Aku menyandar malas pada kerusi pusing ku. Satu keluhan berat kulepaskan.
Pejabat ku yang bersaiz sederhana aku teliti. Setiap penjuru bilik pejabatku diletakkan rak-rak tinggi yang mengandungi fail tebal hitam dan putih. Tingkap juga sudah terlindung disebalik rak-rak tinggi tersebut. Sampaikan aku sendiri pun tidak dapat melihat langit diluar sama ada masih cerah ataupun sudah gelap ditelan malam.
Aku mengalihkan pandangan ke atas meja kerjaku. Kertas-kertas kerjaku berselerak dan bertimbun di atas meja. Tiada rupa meja langsung! Aku melepaskan dengusan lemah.
Tok! Tok!
Pintu bilikku yang terbuka luas diketuk perlahan. Aku tidak pernah mengatup pintu pejabatku. Kerjaku yang terlalu banyak membuatkan urusanku berasama orang juga berkali-kali ganda lebih banyak.
Aku menoleh ke arah bunyi ketukan tersebut. Seorang gadis tinggi lampai bersandar elok pada pintu pejabatku. Gadis itu memberikan satu senyuman lebar kepadaku. Selendangnya yang hampir melorot diselempangkan ke atas bahu.
Aku menjeling tajam wajah kacukan Cina-Melayu itu. Fail-fail ditangannya aku perhati geram.
Gadis itu mengangkat fail tersebut sehingga paras dadanya lalu meregangkan tangannya ke depan. Jelas menunjukkan fail yang tertulis 'Cases' itu padaku.
"For you, detective." Katanya bersama sengihan yang masih segar dibibir.
"Ya Allah.." Aku mengeluh perlahan.
Aku membenamkan wajah ke atas telapak tanganku. Setiap kali gadis ini muncul dihadapan pintu bilikku, dia pasti datang bersama habuan. Habuan yang membebankan kepala otakku.
Apabila aku mengangkat wajahku, gadis itu sudah tegak berdiri di hadapanku. Fail diletakkan berhati-hati ke atas meja. Cuak!
Aku bangun dari dudukku lalu berjalan longlai ke arah gadis yang sedang berdiri bertentangan denganku. Langkahku terhenti sebaik berada disebelah gadis itu. Fail yang baru diletakkan di atas meja aku ambil.
Aku menyelak kertas-kertas yang terkandung didalam fail tersebut. Kes sebelum ni pun tak selesai lagi, diberi lagi kes baru!
Berkerut-kerut dahiku membaca tajuk-tajuk yang ditaip dalam tulisan besar pada setiap kertas.
"Penyeludupan dadah..duit haram..firearms.." Dahiku semakin berkerut saat menyelak kertas terakhir yang disertakan dengan sehelai sticky note kecil. "..human trafficking..?"
Pada sticky note itu pula tertulis,
'Settle this case ASAP!'
Kes yang diberikan pula bukannya yang ringan-ringan tetapi berat yang amat! Aku tersenyum sendiri. Kagum dalam keperitan terhadap bebanan kerja yang menimpaku bulan ini.
"Haih.." Aku melepaskan nafas perlahan. Meredakan geram di hati.
"Kau okey tak?" tanya gadis itu risau.
"Entahlah Qaisya..."
Qaisya merupakan rakan ku dari sekolah menengah lagi. Tetapi disebabkan dia tamat belajar dua tahun lambat dariku, Qaisya ditempatkan sebagai orang bawahanku. Tetapi dia tidak kisah pun, anak orang kaya lah katakan...
"Cik detektif, saya sedia berkhidmat!" Qaisya menegakkan postur tubuhnya lalu membuat tabik spring. Tiba-tiba je...
Aku tertawa kecil melihat telatahnya.
"Your work here is helping me, Sya." Aku menyatakan fakta. Kata kerja bawah aku!
"Tu lah! Kalau kerja kau banyak, kerja aku pun banyaklah gamaknya." Dia membebel. Saja nak cari pasal dengan aku lah tu.
Lengannya kucubit. Geram.
"Aduh! Aduh!" dia meraung sakit padahal aku cubit perlahan je. Mengada!
"Okay..."Aku menyilangkan lenganku dan mengalihkan pandangan ku ke tempat lain.
