Fezal tidak ke laut hari ini. Hasratnya untuk bersamanelayan-nelayan
yang lain untuk menangkap Tenggiri yang kembali memeriahkanperairan Sri
Aman kala ini tergendala dengan keadaan ibunya, Imah Bojeng, yangkurang
sihat. Ibunya masih mampu menguruskan padi bukit milik
peninggalansuaminya jika tidak sakit. Sejak kebelakangan ini, Imah
sering demam danmengalami batuk kering. Kadangkala, Imah sering mengadu
sakit dada kepadasatu-satunya anak hasil perkahwinan dengan suaminya
yang kedua. Ketika itulahsemua tugas harian Fezal akan tergendala
beberapa ketika bahkan, sehinggaberminggu lamanya. Usia Imah yang sudah
mencecah lewat 60-an seakan mengikatkeringatnya untuk terus bekerja. Dua
beranak ini hidup dengan sangat sederhanadi rumah kampung yang terletak
tidak jauh dari tebing sungai. Untuk ke kawasantenaman padi bukit di
tanah yang sekerat dua itu, Imah terpaksa berjalanmerentas kampungnya.
Dan, perkara inilah yang dirisaukan Fezal.
Kampung Ulu merupakan sebuah kampung nelayanyang terletak di Debak,
sebuah bahagian kecil di dalam Daerah Betong, Sarawak. Namun, separuh
daripada penduduk di kampung ini jugamengusahakan padi dan tanaman lain
untuk menyara hidup. Dengan menyusuri SungaiRimbas, para nelayan akan
keluar melalui muara sungai dan terus ke laut. Ketikaini, nelayan
seperti berpesta dengan musim Tenggiri yang menjelang saban
tahun.Pertengahan 2014 itu saja menunjukkan pendapatan nelayan daripada
hasiltangkapan Tenggiri dan Terubok cukup lumayan. Namun, bagi Fezal
yang terpaksamenjaga ibunya, keuntungan itu harus dilupakan sementara.
Imah memerhati ke luar rumahnya melaluijendela yang terselak. Beberapa
ekor ayam betina bersama anak-anaknyaberiringan menarik pandangannya.
Dia khayal seketika. Dia duduk di kerusi kayuyang sengaja diletakknya di
hadapan tingkap. Untuk mengambil angin katanya.Fezal datang dengan
membawa segelas air asam jawa bercampur madu asli. Keadaanibunya yang
kurang sihat sejak kebelakangan ini menggusarkannya. Sudahlah
ibuyaenggan di bawa ke klinik, dia pula terpaksa untuk tidak turun ke
laut beberapahari. Pendapatan hasil tangkapan ikan untuk minggu yang
tersisa ini kiranyaboleh untuk menanggung mereka berdua untuk dua tiga
bulan yang mendatang.Namun, tanggungjawab untuk menjaga ibunya itu mesti
digalas ikhlas. Kerana,ibunya saja tempat mengadu nasib kala ini. Tiada
keluarga lain yang sanggupmenyara mereka. Fikir Fezal juga, dia masih
gagah untuk bekerja. Bantuan danbelas keluarga hanya akan menambah kusut
di kepala. Perebutan tanah pusakatahun lepas di antara mereka sekeluarga
sudah cukup untuk Fezal mengenaliperangai adik beradik kepada arwah
bapanya. Baginya, biarlah dia dan ibunyamengalah diri dari berebutkan
tanah sekerat dua itu. Nasib mereka baik keranatanaman padi bukit milik
keluarga ibunya masik berbaki.
Imah menghirup perlahan air asam jawadan madu yang selalu Fezal sediakan
untuk minumannya. Imah melihat ke wajahanaknya. Harapan dan impian dia
dan suaminya dahulu seakan pudar dan lesu.Mereka teringin untuk melihat
Fezal berjaya di dalam hidupnya. Meskipun Fezaltidak berjaya menunaikan
semua harapan itu, namun dia bersyukur kerana memilikianak yang sangat
mulia, sanggup mengorbankan harapan itu semata-mata untuksentiasa berada
di sisinya. Apatah lagi, ketika dirinya semakin dimamah usia.Tidak kuat
dan sihat seperti dulu.
Share this novel