Completed
2489
Sejak dari hari itu,hati Ridzuan berasa sangat tenang.Pihak polis juga telah menjumpai mayat Diana yang disimen pada dinding bahagian belakang Stadium Shah Alam.Seluruh Malaysia digemparkan dengan berita tentang penjumpaan mayat Diana yang dikatakan hilang 10 tahun lalu.
Ridzuan kembali mula berkerja.Dia berasa amat tenang.Tiba-tiba,dia terlanggar seseorang.Dia pantas menolong pekerja itu.Saat dia mendongak,dia dapat tahu siapa pekerja itu.
"Maaf Julia.Saya tak sengaja."
Ridzuan meminta maaf.Julia menjelingnya tajam sebelum merampas barangnya dari tangan Ridzuan.
"Awak jangan nak buat baik dengan saya.Saya benci awak."balas Julia.
Ridzuan mengerutkan keningnya.
"Tapi...kenapa?"soal Ridzuan dengan hairan.Julia melemparkan senyuman senyuman sinis.
"Kenapa?Nampaknya awak sudah lupa apa salah awak."bidas Julia.Ridzuan tersentak mendengar ayat Julia.Julia terus meninggalkan Ridzuan seorang diri.
~~~~
Ridzuan berjalan ke arah tempat membuat kopi.Dia ingin membancuh kopi yang boleh memberi ketenagan kepadanya.Tiba-tiba,dia ternampak kelibat Diana sedang berjalan ke arah sesuatu.Dia mengekori kelibat itu.Apabila dia membelok ke kanan,kelihatan Diana menunjuk sesuatu di sebuah meja sebelum perlahan-lahan menghilang dari pandangan.Ridzuan menuju ke meja tersebut.
"Eh,ini meja Julia.Kenapa Diana tunjuk meja Julia?"Ridzuan bertanya sendiri.Tiba-tiba,dia terlihat satu gambar yang menarik minatnya.Gambar Julia sedang berselfie dengan seorang lelaki.Lebih mengejutkan apabila mengetahui bahawa lelaki itu ialah Haikal!Ridzuan mengundurkan ke belakang.Tiba-tiba,seseorang menyentuh bahunya.Ridzuan menoleh.Kelihatan Julia sedang memerhatinya tajam.
"Apa awak buat di meja saya?"Julia bertanya dengan nada suara tidak puas hati.Ridzuan tersentak.
"Err...saya cuma cari plan-plan bangunan yang disimpan di sini.Tu je.Ermm...saya pergi dulu."balas Ridzuan sebelum meninggalkan Julia.Julia memerhati tanpa bersuara.Ridzuan menuju ke mejanya.Dia ligat berfikir.Apa hubungan Julia dengan arwah Haikal?
~~~~
Share this novel