Air muka Qaisya berubah. Penuh keprihatinan.
"Well, it's true that my work here is helping you." Suaranya yakin beserta seulas senyuman.
"Tapi ingat, I'm not helping you as a worker but, as a friend. Aku tak nak kau hadap benda ni sorang-sorang." Ekor matanya menjeling kertas-kertas di atas mejaku sekilas. Nadanya tegas sekali.
Aku terdiam mendengar kata-kata Qaisya. Wajahnya kujeling sekilas. Senyuman yang tidak dapat kusembunyi terukir lebar dibibirku. Bahuku menolak bahunya lembut.
"Sweet lah tu?" Nadaku bergurau.
Anak mata Qaisya beralih ke arah lain. Wajahku langsung tidak dipandang.
"So, sekarang kau dah tahu, it's official. Half your burden is mine." Qaisya menyuarakan keputusannya. Mukanya dibuat-buat beku. Ceh!
Aku tersenyum simpul. Walaupun Qaisya ni banyak drama dan perangainya sering mencabar tahap kesabaranku tetapi dia lah antara manusia yang paling memahamiku. Dikala aku hampir rebah, Qaisya merupakan orang pertama yang akan menghulurkan tangannya kepadaku tanpa ragu-ragu.
Lantas aku memeluk Qaisya yang sedang elok berdiri disebelahku.
"Thank you so much, Sya. Thank you.." ucapku ikhlas.
Qaisya membalas pelukanku. Erat.
Aku tidak tahu apa yang patut ku katakan selain 'Terima kasih'. Banyak yang ingin ku katakan kepada gadis itu. Terlalu banyak sehinggakan aku sendiri kelu untuk meluahkan betapa bersyukurnya aku untuk mendapat seorang sahabat sepertinya.
Qaisya tidak pernah sekalipun meninggalkan sisiku. Itu hakikatnya. Perkara ini membuatkan ku sedar sesuatu. Kewjudan dua jenis manusia...
Mereka yang, 'If you need me, I'll be there.'
Dan mereka yang, 'You'll never need anything as long as I'm there.'
________________________
8.00 p.m
Aku memelemparkan renungan kosong ke arah jam yang berdetik kuat. Bunyi detikan jam membuatkan aku hilang fokus. Hanya bunyi itu yang menemani ku di ruangan pejabat kosong ini. Pekerja-pekerja lain sudahpun pulang meninggalkanku yang masih pening dengan kerja-kerja yang belum selesai.
Selalunya Qaisya akan menemaniku sehingga kerjaku selesai tetapi disebabkan bapanya akan mengadakan majlis besar sempena ulang tahun syarikatnya, Qaisya terpaksa pulang awal. Qaisya merupakan satu-satunya anak Tan Sri Ridhuan, satu-satunya pewaris tunggal syarikat bapanya.
Pandangan ku beralih ke skrin komputer yang masih terang menyala. Aku membaca kes yang sedang ku kerjakan sekilas. Human Trafficking.
Jari jemariku kembali menekan papan kekunci. Dokumen-dokumen mengenai kes tersebut kucapai lalu kubaca dengan teliti setiap ayat yang telah ku highlight.
'The suspect was allegedly involved in human trafficking..'
Pen ditangan kiriku diketuk-ketuk perlahan pada kepalaku.
'A victim who survived have been identified and agreed to be a witness and give full cooperation..'
Ketukan pen pada kepalaku terhenti. Aku mengangguk perlahan. Ada seorang mangsa terselamat...
'Estimated number of human trafficking victims were more than 10 which includes majority children and women..'
Bagaikan dihempap. Terasa berat dadaku membaca setiap patah perkataan yang tertulis di atas kertas tersebut. Wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Diperlakukan seperti barang yang boleh dijual beli sesuka hati. Apa salah mereka?
'The crimes comitted were; harvesting organs, human slavery, forced labour, ova removal, sexual exploi-'
Bam!
Aku menghentak dokumen tersebut ke atas meja. Gigi geraham aku ketap menahan api yang membara di dada. Kenapa diaorang sanggup buat benda-benda sekejam ni? Manusia jenis apakah mereka? Membunuh dan menyeksa manusia yang tidak bersalah. Mencabul hak orang lain seolah-olah merekalah kehidupan yang paling berkuasa. Bagaikan manusia bertopengkan syaitan.
Malah lebih teruk dari syaitan!
Aku mendengus kasar lalu aku menarik kerusi ku rapat ke komputer. Ingin kutahu rupa manusia yang sanggup melakukan kekejaman sedemikian rupa.
Fail yang tertulis 'Suspect Information.' diklik dua kali sebelum terpampang data suspek tersebut pada skrin komputer ku.
Gambar yang berada pada bahagian atas kanan, aku zoom. Mata ku mengecil melihat wajah lelaki tersebut. Berjambang tebal dan tidak terjaga dengan hidung yang agak mancung. Alis matanya juga agak tebal. Wajahnya tidak nampak seperti orang melayu. Dia bukan dari negara ini ke?
Nama yang tertera kusebut perlahan. "Rayyan Khay.."
Aku scroll ke bawah untuk membaca maklumat-maklumat penting yang lain.
Keningku berkerut rapat. Kenapa data suspek tak lengkap? Berasal dari mana pun tidak tertera di situ. Betul ke tak data ni? Kenapa diaorang bagi aku data tak lengkap?
Aku mengangkat gagang telefon disisiku lalu menekan angka nombor yang ingin didail.
Tut..tut..tut..
Tidak diangkat.
Keluhan berat kulepaskan. Nombor tersebut kudail lagi.
Terdengar suara yang menjawab dihujung talian. "Hello. Ya, Cik Amniya."
"Hello, Hisham. Maaf ganggu tapi boleh saya tahu kenapa saya dapat maklumat suspek yang tak lengkap?" Aku menjeling skrin komputer ku. Banyak ruangan maklumat yang ditinggalkan kosong.
"Boleh saya tahu nama suspek?"
Aku cuba menyebut namanya walaupun aku tidak tahu betul atau salah.
"Rayyan K-kei.." Suaraku tergantung.
Jeda.
"Rayyan Khay?" Tiba-tiba suaranya mencelah dihujung talian.
Aku menggumam perlahan. Oh, 'Kai' sebutannya...
"Ah ya." Jawabku. "Rayyan Khay." Aku mengulang namanya dengan sebutan yang betul.
"Sebentar ya.."
"Okey." Aku meletakkan gagang telefon ke atas meja dan menekan butang loudspeaker.
Bunyi jari jemari yang sedang aktif menaip pada papan kekuci di hujung talian membuatkan mataku kuyu. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 p.m. tetapi kerja ku masih belum selesai. Ditambah pula dengan data suspek yang tidak lengkap.
"Cik Amniya."
Mataku tercelik apabila terdengar namaku dipanggil.
"Ya, saya." Jawabku laju.
"Kami memang dah buat recheck dan suspek ni stateless. Disebabkan perkara ni, maklumat suspek tak lengkap." Beritahunya.
Mulutku membentuk 'O'. Aku mengangguk faham.
"Terima kasih, ya."
"Sama-sama, Cik Amniya." Jawabnya.
Sebelum talian dimatikan tiba-tiba aku teringat sesuatu.
"Hisham kejap!" Aku memanggil namanya kuat.
"Ya?"
"Rekod jenayah?"
"Rekod jenayah..." Kedengaran bunyi ketikan pada papan kekunci.
"Nope. Tak ada. He's stateless remember?"
Tubuhku disandarkan pada kerusi. Ah, lupa.
"Oh, okey.. Maaf ganggu. Terima kasih, ya." Lalu aku meletakkan gagang telefon.
Rayyan Khay. Stateless.
Rekod jenayah tak wujud.
Human trafficking.
Bangsa apa pun tak dapat dikenal pasti.
Yang ada hanya nama, jantina dan gambarnya sahaja.
Macam mana aku nak uruskan kes ni? Maklumat suspek pun tak ada.
"Who are you..?" Bisikku dalam kebingungan.
Aku membuang pandang ke arah kalendar.
Salah satu angka yang dibulatkan dengan marker hijau menangkap perhatianku.
'18th November, Suspect Interview.'
Aku mengeluh perlahan.
Esok.
Share this novel