Completed
2489
Ridzuan masuk ke dalam rumahnya dengan hati yang tidak tenteram.Entah mengapa dirinya berasa tidak sedap hati apabila teringatkan gambar Julia dan Haikal.Apa hubungan mereka?Fikirannya mula kusut.Dia terus masuk ke dalam bilik airnya dan membersihkan diri.Setelah itu,dia pun menunaikan solat Maghrib.Tiba-tiba,lampu elektrik rumahnya terpadam.Ridzuan tersentak.Dia segera menuju ke ruang tamu untuk melihat kotak elektrik rumahnya.Alangkah terkejutnya apabial melihat wayar penyambung elektrik rumahnya yang utama terputus.Dia terus menelefon rakannya,Saiful.
"Assalamualaikum.Kenapa telefon aku malam-malam ni?"soal Saiful di hujung talian.Ridzuan terus membalas.
"Erkkk..Boleh tak kau datang rumah aku?Aku rasa tak sedap hatilah.Wayar elektrik rumah aku terputus macam ada orang gunting."mendengar jawapan Ridzuan,Saiful terus bersetuju.
"Ok.Aku datang sekarang."talian pun dimatikan.Ridzuan berjalan ke arah pintu kaca rumahnya.Sunyi.Tiba-tiba,kepalanya diketuk dengan kuat.Ridzuan rebah.Matanya berpinar-pinar.Dia menyentuh belakang kepalanya.Terdapat cecair merah yang banyak mengalir.Dia mengaduh kesakitan.Tiba-tiba,kakinya ditarik dan diheret keluar daripada rumahnya.Orang itu mencampak Ridzuan di tengah halaman rumah.Ridzuan menoleh untuk melihat gerangan orang yang memukulnya.Matanya terbeliak.Tidak disangka orang itu yang memukulnya.
"Macam mana?Sakit tak?Hehehe.."orang itu berkata,sinis.
"Julia...kenapa?"Ridzuan membalas sambil menahan kesakitan.Julia hanya tersenyum.Tangannya memegang besi yang keras dan tajam.
"Kau tahu apa salah kau,kan?"Julia bertanya dengan lembut.Ridzuan menggeleng.Senyuman Julia mati.Kini,wanita itu memandang tajam wajah Ridzuan.Dia menarik rambut Ridzuan.Ridzuan menjerit kesakitan.
"Kau dah bunuh Haikal!Kau dah bunuh tunang aku!"tengking Julia.Dia menolak kepala Ridzuan.Kini,tahulah dia hubungan antara Julia dan Haikal.
"Saya...tak tau...maafkan saya,Julia."Ridzuan meminta maaf.Julia hanya melepaskan dekahan.Dia menendang perut Ridzuan.Ridzuan mengaduh kesakitan.Matanya makin berpinar.Terasa berat kepalanya.
"Tak guna kau nak minta maaf.Bukan boleh hidupkan balik.Kau tahu tak,sebelum dia mati...seminggu lepas tu aku dah nak kahwin?Kenapa kau buat macam tu?Walaupun bukan kau yang bunuh,tapi kau dah hidupkan sesuatu.Sesuatu yang sedang menunggu membalas dendam."Julia menangis kesedihan.Dia meraup wajahnya.Ridzuan juga mengalirkan air mata.
"Sekarang kau dah tahu semuanya.
Kau akan habiskan hayat kau kat sini bersama dosa-dosa kau."Julia berkata sebelum mengangkat tangannya yang memegang besi tajam dan keras untuk memukul kepala Ridzuan.Saat dia menghayunkan besi itu,Saiful berdiri di hadapan Ridzuan untuk melindungi rakannya itu.PANG!Saiful jatuh terduduk di sebelah Ridzuan.Cecair merah mengalir di kepalanya.Dia mengaduh kesakitan.
"Nampaknya ada seorang lagi yang
ada hajat nak mati sama."Julia tergelak kecil setelah mengungkap kata-kata itu.Pandangan Ridzuan semakin kabur.Dia sudah tidak mampu mengungkap kata-kata lagi.Ini kerana darahnya hampir habis kerana keluar dengan banyaknya.
"Selamat tinggal."Julia tersenyum manis.Tiba-tiba,langit menjadi mendung dan petir mula sambar-menyambar.Angin bertiup kencang.Di sebalik cahaya bulan,muncul satu susuk tubuh seseorang gadis.Ridzuan amat mengenali gadis itu.Gadis itu ialah Diana.
"Kau buat apa kat sini?Balik ke tempat asal kau!Ataupun kau teringin nak mati sekali lagi?"tengking Julia.Diana hanya memandang wajah Julia dengan wajah pucat seperti mayat.Dia mendongak memandang langit yang mendung.Saat itu,dahan pokok ara yang besar itu disambar petir.Dahan itu jatuh dan tumbang menghempap tubuh Julia.Julia menjerit kesakitan sebelum suaranya menjadi perlahan dan senyap.Pandangan mata Ridzuan berbalam-balam.Di sebalik pandangannya yang semakin kabur,dia melihat Diana memandangnya sambil tersenyum manis sebelum perlahan-lahan menghilang.Ketika itulah,matanya tertutup rapat dengan tenang.
~~~~
Share this novel