekurangan maklumat.
Pandangan ku beralih kepada Inspektor Ziyad.
"Inspektor." Panggilku perlahan.
"Dia kata dia akan bagi kerjasama kalau Inspektor setuju untuk biarkan saya sahaja yang uruskan soal siasat ni." Aku menjelaskan perkara tersebut dengan tenang. Ayat ku susun rapi agar Inspektor Ziyad dapat memahami situasi.
Keluhan berat dilepaskan lalu pandangannya dilemparkan ke arah lelaki tersebut. Jarinya tegak menuding ke arah lelaki itu.
"You better keep your word." Inspektor Ziyad memberikan amaran keras sebelum melangkah ke arah pintu.
Dalam masa yang sama, Inspektor Ziyad sempat berbisik kepadaku, "Saya akan perhati dari luar."
Aku mengangguk faham. Di dalam bilik ini terdapat 'observation mirror' untuk memantau siasatan dari luar tanpa dapat dilihat oleh orang yang berada di dalam. Segala yang dilakukan dan dibincangkan didalam bilik ini dapat didengari dan dilihat disebalik cermin tersebut.
Klak!
Sekali lagi pintu dikatup rapat. Meninggalkan aku dan lelaki ini.
Belum sempat aku membuka mulut, suara garaunya mencelah.
"Tell him to stop stalking us behind that mirror.." Jari telunjuknya dituding kebelakangku dimana 'observation mirror' tersebut berada lalu dia menyambung, "..and turn off the mic." Arahnya bersahaja.
Aku mengetap bibir. "Sorry but we can't do-"
"Or I won't talk." Dia memotong.
"At least I let you keep the camera on." Matanya melirik ke arah CCTV di sudut siling.
Aku mendengus perlahan. Fasih rupanya lelaki ini berbicara dalam Bahasa Inggeris. Pandangan ku beralih ke arah Inspektor Ziyad yang berada disebalik 'observation mirror'. Bayangnya tidak kelihatan tetapi aku tahu dia sedang memerhati kami dari situ dan telah mendengar segala kata-kata lelaki itu.
Kepala kuanggukkan beberapa kali. Memberi isyarat agar diikutkan sahaja permintaan lelaki ini.
Setelah aku yakin tiada yang memerhati dan mendengar, aku menjatuhkan pandangan kepada lelaki dihadapanku. Wajahnya yang kulihat berjambang di dalam gambar kini sudah elok bercukur. Mempamerkan mukanya yang bersih dan licin.
"Shall we start?" Tanyaku meminta kepastian.
"Go on." Dia membalas selamba.
Aku mengeluarkan beberapa dokumen dari fail hitamku lalu melemparkan soalan pertama.
"I heard you were involved in an illegal operation 3 days ago. Could you please describe what happened?"
Lelaki itu menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Tangan yang masih bergari diletakkan ke atas meja.
"Well.." Dia berjeda sebelum menyambung, "We were just doing our 'job'. Then, suddenly there were some stupid police cars interfering our 'job'. Guns shooting..people running..everything was hectic. And.."
Dia tersenyum. "..here I am now."
Aku diam, otakku cuba untuk memproses ceritanya.
Pelik. Kalau mereka beramai, kenapa hanya seorang yang ditangkap?
"Where are the others?" Tanyaku hairan.
"They left me." Mudah sekali jawapannya.
Aku mengangguk perlahan. Jadi yang lain sempat melarikan diri.
"Sorry but I don't quite understand. What do you mean by doing your 'job'?"
Tawa kecil dilepaskan oleh lelaki itu.
"Don't pretend, dear. I know you know." Ayatnya jelas sekali menyindirku yang berpura-pura tidak faham.
Aku senyap sahaja menanti jawapan. Aku hanya mengikut prosedur siasatan walaupun sudah kutahu jenayah yang dilakukan. Tetapi penjelasan yang lebih terpirinci dan pengakuan dari suspek amat diperlukan bagi memenuhi lompong-lompong kosong kes ini.
"We smuggle humans." Lelaki itu melihat reaksiku dan memandangku dengan pandangan penuh makna.
"Those people were brought to auctions. Sold as slaves. Killed for organs. Wether they're willing or not, they have no other choice but to obey." Wajahnya serius. Nada suaranya dingin dan bersahaja.
Tanganku genggam menahan amarah. Jijik! Sungguh aku jijik dengan lelaki ini. Tidakkah dia mempunyai sedikitpun rasa belas terhadap mangsa yang telah dirobek haknya dan dibunuh sesuka hati.
"Are you admitting that you are fully involved in this crime?" Aku bertanya tenang walaupun terasa seperti mahu menjerit dan menampar wajah tidak bersalah lelaki dihadapanku ini.
"Yes."
Jeda.
"If you ask me where we send them. I'll answer you honestly." Lelaki itu tiba-tiba menyarankanku untuk bertanya soalan tersebut.
Aku memandangnya pelik. Wajahnya penuh keyakinan dan maksud tersembunyi.
"Where do you send them?" Aku ikutkan sahaja kata-katanya.
"Russia." Jawab lelaki itu laju.
Rusia..? Aku terus mencatat maklumat tesebut dalam buku nota ku. Begitu mudah sekali dia memberikan ku maklumat sebesar ini. Apakah motif lelaki ini?
Aku meletakkan pen ku ke atas meja. Sebelum menamatkan sesi soal siasat, aku melemparkan soalan terakhir berdasarkan prosedur.
"What else were you expecting me to ask?"
Selalunya suspek tidak akan menjawab soalan ini kerana ia hanya akan membawa masalah pada mereka. Aku menutup buku nota ku dan memasukkan beberapa helai dokumen ke dalam fail. Bersedia untuk keluar.
"Good question." Tubuhnya dilunjur kehadapan sedikit.
Suaranya yang tiba-tiba itu membuatkan ku tersentak. Aku terus menghentikan perbuatanku dan perhatianku kembali fokus pada lelaki tersebut.
"Proceed." Kataku tenang sambil membetulkan duduk.
Dia mengukir senyuman lebar.
"Ask me why I'm here."
"Why are you here?" Soalku tanpa bertangguh.
Matanya merenungku dalam. Seolah-olah membaca mindaku.
Aku hanya diam menunggu jawapan.
Tubuh lelaki itu beranjak ke depan sehingga jarak mukanya dengan ku agak dekat. Aku cuba untuk mengelak namun apabila aku menyedari meja yang terletak diantara kami telah menghadkan pergerakannya, aku hanya diam membatu.
Mata kami bertentangan.
"To get you." Bisiknya perlahan bersama senyuman penuh makna.
Aku tergamam. Langsung tidak ku sangka jawapan seperti itu akan keluar dari mulutnya. Wajah serius lelaki itu ku pandang. Meremang bulu romaku.
Satu dengusan geram aku lepaskan. Adakah dia sedang mempermainkan aku? Mataku menjeling tajam lelaki itu.
"Alright then." Dokumen diatas meja kumasukkan ke dalam fail.
"Thank you for cooperating." Aku bangun dari dudukku lalu mencapai fail dan barang-barangku di atas meja.
Lelaki itu senyap memerhati perlakuanku.
"You have quite a temper, dear." Katanya.
Hendak termuntah aku mendengar dia memanggilku 'dear'.
Aku mengendahkan lelaki itu lalu mengorak langkah ke arah pintu. Hanya ekor matanya sahaja yang menghantar pemergianku.
"I'm also the victim." Sayup-sayup kedengaran suaranya saat aku sedang memulas tombol pintu.
Aku terhenti seketika lalu memusingkan kepala ku ke arahnya. Seulas senyuman misteri diberikan kepadaku. Adakah ini lagi satu daripada permainannya untuk memperbodohkanku? Tetapi intonasi suaranya kedengaran... sayu. Kontra sekali dengan reaksi mukanya yang beku tanpa perasaan.
Aku menggelengkan kepalaku. 'He's just messing with you.' Bisik hatiku. Aku terus melangkah keluar dari bilik sempit itu. Lelaki itu merupakan makhluk paling mengelirukan pernah aku jumpa.
Share this novel