“ Banyak Tenggiri di laut, mak,” Fezalmerenung ke luar jendela. Sesekali
matnya melihat ke arah reaksi ibunya. Imahhanya diam. Dia mengerti
gejolak di hati Fezal ketika itu yang ingin turut samadengan nelayan
lain meraih rezeki yang mereka fikirkan lumayan.
Imah meletakkan gelas ke atas lantai.Dia menghela nafas panjang namun
lemah. Dia batuk beberapa kali. Senak didadanya semakin parah. Sesekali
dia mengeluarkan kahak bercampur darah ketikabatuk. Namun, perkara itu
didiamkan dari pengetahuan Fezal kerana tidak mahumemeritkan kegusaran
di hati anaknya. Fezal mengurut belakang ibunya apabilamelihat ibunya
batuk keras. Seakan tidak tertahan.
“ Itulah saya nak bawa mak ke klinik.Biar penyakit mak itu diperiksa,”
Fezal mengurut perlahan belakang ibunya.Demam ibunya juga masih tidak
menyusut. Namun, kedegilan ibunya persis arwahayahnya dahulu. Jika itu
keputusan yang diambil, memang sukar hendakditukar-tukar.
Malam yang berkabut tebal menjadikansuasananya dingin yang teramat.
Cengkerik semakin girang menyanyi. Fezalmembelek-belek jalanya beberapa
kali. Dia cuba mengesan mana-mana bahagian yangkoyak dan perlu dijahit
semula. Ibunya sudah tidur di bilik ketika itu. Batukibunya masih belum
kurang. Sesekali kedengaran suara batuk ibunya dari dalambilik tidur.
Memikirkan keadaan ibunya itu, Fezal menjadi serba salah. Diasudah
berjanji dengan Daud untuk sama-sama ke laut Subuh keesokan
harinyadengan menaiki bot Daud hasil daripada bantuan Jabatan Pertanian
tempoh hari.Ibunya juga sudah memberi keizinan. Apabila dikenangkan
kesihatan ibunya yangsemakin merudum, dia seakan patah semangat.
“ Fezal! Fezal!,” namanya tiba-tibadipanggil. Tangannya yang sibuk
menjahit jala terhenti serta-merta.
Fezal melihat Suut berlari anak ke arahtangga di beranda rumahnya. Jala
dan pukat berselerakan di luar beranda. Fezalbingkas bangun dan
mendapatkan Suut yang tercungap-cungap dan basah kuyup.
“ Astafirullahaladzim. Kenapa ni ,Suut?Bertenang dahulu. Cakap
satu-satu,” Fezal mengerutkan dahi.
“ Anak Si Jenal...,” kata-kata Suutterputus-putus dengan nafas nya yang
pendek. Fezal memegang bahunya.
“ Kenapa dengan anak Jenal?”
“ Dia dibaham buaya..Dia ikut akumenjala udang..Jalanya tersangkut,”
Suut menghabiskan kata-katanya.
“ Ya Allah. Kau dah panggil orangkampung ?” soal Fezal sambil
menyarungkan baju kemeja ke tubuhnya.
“ Belum,Zal. Aku dah cuba nak tarik SiDillah ke atas tebing tapi buaya
tu lebih kuat menarik kakinya ke air. Sekelipmata Dillah hilang dari
pandangan aku’” Suut separuh menangis. Suaranyatenggelam timbul dengan
nafasnya yang tidak menentu.
Share this novel