BAB 5

Crime Completed 9564

Beberapa minit kemudian, kami sampai ke sebuah bilik hotel 1-2-3. Sesekali aku menjeling ke arah pengawal peribadi tu melihat berapa bilangan mereka semua. Aku melihat juga kedudukan kamera litar tertutup dan aku perasan ada tiga semuanya. Mungkin ada lebih dari itu.

Lelaki separuh botak itu sudah membuka baju manakala aku masih melihat hiasan bunga mawar yang di tabur di atas katil. Bilik yang dipenuhi dengan aroma kayu cengkih dan disinari lampu malap menjadikan suasana romantis dan mengghairahkan.

Lelaki miang itu mungkin sedang ghairah tapi bukan aku. Seperti Eric pernah katakan padaku satu masa dulu, hati aku lebih keras dari berlian. Aku tak mudah cair apabila melibatkan permainan nafsu dan perasaan.

Aku melakukan tarian mengghairahkan yang pernah aku lihat sewaktu aku kecil. Tarian ciptaan ma sendiri. Ma salah seorang penari hebat bagiku. Sebelum ma jadi pelacur, ma bekerja di kelab malam sebagai GRO.

Akibat terpaksa kerana di buru oleh ah long, ma membawa aku lari dan akhirnya kami tinggal berdekatan dengan Jalan Tun Sambathan. Tapi hari ini, aku bukan seorang pelacur seperti ma. Aku seorang pembunuh upahan.

Ketika lelaki itu leka menyaksi tarianku, aku terus menerkamnya ibarat harimau kelaparan. Bantal yang berada di sisi aku tutup kemas pada mulutnya. Dia menjerit dan cuba menendang aku. Aku menahan sakit apabila perutku di tendang kuat.

Dengan pantas dan tanpa belas kasihan, aku menembak dua kali pada dadanya dari jarak dekat. Jeritan halus menahan kesakitan aku tidak peduli. Hampir 10 minit, baru aku mengalihkan bantal. Sarung bantal hotel yang berwarna kuning keemasan dipenuhi darah merah pekat.

Aku melihat jam. Hampir 9.40 malam. Aku perlu keluar sebelum 10.00 malam. Sarung bantal yang ada darah aku sembur dengan bahan pembersih Geng Yin. Hilang tapi berbekas sebesar peta Benua Eropah. Aku memandang ke arah mayat di atas katil dan tiada di situ! Aku mula rasa cemas. Peluh merencik walau bilik berhawa dingin. Baru aku hendak melangkah keluar melalui tingkap, bahu aku di pegang kuat.

“Nak pergi mana?”, tanya seorang lelaki suara garau. Aku menoleh. Rupanya suara pengawal peribadi yang menjaga di hadapan bilik hotel 1-2-3.

Kedua-dua pengawal peribadi berada di sini tetapi di mana DatoJack? Aku tersenyum sinis pada mereka dan perasan DatoJack tersandar di pintu almari. Sial! Sempat lagi meminta bantuan walaupun dah nyawa-nyawa ikan? Aku membuka ikatan skirt di bawah dan terus menarik tangan salah seorang pengawal peribadi tersebut.

Dengan pantas, aku merampas pistol di tangannya dan menendang sehingga tercampak ke lantai. Di masa yang sama, kaki kananku menendang padu pada muka seorang lagi pengawal peribadi. Pergerakan mereka lemah memudah aku membelasah mereka habis-habisan. Nama saja pengawal peribadi tapi tak pandai berlawan. Mereka terlalu mengharapkan pistol.

Tiba-tiba telingaku dapat mendengar derapan kaki berlari dan aku pasti itu pengawal keselamatan. Aku cepat-cepat keluar melalui tingkap dan menelefon Eric dan memberitahu aku dalam bahaya.

Aku bergerak perlahan-lahan sepanjang birai tingkap dan membalingkan kasut tumit tinggi ke atas bumbung kereta Wira hitam yang merupakan kereta Eric. Cepat-cepat Eric memandu ke tempat lebih sesuai dan dengan tekad hati, aku melompat ke atas bumbung kereta. Aku menyuruh Eric memandu terus dan aku perlahan-lahan masuk ke dalam kereta walaupun aku mungkin jatuh dan terus mati.

Sekumpulan pengawal tak dapat mengejar kami lagi sebab Eric pakar dalam hal memandu. Dia diibaratkan seperti raja memandu. Aku tersenyum tawar manakala Eric bersorak gembira. RM1 juta sudah menjadi habuan kami.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Peribahasa Melayu itu ada benarnya dan itu terjadi pada diriku. Nama aku naik sebagai suspek kepada kes pembunuhan DatoJack.

Uncle Yin marah tak habis-habis padaku kerana aku bersikap cuai kali ini. Aku mengaku, aku kurang menumpukan perhatian kerana aku tak sangka DatoJack sempat meminta bantuan walau sudah di tembak bertalu-talu.

Aku menampar dahiku. Semuanya seperti berakhir begini saja walaupun Eric beberapa kali berjanji dia akan menolongku walau apa pun terjadi. Dia berjanji, polis tak akan berjaya menangkap aku.

“Tak perlu lindungi saya Eric. Memang betul saya terlibat”, kataku pada Eric. Aku jenis berani buat, berani tanggung. Aku bukan seorang pengecut.

“Tak perlu begitu. Saya sayang kamu Yue. Saya tak nak apa-apa terjadi pada kamu. Lagipun, aku pun terlibat sama”, kata Eric dan buat pertama kali dia memegang tanganku.

Aku tidak rasa apa-apa. Aku rasa biasa saja pegangan tersebut. Walaupun dingin tangan Eric dapat kurasai. Aku memandang ke matanya. Aku dapat merasai sesuatu di dalam dada tapi… cepat-cepat aku mengalih pandangan. Aku memandang lorong yang sepi. Tiada apa di sana dan sekali-sekala beg plastik berterbangan mengikut rentak udara bertiup.

“Dan aku juga mencintaimu Yue”, ucap Eric.

Aku masih memandang lorong. Kata-katanya hanya tinggal kata-kata. Aku tidak merasakan ia satu ucapan istimewa.

“Aku hanya anggap kamu sebagai abang saja”, kataku kemudian bangun dan masuk ke dalam bilikku yang berselerak seperti tongkang pecah dan berbau busuk bangkai. Aku sudah sebati dengan bau tersebut.

Baru saja hendak melelap mata walau hidung terasa sakit dengan bau busuk menyucuk-nyucuk, aku terdengar jeritan Eric.

“Cepat keluar! Polis datang!”

Aku bingkas bangun dan Eric lantas menarik tanganku. Kami berlari keluar dan aku melihat semua orang sudah lari entah ke mana. Patutlah bunyi bising tadi.’, getus hatiku.

Kami curi saja sebuah motosikal yang berada di hadapan restoran. Terasa seronok pula lari-lari macam ni. Aku memandang ke belakang kerana mendengar jeritan dan maki-hamun seorang lelaki India meminta kami mengembalikan motosikalnya. Aku melihat juga kalau-kalau polis sempat mengejar kami namun tiada. Aku anggap pelarian kami berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience