“Mak!!! Farhana memanglah sesuai jadi menantu orang kaya sebab Farhana tak payah buat semua kerja. Semua orang gaji yang buat!!!” Kata-kata Farhana membuatkan Habibah rasa hendak ketuk saja kepalanya dengan spray di tangannya biar otak Farhana cepat berhubung dan boleh berfikir dengan lebih baik.
“Ya Allah…, apa lah nak jadi dengan kamu ni Farhana. Nak kata tak pandai, kamu belajar sampai diploma. Kalau mak ni ye la…, belajar pun sampai Tingkat 1 je…” Habibah sudah malas hendak melayan kerenah anaknya itu. Dia mengurut dada. Penat rasanya bercakap dengan orang yang tak cukup matang.
Dua minggu kemudian….
“Mak.., Farhana nak keluar pergi pasar malam ni,” laung Farhana dari laman rumah. Dia sudah siap mengenakan helmet. Enjin motosikal juga sudah dihidupkan.
“Ingat barang-barang yang mak pesan tadi,” balas Habibah dari ruang tamu. Dia mengelap tangan dengan hujung baju kurung kedahnya selepas selesai membasuh pinggan di dapur.
“Iya lah....,” jawab Farhana kemudian terus menunggang motosikal keluar dari pagar rumah. Beg tangan yang dibawa diletakkan di dalam raga motorsikal tetapi telefon bimbit diletakkan di dalam poket seluar jeansnya. Bukan apa…, senang dia hendak merasa kesan “vibrate” jika ada notifikasi yang masuk ke telefon bimbitnya nanti.
Sebentar tadi sebelum dia naik ke atas motor, dia sempat mengemaskinikan status terkininya iaitu
“Malam ni pasar malam. Perut lapar…, tapi nak makan apa ek?”
Tetapi Farhana geram lah pulak apabila ada pulak seorang lelaki ni yang menjawab postingnya dengan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“Itupun nak tulis kat fb ke?”
Memang kurang asam betul mamat tu…, bisik hati Farhana bebal. Dia terus menjawab.
Share this novel