Completed
2489
Ridzuan mula masuk kerja setelah cuti kerja tamat.Setiap hari dirinya akan bermimpi tentang Diana.Gadis itu bagaikan ingin memberi petunjuk kepadanya.Dia tak boleh biarkan dirinya menjadi mangsa Diana.
"Siapa sebenarnya yang bunuh?Menurut kata Diana...orang itu berumur 20
tahun ketika 10 tahun lepas."gumam Ridzuan.Tanpa dia sedar,dia telah melanggar rakan sekerjanya.
"Aduh..."pekerja perempuan itu mengaduh kesakitan.Ridzuan tersentak.
"Maafkan saya.Eh?Awak Julia kan?Maafkan saya."Ridzuan memohon maaf kepada Julia,setiausaha bos itu.Julia hanya tersenyum.
"Tak apa.It's okay really.Awak kenapa nampak macam cemas je?"tanya Julia.Ridzuan terpinga-pinga.
"Tak..tak ada apa-apa pun.Cuma fikiran berserabut"Ridzuan membalas sambil tersengih.Julia merenungnya.
"Saya tahu apa yang awak fikirkan.Awak tak perlu risau.Setiap perbuatan jahat akan dibalas.Awak tak perlu nak menyibuk kalau tak nak ditimpa malang."Julia membidas perlahan.Ridzuan mengerutkan keningnya.
"Apa maksud awak sebenarnya?Boleh tak terus terang?"Ridzuan bertanya,pelik.
"Baguslah kalau awak faham."Julia membalas sambil mengukir senyuman sinis.
~~~~
Ridzuan masuk ke dalam lif.Dia hanya melihat telefon bimbitnya.Tanpa disedarinya,seseorang bersamanya.Dia merasa semacam.Dia menoleh.Dia terkejut dan mengundurkan ke belakang.Kelihatan Diana memandangnya dengan senyuman.
"Nampaknya awak dah tahu siapa sebenarnya dalang,kan?"Diana bertanya.Ridzuan menggeleng.Manalah dia tahu.
"Siapa?Saya tak tahu."Ridzuan membalas.Diana masih tersenyum manis.Tiba-tiba lif terbuka sendiri.Kelihatan Haikal sedang berdiri di hadapannya.Baru sahaja dia ingin melangkah masuk,matanya tertancap kukuh pada kelibat yang berada di sebelah Ridzuan.Matanya terbeliak.Dia terjatuh ke belakang.
"Kau?"Haikal pantas berlari meninggalkan Ridzuan.Diana hanya tersenyum.Namun,senyumannya kali ini berubah sinis.
~~~~
Share this novel