BAB 1

Humor Completed 1741

Kelam kabut dia menghabiskan solat Zohor dek kerana jiwanya tidak tenteram mendengar bedesup-desup bunyi notifikasi di telefon bimbitnya. Segera dia membuka aplikasi Instagram dan melihat berapa LIKE yang sudah diraihnya pada gambar selfie yang baru dimuat turunnya sebentar tadi.

Kembang kempis hidungnya bila foto tadi sudah menerima 60 LIKE dalam masa beberapa minit, gembira bukan kepalang bila ramai yang memuji kecantikan wajahnya padahal gigih jugalah dia mengambil foto di bawah pancaran matahari yang terik.

Farhana terus menaip “terima kasih…, tak adalah…biasa-biasa saja.”

Merendah diri konon sedangkan perasaan sukanya dia dengan pujian itu sukar digambarkan. Keluar sekejap dari laman Instagram, Farhana terus membuka aplikasi kamera 360.

Dengan keadaan baring terlentang, dia mengambil gambar selfiedengan menunjukkan tanda “peace” beserta muncung “duck”. Setelah membuat “filter” beberapa kali bagi menghilangkan segala jeragat dan bekas jerawat di wajah, dia terus mengeposkan gambar tersebut di Instagram dengan kenyataan “muka baru lepas solat Zohor…., tak sempat nak mekap2….natural beauty je kan.”

“Farhana !!!!”

Bagai mahu terlepas telefon bimbit di tangannya apabila tiba-tiba jeritan nyaring kedengaran dari luar biliknya. Terduduk Farhana dengan jantung yang berdegup kencang.

“Ya mak. Orang kat dalam bilik ni la…,” sahut Farhana sambil mengurut dada. Nasib baik aku muda lagi…, kalau tak dah lama semput dengar suara Tarzan tu…, bebel Farhana.

“Apa kau buat berkurung dalam gua kau tu ha? Dari tadi aku suruh basuh pinggan dan sapu luar rumah, kau cakap nak solat Zohor. Ni dah dekat satu jam tak keluar-kelaur, kau solat taubat sekali ke?” jerit Habibah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience