BAB 7

Crime Completed 9564

Masuk hari ketiga menjadi penjenayah dikehendaki polis. Semalam, aku hanya makan pisang dan minum sedikit air dari botol mineral yang aku curi. Selebihnya, aku biarkan Eric minum habis. Aku memandang Eric dan dia…nampak lebih sihat sedangkan tak makan ubat pun. Emm…bukan sebab dia dah makan semalam. Tak kisahlah, yang penting sekarang kami perlu cari Uncle Yin dan Geng Yin. Lagipun semalam aku tidak nampak kereta polis meronda atau sekatan jalan raya.

“Awal bangun?”, kata Eric yang baru tersedar dari tidur.

Aku hanya tersenyum kemudian mula termenung. Eric mula bertanya di mana aku mendapat air botol mineral itu. Aku memandang pelik kepadanya.

“Benda macam tu pun nak tanya. Kitakan memang keturunan pencuri, mestilah aku curi saja.”, jawabku selamba sambil menghisap rokok yang aku terjumpa dekat dengan pondok. Entah siapa begitu baik meninggalkan sebatang rokok dan mancis. Setelah diam seketika, aku memulakan bicara.

“Kenapa kau tanya macam tu?”

“Entahlah…aku rasa sihat lepas minum air ni.”

Aku memandang Eric. Agak menarik mendengar kata-katanya. Aku merampas botol mineral yang berada di pegangan Eric.

“Ala…air botol Bleu je. Bukan apa pun.”

Kemudian kami masing-masing berdiam diri. Tak tahu hendak berkata apa. Duduk kat ladang getah ni bukan boleh buat apa pun. Sekejap-sekejap lari bila ada orang datang menoreh.

Tiba-tiba aku teringat lelaki muda berwajah jernih itu. Ada sesuatu menarik pada pandanganku. Aku bukan jatuh cinta tapi ada sesuatu bagaikan melembutkan hatiku yang keras ini. Ayat yang aku terdengar dari dalam surau semalam, sememangnya mendamaikan. Aku ada bertanya pada Eric pasal agama tapi kami berdua sedia maklum, ahli Geng Yin tidak akan menganuti apa-apa agama seperti Islam atau Kristian.

“Aku keluar sekejap dan jangan ikut aku. Eric, jaga diri kau baik-baik.”

Eric mengangguk kepala dan patuh dengan arahanku. Lagipun katanya dia masih tidak larat untuk berjalan. Rasa sakit dikakiku berbisa setiap kali aku melangkah. Sesampai saja di jalan besar, aku terus menyorok senjata. Aku rasa aku perlu berjumpa dengan lelaki berwajah jernih itu.

Aku berjalan di tepi jalan walau ada mata memandangku kerana wajahku comot dan pakaianku sedikit koyak kerana terkena dahan apabila berlari. Badanku bagai di tolak oleh angin apabila ada sebuah lori pasir melalui sebelahku. Sakit kaki semakin menyucuk seperti tusukan jarum peniti namun kutahan. Aku berhenti berjalan sekali-sekala apabila makin berat kaki untuk melangkah. Aku menuju ke sebuah warung kopi dan bertanya di mana letaknya surau. Mereka membuat muka pelik apabila melihat orang Cina seperti aku bertanyakan soalan sedemikian.

Aku meneruskan langkah manakala fikiranku memikirkan tentang apa yang aku lakukan selama ini sebagai seorang manusia. Dari kecil aku di latih sebagai seorang pembunuh upahan. Semasa kanak-kanak seusiaku bermain buaian, aku hanya memandang dari jauh saja. Hendak bermain, Uncle Yin tidak bagi. Jadi, apa menjadi hiburanku masa itu adalah pergaduhan antara ahli geng tak pun bermain siapa dapat mencuri kuih pau paling banyak.

Tidak terkira berapa ramai menjadi mangsa kecurian atau pembunuhan yang dilakukan oleh tanganku ini. Terbaru ialah DatoJack. Baru aku tersedar sesuatu, apa reaksi mereka melihat orang kesayangan mati? Sedangkan aku melihat kematian adik di depan mata, aku menggeletar seluruh tubuh.

Aku berjalan lagi kali ini langkahku semakin ringan. Sekejap lagi rasa sakit akan datang kembali. Ingatanku mula tergambar wajah mangsa yang pernah kubunuh. Ada ternganga sambil mata terbeliak, ada juga tidak habis merayu padaku dan sanggup menyerahkan wang sebanyak mana aku mahu supaya aku tidak membunuhnya dan ada juga melawan menyebabkan aku terpaksa mematahkan tulang-temulang mereka terlebih dahulu. Tiba-tiba perasaan bersalah menyelinap di dalam jiwa.

Aku memandang ke hadapan kemudian tersenyum. Sampai juga aku ke surau di mana aku di beri bantuan oleh lelaki yang tak pernah aku kenali. Aku pergi ke depan surau dan beberapa minit aku rasa bosan menunggu kehadiran lelaki tersebut. Bosan juga menjawab setiap pertanyaan orang peramah yang bertanyakan tujuan aku ke mari dan siapa gerangan yang ingin kujumpa.

Baru saja melangkah pergi tiba-tiba aku terdengar bunyi lori memberhenti dengan mengejut dan aku memandang ke belakang. Itu lelaki berwajah jernih itu yang hampir di langgar oleh lori!. Tanpa berfikir panjang, automatik kakiku berlari kemudian memeluknya. Kami kemudiannya bergolek ke kiri. Tiba-tiba aku melihat sebuah kereta terbang laju ke arah kami dan aku segera menolak badan lelaki Melayu berkenaan.

Aku berjaya menyelamatkan dia tapi…tanganku yang sering melakukan dosa begitu juga kaki yang pernah aku gunakan untuk memijak dan menendang orang bersalah di gilis oleh kereta laju tersebut. Darah melumuri badanku dan aku cuba mengangkat tangan namun terasa berat dan pedih. Aku memejamkan mata dan aku terasa kebas seperti tiada mempunyai tangan.

Tiba-tiba aku teringat bagaimana aku mencuri barang dari seorang lelaki kudung tangan. Aku ingat lagi aku mengejek sambil ketawa bersama Eric apabila melihat lelaki itu bersusah payah ingin menangkap kami. Terasa air hangat mengalir di pipi. Aku kesal dengan kesalahan aku selama ini. Aku kesal sangat!

Pandanganku semakin kabur dan semakin berat bagaikan ada batu besar menindih badanku supaya sama rata dengan permukaan bumi. Kepalaku terasa digonyoh dan dihentak-hentak oleh tangan gergasi. Pandanganku kemudiannya menjadi kelam walhal aku membuka mata. Hanya telinga masih mendengar bicara.Tiba-tiba aku terdengar suara menyuruhku berbuat sesuatu.

“Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Lancar lidahku mengikut lafaz suci yang diucapkan lelaki tersebut walhal ini adalah kali pertamaku mengucapkannya. Berjuraian manik Kristal dari mataku saat menyebut nama Allah SWT dan juga Nabi Muhammad. Seperti malam yang gelap, cahaya bulan menyinari semesta alam, mungkin ini hikmah kecil aku diberikan nama bulan kerana dari kegelapan akhirnya au menemukan cahaya dan semuanya itu ada dalam diriku yang mana cumalah penggerak kepada perancangan Allah yang maha besar. Aku menemui cahaya dan untuk pertama kali aku merasakan ketenangan hanya dari menyebut kalimah suci agama Islam itu.

Adakah segala dosaku ini akan diampunkan oleh Allah walhal aku bukan beragama Islam namun sempat mengucapkan dua kalimah syahadah di saat pintu ajal terkuak luas?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience