“ Kenapa, Zal?,” sapa Imah. Dia sibukmemotong buah pedada yang baru
dipetik Fezal pagi tadi. Fikirnya, buah pedadaitu jika dimakan bersama
sambal belacan pasti terbuka selera. Tambahan pula,untuk sekian lama
ini, dia kurang berselera untuk menjamah nasi.
“ Bomba,mak,” jawab Fezal ringkas. Diamenghampiri ibunya di meja makan.
Kepenatannya selepas pulang dari laut awalpagi tadi seperti hilang
melihat ibunya leka memotong buah pedada untuk makanmalam nanti. Lauk
ikan Tenggiri asam pedas juga menarik seleranya. Dia bersyukuryang
teramat melihat ibunya sudah mula mahu menjamah nasi.
Sekurang-kurangnyakesihatan ibunya boleh bertambah baik.
“ Masih mencari barangkali,mak,” Fezalmenguyah hirisan buah pedada yang
diletakkan di dalam pinggan.
“ Entah jumpa ke tidak Si Dillah tu,Zal.Sudah hampir seminggu.”
“ Berharap dan berdoa,mak.Sekurang-kurangnya, jika mayat ditemukan,
bolehlah dikebumikan dengan baik.Lagipun, Jenal dan isterinya seperti
tidak mahu menerima kenyataan yang Dillahsudah mati.”
“ Astafirullahaladzim. Itu salah,Zal.Qada’ dan Qadar Allah kita kena
redha. Menangis dan meratap bukan semata-mataperkara yang kita lakukan.
Apa salahnya mereka buat majlis tahlil, sedekahkandoa dan Al-Fatihah
untuk Si mati lagi menguntungkan,” Imah mengeluh panjang.
“ Yalah,mak. Semua dah tertulis.”
Imah angkat dari kerusinya. Dia berjalanperlahan ke arah sinki lalu
membasuh pedada tadi dengan air. Fezal memerhatikanibunya cuma.
Kegigihan ibunya benar-benar mengagumkan. Biarpun di usia begitu,ibunya
masih mampu mengusahakan padi bukit milik arwah ayahnya. Jika ada
masaterluang kerana tidak turun ke laut, Fezal akan membantu ibunya di
sawah padiagar dapat meringankan sedikit kelelahan ibunya.
“ Mak teringin sangat hendak ke TanahSuci, Zal. Mak fikir,sebelum mak
mati, biarlah mak dapat melihat Kaabah,” Imahmenghentikan khayalan Fezal
seketika. Fezal menarik nafas panjang. Mendengarkata-kata yang tiba-tiba
keluar dari mulut ibunya itu membuatkan hatinya pilusehingga ke dasar
hati. Tanpa sedar, air matanya jatuh ke pipi. Lekas-lekas diamengelapnya.
“ Tetapi,simpanan mak di Tabung Haji itubaru mencecah lapan ratus
ringgit,Zal. Makcik Timah pernah mengatakan kepadamak yang dia dan
suaminya sudah mendaftar nama untuk menunaikan haji. Bila
maktanya,simpanannya lebih daripada sepuluh ribu,” Imah menghela nafas
panjang.
“ Mereka ada duit,mak,” ujar Fezallemah.
“ Mak berfikir, tanah untuk sawah padiitu mak nak jualkan.”
Fezal sedikit terkesan dengan kata-kataibunya. Keinginan ibunya itu
mengatasi segala-galanya buat Fezal. Soal tanahitu tidak sedikitpun
mengganggunya. Perkara yang paling penting adalah hasratmurni ibunya
harus ditunaikan. Mungkin duit simpanannya juga tidakbanyak,tetapi,jika
cadangan ibunya itu digunapakai,barangkali ibunya bolehmenunaikan haji
sesuai dengan kehendaknya.
“ Makcik Timah ada memberitahu mak.Tauke Leong dari Sri Aman tu tengah
mencari tanah di kampung kita ini. Fezalfikir bagaimana?” Imah
mengerling ke arah Fezal yang hanya diam tanpakata-kata.
“ Kalau Fezal tidak setuju, mak tidakkisah. Mungkin tanah itu berguna
untuk Fezal nanti. Apalagi kalau Fezal sudahbekeluarga kelak,” ujar Imah
sambil tangannya meletakkan pedada ke dalampinggan semula setelah
dibasuh. Jauh di dasar hatinya timbul satu pengharapan agar Fezal tidak
membantah cadangannyaitu.
Share this novel