BAB 5

Drama Completed 438

“ Mak dah tua,Zal. Entah mampu ke tidaknak ke sana lagi.”

“ Mak...kalau itu kehendak mak,sayatidak mempunyai halangan,mak.
Kewajipan seorang anak untuk membahagiakan ibubapanya bukan?” Fezal
menjawab halus. Matanya masih berkaca-kaca.

“ Betul, Fezal?”hati Imah tiba-tibaberbunga mekar. Fezal ternyata tidak
pernah mengecewakannya.

“ Fezal cuma hendak mak bahagia. Kalaumak bahagia, Fezal akan lebih
bahagia,mak,” air mata Fezal tidak tertanggunglagi. Imah angkat dan
menghampiri anaknya itu. Dia memeluk erat tubuh Fezal danmengucup rambut
anaknya. Fezal menggenggam erat tubuh ibunya seperti tidak mahudilepaskan.

“ Terima kasih,nak,” ujar Imah sambilmenghabiskan esakannya.

Imah tersenyum ketika melihat ke arahbuku simpanan Tabung Hajinya yang
baru dikemaskini oleh Fezal pagi tadi selepasmemasukkan wang berjumlah
dua belas ribu ringgit ke dalam akaun ibunya, hasiljualan tanah sebesar
setengah ekar kepada Tauke Leong minggu lepas. Tauke Leongmendapatkan
tanah itu dengan nilai sebanyak dua puluh lima ribu. Baki daripadaduit
tersebut diserahkan kepada Fezal untuk simpanannya. Tanpa Imah sedari,
airmata gembiranya membasahi pipi. Sekali lagi hatinya bercampur baur
denganpelbagai rasa. Bahagia dan gembira kerana dengan izin Tuhan, dia
akan meunaikanhaji,barangkali pada tahun hadapan. Itupun jika usianya
masih panjang. Dia jugasedikit pilu kerana tidak mempunyai apa-apa untuk
ditinggalkan kepada Fezaljikalau dia sudah tidak melihat dunia nanti.
Perasaannya itu disimpandalam-dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience