BAB 6

Drama Completed 438

Fezal menghampiri sepohon pokok pedadaberhampiran dengan tebing sungai.
Pokoknya tidak terlampau tinggi. Buahnyakelihatan ranum. Mungkin sudah
sedia untuk dipetik. Ibunya teringin hendakberlaukan pedada petang
itu.Fezal lekas ke tebing sungai mendengarkan keinginanibunya itu.
Hatinya cukup gembira melihat ibunya kembali tersenyum. Diamengharapkan
hasrat ibunya untuk menunaikan haji tercapai. Biarpun tubunyasedikit
penat selepas pulang dari bandar dengan ditumpangkan Suut
menggunakankereta Kancilnya, namun senyuman dan keriangan ibunya telah
membuang penat itujauh-jauh. Meskipun begitu, kesihatan ibunya masih
juga tidak berubah.

Fezal meletakkan kakinya pada satu dahandi pokok pedada itu. Dia menolak
tubuhnya ke atas untuk mencapai sebiji pedadayang cukup hijau ranum di
dahan paling atas. Digagahkan nya untuk menolak tangannyake arah buah
tersebut dalam keadaan kakinya yang licin selepas dipenuhi lumpurpaya
yang dipijaknya tadi. Kakinya tiba-tiba tergelincir dari dahan
tempatnyaberpijak. Tangan kanannya cuba mencapai satu dahan besar di
bawah badannyanamun gagal. Tubuh Fezal yang kurus itu jatuh ke dalam
sungai yang sangathampir dengannya. Fezal menimbulkan diri ke permukaan
sungai yang cuma sedalamdua belas kaki itu. Dia mencapai akar pohon
nipah di depannya supaya dia dapatmenarik dirinya ke atas tebing paya
yang licin tersebut. Dengan sekelip mata,kaki kanannya terasa pedih yang
teramat. Terasa seperti dicucuk dengan bendatajam yang tersusun panjang.

“ Ya Allah !!,” teriak Fezal apabila diamenyedari seekor buaya tembaga
sebesar perahu menerkam kaki kanannya. Buaya itumenarik kakinya dengan
kuat. Fezal cuba melawan dengan bertahan pada akar kayudi tebing sungai.
Pedih di kakinya semakin galak sesuai dengan tikaman gigibuaya
menggunakan rahangnya yang kuat ke dalam betis kanannya.

Tanpa mengenal belas, buaya tersebutmembawa Fezal ke dalam air. Semakin
dalam, nafasnya semakin tidak tertahansehingga tubuhnya hampir sampai ke
dasar sungai. Kemudian, bahagian kananperutnya terasa seperti ditusuk
pisau berulang kali. Perit yang teramat itutidak bisa dia tanggung lagi
dan memaksanya untuk membuka mulutnya menahankesakitan. Nafasnya
dirasakan semakin pendek dan ketika itu air sungai sudahmula memenuhi
paru-parunya. Fezal hanya sempat melihat gelodak air sungai yang
disebabkanoleh gerakan buaya tersebut. Dan, penglihatannya mulai gelap
dan hilang.

Imahmemasukkan secubit bicin ke dalam masakannya. Digaulnya
lauk yang berasap ituperlahan. Matanya mula mencari kelibat Fezal yang
belum pulang-pulang darimengambil buah pedada di tebing sungai.
Barangkali Fezal singgah ke rumahtemannya sebentar fikirnya. Imah
memindahkan lauk yang sudah mendidih itu kedalam pinggan besar. Ketika
itu, jam sudah hampir enam setengah petang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience