Keesokan paginya barulah aku tahu tujuan Uncle Yin menyuruh kami melanggan Fifi selama tiga hari. Projek terbaru yang bernilai RM 1 juta yang di tawar kepada Uncle Yin agak besar risikonya. Katanya, aku calon sesuai melaksanakannya menggunakan alasan yang sejauh mungkin aku tolak selama ini iaitu aku adalah wanita.
“Kenapa semua orang anggap saya wanita?! Saya lelaki!”, kataku tegas kepada Uncle Yin. Ahli yang lain memandang sesama sendiri. Aku di kira berani meninggikan suara kepada seorang ketua.
“Kami tetap layan kamu sebagai lelaki tetapi hakikatnya kamu wanita. Jadi wanita bukannya teruk sangat. Kamu masih boleh buat lebih dari kami semua boleh buat.”, kata Uncle Yin.
Aku memikir bicaranya. Aku kurang faham. Apa yang dimaksudkannya?
Setelah menerima penjelasan panjang lebar serta sedikit nasihat dari Uncle Yin dan sokongan moral dari ahli Geng Yin, aku menerima hakikat aku seorang wanita. Fifi yang berada di kalangan kami terkejut mengetahui aku sebenarnya sama jantina dengannya. Ada sebab aku tidak mahu menjadi wanita. Aku tidak mahu jadi seperti ma.
Hasil tunjuk ajar dari Fifi aku belajar perkara asas menjadi wanita seperti cara berjalan. Semua ini sementara saja kerana demi tugas, aku sanggup menolak ke tepi perasan geli aku terhadap gincu, skirt pendek aras lutut dan berjalan lenggang. Semuanya terlalu keperempuanan. Eric pula tidak habis-habis mengacauku apabila aku berjalan lenggang. Ahli lain pun sama termasuk Uncle Yin bersiul apabila aku dipakaikan solekan. Terbakar hati melihat mereka mempersendaku. Aku yang baru mengangkat kaki tanda ingin memulakan pergaduhan segera di halang oleh Fifi.
“Tak boleh! Wanita tak buat perkara macam tu.”
“Ala, apa ni Uncle Yin?! Nak bunuh Datopun kena belajar benda macam ini macam ka? Lecehlah!”, aku mengadu.
Lain yang aku harap, lain pula reaksi aku terima. Mereka beramai-ramai ketawa mendengar kata-kataku. Siaplah korang aku kerjakan nanti’, kataku dalam hati sambil mengetap bibir.
Share this novel