Bab 6:Tempat yang Menjadi Pertemuan

Thriller Completed 2489

Ridzuan melangkah masuk ke dalam Stadium Shah Alam.Dia mengerling jam tangannya.Sudah pukul 6.45 pagi.Dia pantas mencari kelibat Diana.Kelihatan Diana sedang duduk di kerusi penonton.Dia menuju ke arah Diana.

"Assalamualaikum Diana."Ridzuan memberi salam.Diana tidak menjawab salam sebaliknya tersenyum nipis.

"Awak buat apa kat sini?"tanya Diana dengan lembut.Ridzuan mengambil tempat duduk di sebelah Diana.

"Saja je nak jumpa awak."balas Ridzuan.Diana memandang Ridzuan dengan tajam.

"Awak nak tanya sesuatu,kan?Saya tahu."Diana berkata sambil mengukir senyuman manis.Ridzuan terpaku melihat senyuman Diana.Senyuman itulah yang dirinduinya.

"Apa yang awak nak tanya?"soal Diana sambil menyentuh lengan Ridzuan.Ridzuan tersentak kerana tapak tangan Diana sangat sejuk seperti direndam ais.

"Awak boleh tak bagitahu saya apa yang terjadi sebelum awak...hilang?"
Ridzuan bertanya.Senyuman Diana memudar.

"Awak...pergi jumpa pak cik cleanar yang jaga stadium ni dan..."belum sempat dia beritahu,tubuh Diana mula menghilang dari pandangan dek cahaya matahari yang semakin menerang bumi.Ridzuan terkejut.Pak cik mana ni?

~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience