; Bab 5

Detective Series 1246

Pen ditangan ku ketuk laju pada meja.

Bunyi ketukan yang kuat itu tidak langsung sampai ke pendengaranku. Pandangan kosong ku buang ke siling pejabatku. Mataku yang sembap dan bengkak kuhiraukan. Mindaku mengulang insiden malam kelmarin tanpa henti. Dua hari aku cuba untuk merungkaikan segala persoalan namun ia langsung tidak membawa kepada apa-apa kesimpulan.

Panggilan telefon misteri itu dan suara di hujung talian yang ku yakin adalah suara adikku. Jika benar itu adik, adakah dia dalam bahaya? Adakah dia sedang terseksa? Adakah dia hidup dalam penderitaan? Otakku bagaikan hendak pecah memikirkan pelbagai kemungkinan.

Aku menjeling telefon pejabat di meja sisiku.

'Just make a call and report!' Jerit hatiku.

Secara automatik, tanganku bergerak perlahan untuk meraih gagang telefon tersebut. Sebaik tanganku menyentuh gagang telefon, aku angkat dengan berhati-hati.

"Keep your mouth shut and she'll be safe."

Lantas gagang telefon tersebut terlepas dari tanganku dan menghentak kuat lantai konkrit pejabatku. Wayar kord gagang membuatkan ia melantun beberapa kali di atas lantai. Suara amaran itu terngiang-ngiang di mindaku. Tubuhku menggeletar. Liur pahit kutelan payah.

Apa patut aku buat? Tiada apa yang boleh aku lakukan sekarang ini. Aku tidak mahu adikku diapa-apakan.

Aku melepaskan satu dengusan kasar. Marah dengan diri sendiri yang tidak mampu berbuat apa-apa. Mataku menjeling sekilas kalendar yang elok tertampal pada dinding pejabatku.

'Suspect 2nd interrogation at 4.00 p.m.'

Hari ini merupakan kali kedua aku berjumpa suspek selepas 2 hari bertungkus lumus mengumpul maklumat walaupun fikiranku sesak memikirkan masalah yang sedang melanda diriku kini.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan kuat yang bagai hendak pecah itu menyentakkan ku dari lamunan.

"Amni!" Satu suara cemas menyapa pendengaran ku. Aku mengalih kan pandangan ke arah pintu pejabatku. Seorang lelaki tinggi bertubuh tegap sedang terbongkok bersama dada yang turun naik tanpa henti. Nafasnya tercungap-cungap seperti baru lepas maraton 100km.

Kening sebelah ku terjongket melihat wajahnya yang cemas. "Detektif Iqbal?"

"Suspek hilang. Dia dah larikan diri." Suaranya jelas sekali gusar. Halkum lelaki tersebut bergerak menelan liur.

Dua baris ayat tersebut membuatku terpaku. Aku lantas bangun dari dudukku. Tubuhku tegak berdiri menghadap lelaki itu.

"Mana Inspektor Ziyad?" Soalku laju. Anak mataku tepat memandang Detektif Iqbal.

"Inspektor dekat hospital sekarang."

Gigiku ketap kuat.

Tanpa membuang masa, aku mencapai kunci kereta ku dan terus bergegas keluar.


__________________________

"Inspektor!" Suaraku kuat memanggil namanya. Tirai biru cair yang tertutup itu kutolak kasar, menampakkan sekujur tubuh lelaki separuh umur sedang terbaring lemah diatas katil.

"Inspektor..." Aku mengorak langkah kecil ke arah katil Inspektor Ziyad. Tanganku menyentuh penghadang katil tersebut lalu kugenggam penghadang tersebut kemas. Setitis air mata jatuh melihat Inspektor Ziyad yang masih tidak sedarkan diri. Oxygen mask yang terpasang membuatkan hatiku semakin luluh.

Inspektor Ziyad yang kuanggap seperti bapaku kini sedang terlantar lemah di atas katil hospital. Lelaki separuh umur yang menjaga ku seperti anak sendiri selepas pemergian kedua ibu bapaku, yang menjagaku dan adikku dengan penuh kasih sayang di saat kami tiada siapa disisi sedang terlantar lemah di hadapanku.

Bahuku tiba-tiba disentuh lembut. Lambat-lambat aku menoleh kebelakang dan wajah risau Detektif Iqbal terpampang elok dihadapanku.

Aku terlalu cemas sehingga tidak perasan akan lelaki ini yang sedari tadi setia menemaniku hingga ke hospital. Air mata aku sapu laju.

"Terima kasih, Iq." Ucapku dengan suara yang masih serak.

Wajahnya penuh kerisauan. Dia merenungku lama.

"You sure you're okay?" Tanya Detektif Iqbal prihatin.

Aku mengalihkan pandanganku pada Inspektor Ziyad lalu membalas pertanyaannya dengan satu anggukan kecil.

"Saya okey." Jawabku ringkas walaupun kutahu jawapanku kedengaran jelas sekali menipu. Lelaki itu hanya mendiamkan diri melihatku. Aku tahu dia sedang membaca fikiranku.

"No you're not but it's going to be okay. Iq akan cari suspek tu sampai dapat." Janjinya padaku. Mataku yang hampir kering kembali berkaca. Disebabkan suspek yang seorang itu, Inspektor Ziyad diserang sampai begini sekali. Abdomennya yang dibalut dengan kain pembalut putih aku tenung kosong. Berapa tembus das tembakan yang telah ditanggung lelaki tua ini?

Wajah Detektif Iqbal yang tenang itu kupandang sekilas. Aku tahu dia juga sedang risau tetapi tidak ditunjuk.

Detektif Iqbal merupakan orang pertama yang menegurku ketika kakiku baru menjejak masuk ke alam universiti. Kebetulan pula kami mengambil kursus yang sama, hubungan kami pun menjadi semakin rapat. Sehingga kini dia merupakan rakan seperjuanganku di Jabatan Siasatan Jenayah. Sentiasa menjagaku dengan baik.

Aku menundukkan kepalaku. Menahan perasaan marah dan sedih.

"Yeah, let's go find him." Kataku bersama satu dengusan lemah. Kepalaku angkat perlahan membalas renungan Detektif Iqbal.

Detektif Iqbal membalas senyumanku lalu menganggukkan kepalanya. Hujung lengan bajuku ditarik bersahaja agar aku mengekorinya. Aku terkedu dengan perbuatannya yang tiba-tiba itu namun aku ikutkan sahaja langkah besarnya itu. Lengan bajuku masih ditarik lembut olehnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience