Aku melemparkan pandangan kosong ke luar.
Tingkap kereta dibuka sedikit oleh Detektif Iqbal, membiarkan angin malam menghembus lembut wajahku. Pemandangan bandar Kuala Lumpur yang dihiasa lampu warna-warni tidak langsung menghilangkan resah dihatiku. Menurut Detektif Iqbal, beberapa anggota polis yang mengawal suspek merupakan penyamar dan telah menyerang polis lain yang bertugas dan berjaya melarikan diri bersama suspek.
Kereta yang terhenti menyedarkan ku dari lamunan. Detektif Iqbal memarkirkan keretanya dihadapan sebuah bangunan kondominium tinggi yang amat ku kenali. Aku mengerutkan dahi.
"Kenapa hantar saya balik?"
Detektif Iqbal melihat reaksi pelikku seketika lantas menekan punat tali pinggang keledarku agar terbuka.
"Hari ni biar Iq yang uruskan hal ni dulu. Amni pergi rehat, esok baru sambung." Jelasnya padaku.
"How can I rest in this situation?" Aku menggelengkan kepala. Jiwaku tidak tenang memikirkan Inspektor Ziyad yang masih terlantar, suspek yang melarikan diri dan... adikku yang entah masih hidup atau tidak. Tali pinggang keledar yang semakin longgar aku cepat-cepat betulkan.
"Amni!" Tangan Iqbal lantas menggenggam soket tali pinggang keledar ku, menghalang perbuatanku. Aku menengadah kepala ku memandang Detektif Iqbal.
Matanya lembut meneliti keadaan diriku yang kelihatan serabut. Air mata kering masih lagi bersisa di pipiku, tudung pula sudah senget-senget, tanganku pula sedari tadi tidak berhenti menggeletar.
"Iq tak rasa Amni boleh buat kerja dalam keadaan macam ni." Tegas sekali suaranya.
Aku menghembuskan nafas lemah. Tidak dapat dinafikan kebenaran dalam kata-katanya itu.
"Iq tahu benda ni berat untuk Amni tanggung but please... I beg you, go get some rest." Rayunya penuh kerisauan.
Aku terdiam. Mata yang berkaca aku kerdipkan beberapa kali, menghalang air mata daripada terjatuh.
"Go..." Arahnya lembut.
Dengan teragak-agak aku membuka pintu kereta. Perlahan-lahan aku melengkah keluar dari kereta Detektif Iqbal. Kepala ku tertunduk lemah, otakku kosong. Selama ini, aku fikir aku lah manusia paling kuat namun tidak sekali pun terlintas aku akan jadi selemah ini.
Pintu kereta ku katup lalu aku melangkah ke arah bangunan kondominiumku. Aku benci keadaan diriku sekarang namun tiada apa yang dapat ku lakukan.
Satu hembusan lesu ku lepaskan.
___________________________
Sebaik tiba dihadapan pintu kondominium ku, aku terkedu seketika. Tanganku yang sedang mencapai tombol terhenti. Perasaan gusar yang semakin hilang kembali menyesakkan dadaku. Kakiku yang terasa lemah menggeletar kuat.
Pintu rumahku terbuka! Seperti ada orang pecah masuk...
Tragedi 3 tahun lalu kembali menerjah fikiranku. Segala memori 3 tahun lalu terbayang-bayang dalam kotak memoriku. Aku cuba menenangkan diri, membetulkan nafasku yang tidak teratur walaupun kutahu agak mustahil. Ketakutan lebih menguasai diri namun aku harus kuat.
Pintu yang sudah terbuka itu aku tolak perlahan. Sebelah tanganku mencapai payung yang elok terlantar dihadapan pintu rumahku. Saat pintu dikuak luas, aku mengecilkan mataku. Gelap.
"Ehem!" Aku berdeham kuat walaupun kedengaran agak menggeletar.
Tiada sahutan.
Penuh hati-hati, aku menapak masuk. Kedua-dua belah tanganku menggenggam erat batang payung tersebut. Bersedia memukul sesiapa sahaja yang datang menyerang. Bagai hendak pecah pekung dadaku dengan setiap langkah yang aku ambil. Dadaku berdegup kencang sekali.
