Bab 3:Gadis yang Telah Lama Hilang

Thriller Completed 2489

Ridzuan memandu keretanya yang berjenama Honda City dengan laju ke Stadium Shah Alam.Fikirannya melayang jauh mengingatkan detik manisnya bersama Diana pada 10 tahun yang lalu.Bibirnya mengukir senyuman.Dengan pantas senyumannya mati apabila mengingatkan tentang kehilangan rakannya itu.

"Diana,di mana awak sebenarnya?Masih hidupkah awak?"bisik hati Ridzuan.
Air matanya mengalir perlahan di pipi.Tiba-
tiba,bahunya disentuh lembut.Ridzuan tersentak.Keretanya hilang kawalan.
Mujurlah dirinya sempat menekan brek.
Dia menghempaskan hembusan nafas lega.

"Aku tak boleh fikirkan.Kalau tak
hilang fokus.Haih..."gumam Ridzuan.Dia
pun meneruskan pemanduannya ke stadium itu.

~~~~

Ridzuan akhirnya tiba di stadium itu.Langit masih gelap kerana baru pukul
6.50 pagi.Dia mengeluh.Dia pun berjalan
masuk ke dalam stadium itu.Stadium
pembawa kenangan.Dia pun duduk di salah sebuah kerusi penonton.Dia merenung lama kawasan stadium itu.Tiba-
tiba,matanya tertancap kukuh pada susuk tubuh seorang gadis yang duduk selang 5
tempat duduk di hadapannya.Pada pengamatannya pasti gadis itu berumur13 tahun.Dia mendekati gadis itu.

"Adik buat apa kat sini?Seorang diri
pula tu.Mana mak dan ayah adik?"Ridzuan
bertanya.Gadis itu terdiam seketika.

"Awak tak ingat saya ke?"gadis itu bertanya,lembut.Ridzuan tersentak mendengar suara itu.Gadis itu menoleh.
Mata Ridzuan terbeliak.

"Awak?"Ridzuan terkejut melihat
wajah yang sangat dirinduinya.Diana!Wajah gadis itu sangat pucat seperti mayat tetapi senyumannya tetap manis
menghiasi bibir.Ridzuan terperasan sesuatu.Walaupun masa kian lama berlalu,
rakannya itu tetap tidak berubah dewasa.
Baju yang dipakai gadis itu juga berwarna
putih sama seperti waktu ketika gadis itu hilang 10 tahun yang lalu.Kini barulah dia
tersedar sesuatu.Gadis itu telah pun mati
dan kini berlainan alam dengannya.Air matanya mengalir.

"Diana...siapa yang buat awak macam ni?"Ridzuan bertanya.Air matanya makin laju mengalir.Diana hanya tersenyum.

"Lamakan kita tak berjumpa?"
Diana bertanya dengan perlahan.Matanya
redup melihat wajah Ridzuan.Ridzuan menangis.Dia cuba untuk memegang tangan rakan lamanya itu namun setiap
sentuhannya bagaikan angin lalu.Diana ibarat hologram yang tidak berjisim.

"Diana,siapa yang bunuh awak?"
Ridzuan bertanya.Senyuman Diana mati.
Dia merenung Ridzuan dengan linangan air
mata.Kelihatan matahari mula terbit.
Cahayanya makin lama makin terang.

"Hanya awak yang tahu..."
perlahan-lahan susuk tubuhnya menghilang dek disinari cahaya matahari.
Ridzuan tergamam dan terkedu mendengar jawapan Diana.Siapa yang membunuh Diana sebenarnya?

~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience