“Hei awak. Ni akaun saya. Suka hatilah saya nak update apapun. Kalau awak tak suka, sila unfriend ok?”
Belum sempat lelaki itu hendak menjawab, Farhana terus “unfollow”lelaki tersebut. Dia tidak mahu komen-komen negatif akan merosakkan reputasinya di Instagram nanti.
Sedang menunggang, jiwa Farhana tidak tenteram apabila tetelfon bimbitnya bergetar beberapa kali. Tidak sabar menunggu hingga sampai ke pasar malam, Farhana terus berhentikan motornya di tepi jalan.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk memeriksa notifikasi yang masuk. Tesenyum panjang dia apabila melihat ramai pula yang sukakan postingnya tadi dan ramai yang “reply” memberikan cadangan padanya apa yang patut dibeli di pasar malam.
“Ooiiii!!!!” Farhana tidak sempat berbuat apa-apa apabila telefon bimbitnya tiba-tiba diragut dari belakang oleh dua orang lelaki bermotorsikal.
Farhana yang sangat terkejut dengan apa yang berlaku tidak dapat mengawal motosikalnya… lalu dengan dia dan motosikalnya tercampak ke dalam longkang besar di kiri jalan. Selepas itu Farhana tidak sedar apa yang berlaku.
Farhana membuka matanya perlahan-lahan. Serta merta itu juga rasa sakit yang sangat kuat menerjah masuk ke fikirannya.
“Adooiiii!!! Sakitnya!!!!” jerit Farhana dengan kuat.
"Ooiii...aduh sakitnya di sini, sakitnya di sini!!!" Habibah yang sedang tersengguk-sengguk kerana mengantuk di tepi katil sangat terkejut dengan reaksi tiba-tiba Farhana. Apa lagi...peel melatahnya terus tidak dapat dikawal. Terus dia berjoget mengikut lagu "Sakitnya Tuh Di sini" sambil meletakkan tapak tangan kanannya ke bahagian dada kiri.
Bahunya terjongket-jongket seperti menari. Farhana yang dalam keadaan yang masih sakit terlopong melihatkan aksi emaknya. Serba salah... hendak gelak, rasa sakit itu lagi kuat dari rasa lucu melihat aksi emaknya itu.
Share this novel