Suis lampu yang kuagak semakin hampir aku cuba capai. Tangan kiriku meraba-raba dinding dan akhirnya dapat kurasa plak suis pada dinding.
PRANG!!
Belum sempat aku menekan suis lampu, sebiji pinggan terbang melayang ke arahku. Habis berkecai pinggan tersebut sebaik ia menghempas dinding. Mataku terbuntang luas melihat serpihan kaca yang hancur bersepai di atas lantai. Ekor mataku dilirik ke arah dapur yang terletak betul-betul dihadapanku. Dapatku lihat satu lembaga hitam sedang berdiri tegak menghadapku.
Perlahan-lahan aku menganjakkkan langkah kebelakang. Genggaman ku pada payung ditangan semakin lemah. Aku menjeling pintu yang masih luas terbuka, bersedia untuk mengangkat langkah seribu. Situasa sekarang membuatkan aku buntu. Tetapi aku sudah berjanji pada diriku, aku harus kuat.
Liur kutelan payah, cuba mengumpul segala kekuatan yang masih berbaki.
"Kau siapa?!" Tanyaku dengan suara lantang.
"Apa kau nak dari aku?!" Jelas sekali gemuruh dalam suaraku namun aku beranikan diri.
Satu suara garau yang sedang tertawa kecil diberikan sebagai balasan.
"Well..."
Belum sempat aku membuka mulut, dia terlebih dahulu menyampuk. Suara itu. Seperti ku kenal suara itu!
"Nice to meet you. Again."
Again? Bermaksud dia pernah berjumpa dengan aku sebelum ini. Aku mengerutkan dahi cuba mengingati dimana kupernah dengar suara garau itu.
Tiba-tiba satu wajah yang amat kukenali muncul difikiranku. Aku menggelengkan kepalaku. Tak mungkin... Walaupun rumahku gelap gelita namun dapat kurasakan lelaki dihadapanku ini sedang tersenyum licik memerhatikanku.
"Rayyan Khay...?" Nama itu kusebut perlahan. Jantungku berdebar-debar menanti balasan darinya.
Jeda. Bukan dia ke?
Tiba-tiba dia melangkah setapak kehadapan. Tingkap rumahku yang terbuka membuatkan langsir berkibar-kibar ditiup angin luar. Dalam masa yang sama, sekilas cahaya malap dari sebalik tirai terpantul tepat kearah wajah lelaki tersebut. Nafasku terhenti.
"Yes?" Jawabnya sambil tersenyum senget padaku.
Mataku terbuntang memandangnya. Gigiku ketap kuat. Amarah kini menguasai diriku. Rayyan Khay! Selepas apa yang dia lakukan pada Inspektor Ziyad, berani dia muncul depan aku!
"What are you doing here?" Tanyaku geram. Mataku tajam sekali menikam wajah sinisnya. Sebelah tangan ku menyeluk poket dengan berhati-hati. Otakku bertindak pantas, aku harus menelefon polis!
"I'm here for you."
Keningku berkerut mendengar jawapannya yang bersahaja itu. Tanda tanya terbias di segenap wajahku manakala tanganku masih lagi menyeluk-nyeluk poket seluarku mencari telefon. Tiada!
Tiba-tiba aku teringat bahawa aku telah meninggalkan telefonku di pejabat sewaktu aku sedang bergegas ke hospital. Bibirku ketap. Ingin sahaja aku menghantukkan kepalaku ke dinding.
Tubuhnya yang tinggi lampai mula melangkah beberapa tapak kehadapan. Aku pula masih tercegat ditempat yang sama. Pintu yang kini sudah agak jauh dariku dijeling sekilas. Payung yang masih ditangan aku angkat tinggi. Benda paling rasional aku boleh buat sekarang...
Dengan segala tenaga yang ada, aku melempar kasar payung tersebut ke arahnya lalu aku cepat-cepat lari ke arah pintu. Akan tetapi, malang tidak berbau. Serpihan kaca yang masih bersepah diatas lantai langsung tidak terlintas difikiranku. Dapatku rasakan pedih yang menyusup masuk ke telapak kakiku. Dalam sekali tusukannya.
"Ah!" Aku rebah dan melepaskan satu jeritan kesakitan. Kini, telapak tanganku pula yang menjadi mangsa sepihan kaca tersebut. Kenapalah malang sangat nasibku hari ini!
BAM! KLAK!
Aku mengankat kepalaku ke arah bunyi kuat tersebut. Pintu sudahpun terkatup rapat dan dikunci. Lelaki tersebut kini sedang berdiri tegak dihadapanku. Anak matanya tepat memerhati keadaan diriku yang sedang terjelepuk di atas lantai. Setitis air mata ku jatuh. Air mata itu bukanlah air mata ketakutan tetapi air mata kekecewaan terhadap diri sendiri. Tidak kusangka sampai begini sekali lemahnya aku.
"How careless of you, detective..." Sinis sekali suaranya menyebut 'detective'.
Lambat-lambat aku menengadah muka padanya. Lirik mataku mengikut gerak tubuhnya yang sedang turun mencangkung sehingga anak mata kami berada pada paras yang sama. Aku membalas renungan lelaki itu tajam.
"What do you want from me?" Tanyaku dengan gigi yang terketap menahan pedih di telapak tangan dan kaki ku.
"I told you, I'm here to get you." Balasnya serius. Air mukanya penuh dengan makna tersirat.
Aku tertawa sinis sebaik mendengar jawapannya yang tidak masuk akal itu.
"And who are you to make such ridicolous attempt?"
Senyap. Tiada respons darinya.
"You know I work with the police..."
Dia masih membisu. Mendengar setiap patah perkataanku tanpa sekalipun menyampuk.
"And if you come to get me, then they'll definitely come to get you too." Sambungku sinis dan penuh amaran.
Dia tersenyum senget melihat ku. Bagaikan mengejek apa yang dikatakan olehku. Tiada langsung riak ketakutan pada wajahnya. Aku membuang pandang ke arah lain. Benci sekali aku melihat reaksinya.
"Arfiya." Nama tersebut menyapa lembut gegendang telingaku.
Mataku membulat. Aku menoleh laju kearahnya. Keadaan hening seketika, kami hanya membalas pandangan sesama sendiri. Liur yang tersekat dicelah kerongkong aku telan pahit.
"Adik kau kan?" Sambungnya.
Masih dengan lagak bingung, aku menganggukkan kepala ku perlahan. Langsung tidak ku perasan yang dia tidak lagi berbahasa Inggeris. Bibirku terketar-ketar mahu bersuara tetapi kotak suara ku bagaikan tidak berfungsi.
Kepalanya tertunduk lemah. Dia mengangguk kecil seolah-olah telah mengesahkan sesuatu. Perlahan-lahan dia mengangkatkan kepalanya.
"She's still alive."
Pernyataanya itu membuatkan aku terpaku. Tubuhku tiba-tiba menggeletar. Mataku yang entah bila berkaca, sudahpun mengalir deras ke pipiku. Sehingga kabur wajah lelaki dihadapanku ini. Semakin bertambah-tambah tanda tanya yang membanjiri otakku.
"Who?-who are you?" Tersekat-sekat suaraku tetapi aku gagahkan juga diri untuk bertanya.
TOK! TOK!
Ketukan dipintu menyedarkan aku dari kebingungan.
"They're here." Ujarnya seraya menoleh kebelakang. Aku memandang pelik reaksi mukanya yang tiba-tiba berubah serius.
Lama dia meneliti wajahku sebelum menjawab soalanku. Renungannya lembut sekali. Dengan senyuman yang tidak dapatku tafsir, dia menjawab.
"I'm your guardian angel."
Merepek. Itu benda pertama yang terlintas dalam fikiranku.
Guardian angel?!
Seperti ingin tertawa mendengar jawapan merepeknya itu namun dalam keadaan sekarang, aku terlalu lemah untuk bersuara. Aku memerhatikan perbuatannya yang sedang mengeluarkan sesuatu dari kocek jaket hitamnya.
Ketukan di pintu semakin lama semakin kuat. Ganas sekali ketukannya bagai hendak pecah gegendang telingaku.
"Keep quite if you want to live." Dia memberi amaran sambil mengeluarkan sepucuk pistol lalu dihalakan ke arah pintu. Dalam masa yang sama, pintu tersebut ditendang kuat sehingga ia terjatuh menghempas lantai, menampakkan dua orang lelaki bertubuh besar. Mereka berpakaian serba hitam dan bertatu dari leher hinggalah ke pergelangan tangan.
Sepucuk pistol yang masih berada di dalam genggamannya aku jeling sekilas. Otakku laju memproses apa yang hendak dilakukan lelaki ini. Aku mengundur ke belakang. Walaupun dapat ku rasa tusukan serpihan kaca di telapak tanganku semakin mendalam, aku gagahkan diri untuk cuba berdiri.
Apa sebenarnya yang sedang berlaku sekarang? Siapakah mereka yang memecah masuk kedalam rumahku ini? Keningku berkerut menahan pedih di kaki. Penceroboh-penceroboh tersebut masih tidak sedar akan keberadaan kami di dalam rumah ini.
"I said keep quite." Perlahan sekali suaranya pada pendengraranku tetapi amaran itu kedengaran amat keras.
Aku buntu. Sumpah aku tidak tahu apa yang patut aku buat sekarang. Lari? Dalam keadaan sakit seperti ini?
Anak mataku dilirik pada darah pekat yang tidak henti-henti keluar dan mengalir turun ke lenganku. Aku menundukkan wajahku. Tubuhku menggeletar hebat. Kepalaku terasa pening. Ketika ini, aku hanya mampu menanti sahaja... menanti apa yang bakal berlaku pada diriku. Aku tak mampu buat apa-apa...
Tiba-tiba dapat kurasakan satu tangan sasa melingkar erat pada tubuh kecilku. Lelaki tersebut menarikku rapat ke dalam rangkulannya. Perlahan-lahan aku mengangkat kepala. Penceroboh-roboh tersebut telah pun terpacak elok dihadapan kami. Aku menelan liur pahit apabila mereka mula mengorakkan langkah menghampiriku. Seperti dapat membaca ketakutan yang sedang melanda diriku, tubuhku dirangkul semakin erat oleh lelaki ini.
"Stop." Arahnya dengan nada keras pada dua orang lelaki asing tersebut. Mereka mengendahkan arahannya tetapi langkah mereka menjadi semakin perlahan dan teragak-agak. Mataku yang hampir terkatup aku tahan.
Bang!
Satu das tembakan dilepaskan ke arah siling. Kepalaku semakin sakit dengan bunyi kuat itu, dapat kurasakan diriku hampir pitam.
"I said stop!" Semakin keras suaranya. Lalu langkah mereka berdua terhenti. Pandangan mereka dihala ke bawah. Jelas sekali ketakutan terbias pada wajah mereka. Apa kaitan lelaki ini dengan penceroboh-penceroboh tersebut?
Tubuku yang masih berada dalam rangkulannya diangkat lalu dicempung. Dia menapak ke arah pintu tanpa mempedulikan dua orang lelaki asing yang masih diam membatu dibelakang. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Tiada langsung tenaga untuk meronta minta dilepaskan. Hanya nafas lemah yang berdesus perlahan dari bibirku.
"Tell him..." Suaranya meleret. Langkahnya terhenti betul-betul dihadapan pintu rumahku.
Tanpa langsung menoleh kearah dua lelaki tersebut, dia menyambung ayatnya dengan bahasa yang langsung tidak aku faham. Mataku yang semakin kuyu mula terkatup rapat. Hanya bunyi tapak kaki yang kedengaran.
Sebelum aku hilang dalam kegelapan, dia berbisik lembut pada cuping telingaku.
"Trust me."
Share this novel