BAB 8

Drama Completed 438

Suutmengelap sisa air mata di kelopak mata dan pipinya.
Wajah Imah dipandangnyadengan serba salah. Imah juga begitu. Hatinya
mulai berdebar-debar melihatkeadaan Suut.

“ Orangkampung......orang kampung jumpa mayat Fezal Mak
Imah,” Suut menghabiskankata-katanya dengan ledakkan tangisan yang tidak
dapat dibendung lagi.

“ Kaucakap apa ni, Suut ?” Imah mengerutkan dahinya.

“ Fezalmati dibaham buaya, Mak Imah. Orang kampung jumpa
mayatnya di tebing sungaisebelah hilir kampung ini.”

Mendengarkanitu, Imah pitam tiba-tiba. Dia rebah di lantai
dapurnya. Suut bergegasmendapatkan Imah. Beberapa orang kampung juga
kelihatan berjalan cepat ke rumahImah ketika. Imah di bawa ke biliknya
dan diletakkan ke atas katil.

Seminggumula berlalu elepas kematian Fezal. Imah duduk di
atas kerusi kayu di depanjendela seperti yang sering dilakukannya.
Suasana pilu masih lagi mengisiruangan kecil di rumahnya itu. Kehilangan
yang teramat besar untuk dirinya.Pemergian Fezal merupakan titik hitam
di dalam hidupnya yang semakin sempit diarasakan. Wajah Fezal yang
selalu mengisi ruang kosong di dalam hari-harinyamasih jelas di mata
meski Fezal tidak bisa dihidupkan semula. Imah memerhati kearah buah
pedada yang diletakkan Suut ke dalam pinggan pagi tadi selepas
Suutmenhantar sedikit kuih untuk dia makan.Hatinya tanpa dipinta lalu
terusmeruntun sayu. Airmatanya tidak tertahan dan meluncur laju
membasahi pipi yangberkedut. Kasih seorang anak yang tidak bisa dia
gantikan dengan apapun telahlenyap begitu sahaja. Kasih seorang anak
yang dilahirkannya dua puluh sembilantahun yang lalu. Kasih seorang anak
yang telah sanggup mengorbankan kehendakdirinya semata-mata untuk
memenuhi ingin ibunya. Dan, kasih itu tidak bisa diatemui di manapun.
Kasih itu telah hanyut bersama air sungai yang deras di kalahujan. Ya,
kasih itu telah hanyut lalu hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience