Hari ketiga sesi pembelajaran aku dengan Fifi sudah tamat dan juga bermakna tugasku sebagai pembunuh upahan bermula. Tugas ini perlu kulaksana sebaik mungkin tanpa meninggalkan sebarang bukti menyabit aku sebagai suspek dalam kes pembunuhan. Setakat ini, empat projek berjaya dilaksanakan.
Jam tepat 8.45 malam. Aku sudah bersiap memakai dress hitam yang menyerlahkan kulit putih pucatku. Dress telah diubah suai supaya dapat di buka pada bahagian bawah. Aku memakai seluar jeans pendek di bahagian dalam supaya senang melarikan diri nanti.
Tugas kali ini sukar kerana aku perlu menyamar sebagai Lady Eleanor, orang kaya dari Sarawak. Sebelum ini aku tak perlu buat semua itu. Cukup sekadar menyelinap masuk ke dalam kediaman dan Eric membantuku membersihkan darah menggunakan bahan kimia pembersih ciptaan Geng kami sendiri. Ternyata berkesan dari mana-mana jenama pembersih yang terdapat di pasaran[promote pula].
Selain aku, ada tiga lagi pembunuh upahan dalam Geng Yin. Namun umur semakin tua menghalang mereka melakukan tugasan lasak. Kini tinggal aku seorang melakukan tugasan tersebut kerana Uncle Yin mengatakan tiada siapa yang layak termasuk Eric.
Bukan senang menjadi pembunuh upahan. Mesti licik, bertenaga dan bijak merancang. Pandai menyamar tak membantu apa-apa kalau tidak bijak menyelesaikan masalah dengan cepat apabila keadaan dalam bahaya.
Jam menunjukkan 9.00 malam. Sudah tiba masa dinantikan dan semuanya sudah di rancang. Aku mula melangkah masuk ke dalam hotel mewah yang sedang menganjur sebuah majlis. Aku sudah sedia maklum. Walaupun nampak senang, tapi susah untuk meneka apa yang bakal berlaku. Bukan sedikit pengawal peribadi kerana tetamu juga membawa pengawal masing-masing.
Aku cuba fokus kembali terhadap tugasku. Tiba-tiba mataku terhenti ke arah seorang lelaki Cina separuh botak tegap memakai tuksedo hitam dan berumur dalam lingkungan 40-an.
Aku mencari sesuatu dari dalam handbeg yang diberikan oleh Uncle Yin iaitu gambar kecil lelaki Cina yang aku ditugaskan menamatkan riwayatnya. Jika tersalah orang, Geng kami terpaksa membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa. Itu prinsip Geng Yin kerana kami hanya melaksana perniagaan bukan membunuh.
Aku mencari kedudukan sesuai dan semakin hampir dengan mangsa namun terlalu ramai tetamu hadir membatalkan niat untuk aku semakin hampir. Lagipun, lebih kurang enam pengawal peribadi mengeliilingi dia sekeluarga dan aku sudah memandang ke sekeliling hotel ada banyak pengawal keselamatan berkawal. Aku menelefon Eric dan memberitahu, “Tukar kepada Plan B”.
Melalui info yang diperolehi setelah di siasat oleh Eric tentang lelaki separuh botak itu, dia merupakan kaki perempuan. Aku meliarkan mata sambil memikirkan bagaimana aku memulakan plan B. Fokus aku terganggu seketika apabila melihat tingkah laku seorang lelaki mengambil salad kentang sambil matanya memandang ke kiri ke kanan. Terlalu berhati-hati dan mencurigakan. Aku tidak pasti siapa lelaki itu dan aku hanya ada masa terhad untuk menjalankan projek RM1 juta, jadi aku membiarkan lelaki misteri tersebut.
Aku cuba mendekati Datoseparuh botak itu walaupun berisiko tinggi. Lelaki tua miang keladi yang bernama Jack berpelukan dengan beberapa orang gadis seksi. Anaknya, Anne hanya menjeling melihat perlakuan bapanya itu.
Aku memandang Jack dan cuba menarik perhatiannya. Bukan senang memandangkan yang mengelilingi dirinya gadis jelita yang lebih hebat dariku. Tapi aku tidak mahu mengaku kalah sebelum mencuba.
Aku terfikir sesuatu kemudian menarik tangan salah seorang tetamu di situ. Tarian salsa yang dipelajari dari Fifi ada gunanya dan kebetulan lelaki yang kujadikan umpan pandai menari. Pendek cerita semuanya berjalan lancar kerana DatoJack mula mendekati diriku.
“You’re beautiful. What’s your name?”, sambil jarinya menyentuh mukaku lembut dan aku berpura-pura suka dengan perlakuannya.
Peraturan ke-2 dalam Fifi’s Rule: Anggaplah anda melayan lelaki tampan yang turun dari kayangan walaupun sekerepot mana lelaki yang berada di hadapan anda.
“My name is Elaenor…Lady Elaenor. I’m from Sarawak.”, kataku sambil bermain jari di bahagian dadanya. Geli?aku terpaksa.
“Divorce or still married?”
“Still married but my husband not treatme very well”, sambil mengerling supaya dia faham maksud tersiratku.
“That’s interesting. I’ll treat you well, my dear.”, katanya sambil tersenyum menggoda.
Dia menarikku ke satu tempat dan menghalau perempuan lain yang tertenggek di atas kerusi besarnya. Ikan besar sudah makan umpannya.
“When? I can’t wait anymore.”, kataku kemudian bibirku dikecup-kecup untuk menggodanya. Dia hanya tersenyum sambil memainkan jarinya di bahagian dalam skrit yang di pakai olehku. Aku risau takut jarinya terpegang pistol atau senjata yang aku sorok di bahagian dalam baju.
“Ok. I’ll do anything you want, dear.”, katanya sambil mengelus lembut pipiku.
Kami bangun sambil pengawal peribadi mengelilingi kami untuk mengawas keselamatan. Ada mata cemburu melihat aku berjaya mendampingi lelaki kaya itu. Tengoklah buat kali terakhir sebab selepas ini, mereka tak dapat melihatnya lagi.
Share this novel