*Follow me*

Mystery Series 760

Firsya perlahan-lahan duduk di buaian taman berdekatan rumah agamnya. Sebenarnya dia seram nak duduk dekat situ sorang-sorang tapi disebabkan lelaki misteri itu terpaksa juga dia beranikan diri.

'Hem mana dia ni?' Firsya sudah ingin cabut lari dari situ. Seram nak duduk lama-lama.

" Ingatkan kau tak nak datang." Sambil tersenyum lelaki misteri itu berkata kepada Firsya.

" Bagitau cepat apa yang kau nak. Dan mana kau tahu pasal adik aku?" Firsya malas mahu berputar belit lagi.

Dia mahukan kepastian dan tak mahu berlama-lama di situ.

" Tenang... aku datang nak bawak rundingan untuk kau. Kau nak dengar sekarang atau nak dengar nanti?"

" Kau tak payah berbasa-basi dengan aku. Sebelum melayang penampar sulung aku ni baik kau bagitau aku macam mana kau tau adik aku hilang. Apa bukti kau yang adik aku hilang?"

Firsya sudah tidak tahan lagi mendengar celoteh mamat gila tu. Sekarang ni dia mahu tahu dimana keberadaan adiknya.

Lelaki itu mengeluarkan seutas gelang tangan yang sangat dikenalinya. Gelang itu baru sahaja kemarin dia beli. Gelang itu memang khusus untuk adiknya Adzrelina dia belikan.
" Aku akan bagitau location adik kau tapi semua tu ada galang gantinya."

" Kau nak berapa cakap. Aku akan bayar biar berjuta sekalipun. Dasar orang giler takde maruah. Culik anak orang hanya disebabkan duit." Firsya sudah naik hantu bila dia memikirkan keadaan adiknya.

" Bukan duit yang aku mahukan. Tetapi sesuatu yang lain dari kau." Lelaki itu merenungnya dengan pandangan yang dingin.

" Kau nak apa rumah, emas, intan ,berlian?? Cakap... jangan nak berputar belit dengan aku"

" Aku nak....."

" APA!!!"

***

Sudah seminggu berita pasal peta berharga yang tersimpan di muzium terkenal disiarkan di seluruh dunia, yang lagi mengejutkan hampir kesemua pegawai polis yang bertugas cedera parah akibat serangan daripada perompak muzium itu.

" Sir, we've report to the police about that accident. The investigation of that missing map is still ongoing. Dan saya harap Tuan bersabar."

Kelihatan orang yang dikatakan 'tuan' itu sedang duduk membelakangkan PA nya. Dia bermain dengan pen yang berada di tangannya.

" It ok Berd , you may go now." dia duduk sambil memikirkan sesuatu.

" Thanks sir. Lagi satu, sebelum saya terlupa. Tuan perlu ke Britain untuk menandatangani surat perjanjian dengan Sir Malcon untuk usaha sama syarikat kita dengan syarikat mereka."

"Okay... Well then, I need you to prepare my aggrements
and all of my documents to the Britain.I want all of that stuff on my desk by tomorrow morning."
Tegas suara beliau memberi arahan kepada PAnya.

" Okay sir." PAnya yang bernama Berd itu pun meminta diri dan menyambung semula kerjanya.

Setelah memastikan Berd telah keluar ,dia mengeluarkan beberapa keping gambar yang diambil dari rakaman CCTV beberapa hari yang lalu.

" Who are this three man? How can they get in so easily?" katanya.

Kejadian ini betul-betul aneh pada pandangannya. Mana mungkin tiga orang lelaki tersebut boleh mengalahkan hampir seratus orang pegawai polis disitu.

Mereka langsung tidak meninggalkan sebarang jejak. Tak mungkin sistem keselamatan yang canggih pada muzium tersebut boleh rosak. Padahal dia sentiasa memastikan penyelenggaraan yang baik pada sistem-sistem keselamatan disitu.

' Aku akan cari korang sampai dapat.' gumamnya dalam hati.


***

Firsya tidak dapat tahan lagi. Rasanya kepala otaknya sekarang macam nak pecah sahaja. Tak mungkin dia nak ikut plan giler tu, dengan keadaan adiknya yang telah hilang. Semua ini tak masuk akal.

' Gila'

Dan yang paling dia tak suka, papanya menyuruh dia untuk pulang ke tanah air semula. Ikutkan kehendak hatinya dia tak mahu pulang semula ke Malaysia selagi adiknya tak dijumpai.

Tapi panggilan telefon dari papanya tadi sedikit sebanyak menggugah pemikirannya...entah , sekarang ni dia tak tahu nak buat keputusan.
.....

" Papa tak nak kamu duduk sana lama-lama. Biar Adzron dan Adzren yang uruskan kes adik kamu kat sana." kedengaran suara yang agak tegas dari corong telefon nun jauh disana.

" No papa. Syah takkan balik selagi ucu tak ditemui." Firsya teguh dengan pendiriannya.

Dia takkan sesekali berganjak dari keputusannya.

" Papa tak kira. Kamu suka atau tak papa nak kamu balik esok juga. Papa dah suruh pihak polis kat sana hantar kamu pulang. Ini demi keselamatan kamu Syah.. kamu nak ke papa hilang kamu. Papa tak sanggup sayang. Papa kena bertanggungjawab bawak kamu semula kesini."

Tenggelam timbul suara Tengku Amendra kerana takut kehilangan Firsya. Cukuplah penculikan Adzrelina buat dia sakit jantung dia tak mahu kehilangan Firsya pula.

Firsya agak sedikit terkejut mendengar suara papanya yang menahan sebak. Selama ini dia selalu melihat papanya yang kuat,tegas dan agak kediktatoran sedikit. Tapi kali ni papanya menunjukkan sisi lain dari yang lain.

" Tapi perlukah sampai nak kena guna polis bagai untuk hantar Syah. Syah boleh je balik sendiri.?"

" Please Syah... papa merayu sangat dengan Syah. Untuk kali ni je. Dengar cakap papa. Papa tak nak nyawa kamu terancam. Papa perlu kembalikan kamu ke tempat asal sayang." rayu Tengku Amendra.

" Tempat asal?? maksud papa??" soal Firsya.

" Erm..Maksud papa, pulang semula ke tanah air kita ni. Biar Adzron dan Adzren yang uruskan hal disana. Lagipun mereka lelaki. Mereka mampu untuk mempertahankan diri mereka. Lainlah kalau kamu susah sikit. Kamu tu perempuan. Susah nak berlawan."

" Mana-mana jelah pa. Syah dah tak kesah dah semua tu. Yang Syah tahu Syah perlu cari ucu sampai dapat."

Firsya terus mematikan panggilan telefon tersebut. Sebenarnya, dia rasa bersalah kepada papanya kerana disebabkan dialah, menjadi punca kehilangan adiknya. Jadi dia rasa dia perlu bertanggungjawab mencari adiknya semula .
" Apa aku nak buat ni... aku tak boleh balik ke Malaysia selagi aku tak jumpa ucu sampai dapat. Papa maafkan Firsya.. Firsya terpaksa bantah cakap papa sekali lagi."

Firsya mendongakkan kepalanya ke atas siling... dia melihat putaran kipas di biliknya dengan pandangan kosong tapi otak yang dipenuhi dengan masalah.

' Mamat giler. Rancangan apa ha kau buat sampai perlu babitkan keluarga aku. Heish, kalau aku dapat kau aku cincang lumat daging kau masak lemak cili api.' gumam Firsya tak puas hati.

***

Khairyln mengambil tempat duduk yang disediakan. Entah apa gilanya sampai perlu duduk malam-malam dekat situ. Kalau ada yang nampak ni mesti dikata dia pembunuh bersiri.

Dengan baju hood sejuknya, topi hitamnya menambahkan lagi penampilan pembunuh bersiri. Tapi dia bukan nak bunuh sesiapa pun.

Khairyln duduk merenung langit malam yang tanpa bintang dan bulan yang menerangi. Memikirkan perbualannya tadi bersama dia.


Imbas kembali....

Khairyln memandang wajah wanita itu dengan pandangan yang dingin. Dia mahu wanita itu menghadam perkataannya tadi.

" Kau giler ke!!! kau suruh aku cakap macam tu kat depan ayah aku. Aku belum pernah lagi bawak mana-mana lelaki jumpa ayah aku. Tiba-tiba sekarang ni aku nak bawak kau jumpa ayah aku sebagai tunangan aku?? Nonsense."

Wanita itu berdecit dengan plan giler lelaki tu.

" Well aku tak peduli semua tu, yang aku tahu pandai-pandai kaulah cover depan ayah kau yang kita ni bercinta ke bertunang ke. Janji aku nak kau bawak aku jumpa ayah kau sebagai someone special." kata Khairyln.

" Kau memang lelaki giler yang belum pernah aku jumpa. Kau ni letak otak kau kat mana?? kat lutut ke ??ke kat tapak kaki kau? Kalau kau nak duit kau bagitau jelah. Takpayah nak suruh aku buat plan bodoh ni."

" Kau nak ke nyawa yang lain tergadai sebab tindakan pandai kau ni. Kau suka atau tak, kau tetap juga kena buat apa yang aku suruh. Demi nyawa orang lain." ugutnya.

" Kalau kau berani apa-apa kan dia ,aku sumpah yang aku akan tanam mayat kau kat dasar laut sana."
Wanita itu memandangnya dengan sorot mata yang tajam.

Khairyln terkejut melihat sorot pandangan mata itu. Sudah lama dia tidak melihat sinar itu di mata pemiliknya. Mata itu pernah bersinar untuknya suatu ketika dahulu...

"Just follow me.." ucap Khairlyn

" Aku nak kau ikut arahan yang aku bagi tadi. Dan semuanya akan selamat tanpa perlu ada kekerasan." ujarnya lagi.

Wanita itu sudah tidak tahan lagi...dia meninggalkan Khairlyn dengan perasaan yang mendongkol. Ikutkan hati dia nak tanam je hidup-hidup si Khairlyn tu dengan timbunan salji . Tapi ada nyawa yang menjadi taruhan. Dia tak berani nak bermain dengan api...


" Just Follow me." gumam Khairlyn...

Nak tahu cerita selanjutnya. Teruskan membaca ya... sebab saya akan update sikit demi sedikit tetapi lmbt. Sebb author nya lambat macm cipan. Tata nak buat milo hot chocolate dulu.(◠‿◕)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience