BAB 2

Crime Completed 9564

Jalan Tun Sambathan agak sesak pada pukul 6.00 petang itu. Aku yang menaiki kereta Waja curi bersama Eric mendiamkan diri. Sejak peristiwa tempoh hari, aku jarang bercakap dengan dia. Apabila berlatih menggunakan pistol atau ber kickboxing’, aku meminta Uncle Yin mengajar dan bukan dia lagi menjadi guruku.

Mataku meliar melihat kenderaan yang memenuhi setiap pelosok jalan. Eric tidak habis-habis bercerita bagaimana dia berlawan dengan salah seorang gangster sehingga lelaki itu koma.

Aku tidak berminat mendengar kerana bagiku itu cerita biasa. Aku pernah ber kickboxingdengan tiga orang lelaki sekaligus sehingga mereka patah kaki tak ada pula aku heboh bercerita.

Tiba-tiba mataku terpandang deretan rumah dua tingkat di hadapan. Itulah tempat tinggal aku dan ma satu ketika dulu. Kalau ma tidak melacur dan pa tidak terlibat dengan dadah, mesti sekarang kami hidup bahagia. Perasaan benciku terhadap pa dan ma harus di tolak tepi.

Aku ada tugas yang perlu diselesaikan. Fifi…aku perlu mencari wanita keturunan Melayu tersebut atas arahan Uncle Yin. Ada kaitan dengan tugas terbaruku katanya.

Kami mengatur langkah ke sebuah rumah pelacuran yang terletak pada mula-mula deretan rumah tersebut. Aku masih kenal tempat ini. Inilah tempat aku bermain dengan adikku, Lee. Ya, aku ada adik! Aku baru ingat setelah menjejak kaki kemari. Aku baru teringat bagaimana sepanjang hari aku bagaikan gila mencari Lee di tempat biasa namun gagal.

Hendak bertanya pada ma, lelaki Cina berbadan buncit dan berseluar pendek tidak membenarkan aku masuk ke dalam bilik. Katanya ma sedang bekerja. Katanya lagi, aku akan bekerja seperti ma juga satu hari nanti sambil memegang bahuku. Walaupun aku tidak faham bicara lelaki berbadan buncit tersebut, aku pasti ia bukan perkara baik. Sekarang aku mengerti kata-kata lelaki sengkek itu.

Pendek cerita, aku ternampak adikku di tetak dan di bunuh sehingga darah memancut keluar membasahi dinding yang sekarang masih menjadi rumah pelacuran. Aku kaget dan tidak berbuat apa-apa dan cepat-cepat aku menyorok di balik tiang agar mereka yang terlibat tidak dapat melihatku. Badanku menggeletar dan bagai terhenti degupan jantungku serentak apabila Lee meraung kesakitan. Kesan darah itu masih berada di situ walaupun sudah 15 tahun lamanya. Ma berbohong padaku mengatakan Lee mati akibat kemalangan sedangkan aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Kebencianku pada ma makin bertambah. Aku tidak tahu kenapa dan aku tidak mahu tahu mengapa mereka membunuhnya.

Kaki kami semakin masuk ke dalam hotel sambil Eric membalas lambaian pelacur yang tengah memuncung mulut tidak ubah seperti ikan keloi kelaparan. Ada tangan nakal menjalar di lenganku dan Eric. Aku berkemeja petak berlengan pendek disertakan bersama baju-t hitam di bahagian dalam dan dipadankan bersama jeans pendek membuat mereka kurang mengecamku sebagai wanita. Eric bertanyakan pasal Fifi kepada seorang lelaki Cina tidak ubah perwatakan seperti lelaki yang pernah aku temui satu ketika dulu.

Lelaki itu menunjukkan jalan kepada kami sambil mengipas kipas sate dimukanya dan akhirnya tiba ke sebuah bilik yang agak samar cahaya lampunya. Aku melihat ada pintu terkatup rapat, ada daun pintu yang terlapang.

“Ini amoi Kedah mari. Kulit manyak cantik… kacukan Siam.”, kata lelaki itu mempromosikan Fifi.

Aku memandang Eric memberi isyarat supaya dia menjalankan peranannya.

“Saya ambik ini amoi.”

“Ada dari Cina dan dari Hong Kong baru sampai ini pagi. Tak mahu tengok dulu ka?”, tanya lelaki itu kepadaku.

Aku sekadar menggeleng kepala walaupun Fifi kelihatan lebih berminat kepadaku berbanding Eric. Aku hanya buat muka selamba.

“After saya, dia pula guna ini amoi.”

“Itu macam ka? Kalau macam tu harga double…RM60. Nak service manyak baik punya tambah RM10. Mahu langgan berapa hali?”, kata lelaki itu sambil mengeluarkan kalkulator dan meletakkan pen di belakang telinganya. Lagaknya seperti tauke beras mengira untung dan rugi.

Aku memberi isyarat tiga jari bermakna tiga hari. Lelaki itu mengangguk kepala kemudian pantas jari-jemarinya mengira. Aku membuat muka serius kerana rimas rambut pendekku dibelai lembut oleh Fifi. Dia sungguh pandai menggoda. Aku tiada masa dengan perkara macam ini. Aku bukan lesbian mahupun pengkid. Aku tiada nafsu terhadap perempuan dan mustahil kepada lelaki. Aku sudah bertekad ingin mengabdikan hidupku terhadap Geng Yin dan membalas jasa Uncle Yin yang menyelamatkan aku dari sarang maksiat.

Setelah wang not bertukar tangan, aku cepat-cepat melangkah pergi dan mendahului Fifi yang asyik berkepit dengan Eric. Dasar! getus hatiku. Aku memandu kereta curi itu hingga ke satu tempat kami turun dan tinggalkan kereta terbabit. Kami berjalan pula ke tempat kediaman Geng Yin yang tidak jauh dari tempat aku tingggalkan kenderaan terbabit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience