Bab 4:Gadis yang Berdendam

Thriller Completed 2489

Ridzuan masuk ke Restoran Puteri dengan keringat yang sedikit membasahi dahinya.Matanya meliar mencari kelibat Haikal.Rupa-rupanya,lelaki itu sedang duduk sambil melambai-lambai ke arahnya.Dia pun menuju ke tempat duduk lelaki itu.

"Ada apa nak cari aku?"Ridzuan bertanya dengan pantas.Haikal mengeluh sebelum membalas.

"Aku cuma nak tanya.Semalam kau pergi mana?"Haikal bertanya.Entah mengapa nada suaranya kedengaran tegang.Ridzuan mengerutkan dahinya.

"Aku...pergi Stadium Shah Alam.Kenapa kau sibuk sangat nak tanya?"Ridzuan membalas.Haikal menjegilkan matanya.

"Aku bagi amaran.Jangan libatkan diri dengan benda yang tak wujud.Faham?"
Haikal memberi kata-kata yang penuh ancaman.Ridzuan memandang wajah Haikal dengan tajam.

"Apa maksud kau?"Ridzuan bertanya.Haikal menepuk meja dengan kuat.Semua orang di dalam restoran itu memandang mereka dengan pelik.

"Jangan sibuk cari maklumat yang takde kena-mengena dengan kau kalau kau tak nak benda tu kacau kau."Haikal membidas dengan keras.Entah mengapa pandangan matanya seolah-olah meminta tolong daripadanya.Haikal terus meninggalkan Ridzuan.Mata Ridzuan berubah tajam.Dia menggenggam tangannya.Dia mengetap bibirnya."Aku dah jumpa kau,Haikal.Aku dah jumpa..."gumam Ridzuan sambil tersenyum sinis.

~~~~

Ridzuan masuk ke rumahnya.
Sunyi.Dia terus masuk tanpa membuka lampu ruang tamu.Dia menghempaskan tubuhnya pada sofa jenama Ikea.Dia mengeluh.Tiba-tiba,bahunya disentuh lembut.Dia menoleh.Matanya terbeliak.Kelihatan Diana berada di belakangnya sambil memandang tajam wajahnya.Pantas,Ridzuan mengundurkan ke belakang.Diana berjalan ke arahnya.

"Awak kena cari pembunuh saya sampai dapat."rayu Diana dengan tangisan yang menyeramkan.Ridzuan tersentak.

"Tapi...saya tak tau."Ridzuan membalas.Diana merenungnya tajam.Matanya bersinar tajam.

"Cari atau jadi mangsa saya.Awak semakin hampir dengan pembunuh tu.Siasat atau awak takkan dapat hidup tenang..."bisik Diana dengan menyeramkan.Kelibat Diana semakin mendekati.Ridzuan sangat takut sebelum mencari lampu suluh.Akhirnya,dia jumpa.Dia terus menyalakan lampu suluh itu dan menyuluhnya ke arah Diana.Kelibat Diana terus hilang dari pandangan.Ridzuan tercungap-cungap mengambil nafas.Siapa yang paling rapat dengannya?

~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience