Completed
2489
Ridzuan menuju ke arah seorang lelaki tua yang sedang menyapu sampah itu.Lelaki itu kelihatan terkejut dengan kehadiran Ridzuan yang tiba-tiba itu.
"Assalamualaikum pak cik.Nama saya Ridzuan.Boleh tak saya nak tanya beberapa soalan pada pak cik?"Ridzuan bertanya sopan.Pak cik yang memakai tag nama Khalid itu mengangguk.
"Apa nak tanya?"tanpa menjawab salam dia berkata.Ridzuan tersenyum.
"Pak cik kenal tak budak perempuan yang hilang 10 tahun lepas?"soal Ridzuan dengan yakin.Pak Cik Khalid tersentak.Dia memandang tajam wajah Ridzuan.
"Aku tak kenal."Pak Cik Khalid membalas keras.Ridzuan menjongketkan keningnya.
"Pak cik tipu.Pak cik bukan ke kerja kat sini?Mesti pak cik tahu."bentak Ridzuan.Pak Cik Khalid terdiam.Dia mengeluh.
"Aku tahu kau dibelenggu dengan sesuatu.Aku tahu semua tu.Cuma aku tak boleh bagitahu kau.Jadi,kau pergi ke hujung palang itu.Nanti kau akan tahu."Pak Cik Khalid berkata.Ridzuan terpinga-pinga.
Pak Cik Khalid terus meninggalkan Ridzuan.Ridzuan terus menuju ke arah tempat yang ditunjukkan.
"Tak ada apa-apa pun."gumam Ridzuan,bengang.Tiba-tiba,matanya menangkap satu imej yang yang menarik perhatiannya.Dia menyentuh benda itu.Matanya terkatup rapat.Dia membuka matanya.Tanpa disangka-sangka,dia dapat melihat perkara yang berlaku 10 tahun lepas.
~~~~
Setelah meminta izin untuk pergi ke tandas,Diana pun berlalu pergi.Gadis itu pun masuk ke dalam tandas tanpa sebarang curiga.Setelah membuang hajat,dia pun keluar dari tandas.Tiba-tiba,tangannya ditarik ke tempat yang sedikit gelap di stadium itu.
"Lepaslah!Tolong!"Diana menjerit namun,mulutnya ditutup oleh lelaki itu.Lelaki itu mengangkat tangannya yang memegang besi tajam dan keras itu.Dia pun memukul kepala Diana dengan kuat.Diana rebah.Kepalanya mula mengeluarkan cecair merah yang membuak-buak.Lelaki itu ketawa sebelum terdiam.Matanya terbeliak.Dia seolah-olah baru tersedar dari khayalan dadah.Dia pun melutut dan mengangkat Diana dengan cemas dan membawa Diana pergi.Walaupun begitu,Diana tidak akan pernah lupa wajah lelaki itu.Lelaki itu ialah Haikal.
~~~~
Ridzuan terduduk.Matanya mula menakung air jernih.Dia tidak percaya semua itu.Dia perlahan-lahan menangis penuh penyesalan.Tiba-tiba,bahunya disentuh.Ridzuan menoleh.Kelihatan Pak Cik Khalid berdiri di belakangnya sambil mengeluh.
"Kamu dah tahu,kan?Ni yang pak cik nak cerita."Pak Cik Khalid berkata dengan lembut.Ridzuan mengetap bibirnya.
"Selepas budak tu hilang,mak dan ayah dia hampir menjadi gila.Mereka membuat pemujaan roh.Sejak hari tu,budak tu selalu muncul di sini.Pak cik kadang-kadang nampak kamu berbual sorang-sorang."Pak Cik Khalid memberitahu sepenuhnya.Ridzuan menggeleng sambil mengalirkan air mata.
"Saya akan cari pembunuh tu.Saya nak ajar dia cukup-cukup."Ridzuan berkata dengan penuh amarah.Pak Ci Khalid menggeleng.
"Tak perlu.Ia dah bermula pun."
~~~~
Share this novel