“ Anak nitidak pulang solat kah? Buah pedada pun tidak
sampai-sampai,” keluh dirinyasambil berdiri di pintu dapur. Dia
memandang ke sekitar kawasan dan rumahberhampiran. Namun, kelibat Fezal
tidak juga kelihatan. Imah melangkah masuk kebiliknya untuk memakai
telekung. Beberapa kali dia berpaling ke belakangjikalau Fezal tiba-tiba
pulang.
Selepasmenunaikan solat, Imah segera ke dapur. Dia menuju ke
pintu dapur semula. Fezaldilihatnya duduk di sebuah bangku kayu di
beranda kecil di bahagian dapurrumahnya. Fezal dilihatnya hanya
termenung jauh dan diam walaupun dengankehadirannya di situ.
“ Lamanyamengambil pedada tu, Zal?” soal Imah sambil
berseloroh. Senyumannya terhentiserta-merta melihatkan Fezal yang tidak
menjawab sepatah katapun. Malah,menoleh ke arahnya pun tidak sekali.
“ Kamu nidah kenapa, Zal? Ada masalah kah? Masuklah ke
dalam. Nyamuk nipah banyak diluar ni. Pergilah mandi lepas tu solat.
Dapat kita sama-sama makan malam,” Imahbersuara semula. Ketika itu
larian Suut ke arah beranda kecil dapur itumengalih perhatiannya. Suut
tercungap-cungap dan kehairanan ketika melihatwajah Imah yang tersentak
dengan kehadirannya.
“ MakImah bercakap dengan siapa?” soal Suut kehairanan.
“ YaAllah, takkan kau tidak nampak Fezal kat situ,” sambil
menunjuk ke arah bangkutadi dengan memuncungkan mulutnya. Imah menjadi
keliru dan terkejut yangteramat. Bangku itu kosong tiba-tiba. Fezal yang
dilihatnya duduk di situseperti ghaib serta-merta.
Suutmenggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil
melihat-lihat sekeliling. Buluroma tengkuknya tiba-tiba berdiri tegak
tanpa disuruh. Dia sangat terkejutmendengar kata-kata Imah yang baru
bercakap dengan Fezal, padahal orang kampungmenemui mayat Fezal dengan
perut yang terburai di hanyutkan arus sungai kehilir kampung. Polis
sudah dihubungi atas perkara tersebut. Cuma, bagaimanaingin dia
sampaikan berita sesedih itu kepada Imah ? Suut menjadi
serba-salahditambah lagi dengan Imah yang mengatakan dia baru sahaja
bercakap dengananaknya itu.
“ MakImah,” Suut mengejutkan Imah dari kekakuannya. Imah
masih terkejut dengankeadaan yang dilaluinya tadi. Fezal hilang
serta-merta dari bangku tempat diaduduk. Sudahlah tidak bercakap satu
ayatpun,fikirnya.
“ Kenapa,Suut ?” Imah beberapa kali menoleh semula ke arah
bangku kayu tersebut sambilcuba mendengarkan perkara yang ingin Suut
sampaikan. Suut mula mengalirkanairmatanya tanpa bisa tertahan. Nasib
kawan rapatnya itu ternyata tidak bolehdinafikan dan diubah
lagi.Satu-satunya kawan rapatnya yang masih tinggal diKampung Ulu itu.
Share this novel