Gelisah,gusar ,takut ,sedih semua bercampur menjadi satu. Firsya menggenggam kedua-dua telapak tangannya. Tika ini dia sangat mengkhuatirkan keadaan adiknya. Entah makan atau tidak adiknya itu pun dia tidak tahu.
'Asal lambat sangat ni'
Firsya sudah tidak senang duduk apabila masih tidak ada lagi jawapan dari pihak pengurusan mall tersebut.
Beberapa minit kemudian muncul Ketua pengawal keselamatan bertemu Firsya yang sedang duduk di kerusi menunggu.
" I'm sorry is it you who had report for the missing person??" tanya Ketua pengawal itu sekadar berbasa-basi.
" Yeah it me. Anything progress??" Firsya sudah tidak sabar untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi kepada adiknya.
" We have checked the CCTV around the place that you said before but there's no one there. Sorry miss. I think you should report this case to the police."ujar ketua pengawal itu.
" Did you really check the CCTV. Maybe there's something you missed."
Firsya seperti tidak mempercayai kata-kata ketua pengawal itu tadi.
" We've seen it 5 times. But there was no suspicious movement. One more thing, we didn’t see your sister entered the toilet." ujarnya lagi.
Firsya sudah tidak tahu harus berkata apa lagi. Dia menundukkan kepalanya agar tidak dilihat empangan air matanya yang ingin pecah. Namun seboleh yang mungkin dia cuba untuk bertahan agar tidak mengeluarkan butir-butir air mata dipipinya.
Dia memanggungkan semula kepalanya kearah ketua pengawal yang berdiri dihadapannya itu.
" Thank you sir. I'm sorry for troubling you."
" Your welcome. Not a big problem."
Ketua pengawal itu berlalu pergi meninggalkan Firsya sendirian di bangku menunggu tersebut.
' Apa aku nak cakap pada papa, pada Lia dan pada semua orang nanti? Ucu..ucu pergi mana. Akak risau sayang'
Firsya sudah tidak mampu menahan mutiara jernih yang mengalir di pipinya ketika ini. Saat ini serasa hendak tercabut jantung nya memikirkan keberadaan adiknya dimana.
Kalaulah dia tidak menyuruh adiknya kesini tentu semua perkara ini tidak akan terjadi. Andai sahaja dia mampu memutarkan masa dia ingin membatalkan hasratnya menyuruh adiknya kemari.
'Kau perlu kuat Firsya... kau perlu cari adik kau sampai dapat.'
*****
Adzrelina hanya berdiam diri sedari tadi. Makanan yang diberi dilihatnya dengan sepi. Langsung tidak berkutik nasi itu.
" Kau nak kebulur ke cik adik oi. Ke kau tunggu aku yang suap?"
Walaupun kedengaran seperti kasar perkataan nya, namun suara yang dilemparkan sangatlah lembut dipendengaran.
Perlahan-lahan muncul bayangan sesusuk lelaki menghampiri gerigi pada pintu yang menempati Adzrelina didalamnya. Telinganya bertindik sebelah menaikkan lagi aura kelelakian nya. Mungkin sesetengah lelaki akan kelihatan rock bila bertindik tetapi tidak pada lelaki tersebut.
" Kalau aku mati sekalipun kau peduli apa? Biarlah aku kebulur. Perut aku bukan perut kau!!!" lantang suara yang diberikan oleh Adzrelina.
" tch... tch...tch aku takkan biarkan kau mati sayang. Kau perlu hidup demi orang-orang yang menyayangi kau. Setelah selesai urusan kami, kau akan kami bebaskan tanpa bayaran. Mudah bukan? Jangan bazirkan tenaga kau untuk keluar dari sini sebab bukan mudah kau boleh lepas hidup-hidup dari tempat ni." ugut lelaki tersebut.
" Kami? Mana konco-konco kau yang lain ha!!!"
Tiba-tiba......
sorry untuk chapter ni pendek je.. and sorry juga sbb slalu update lmbt. Iyalah malas sikit sejak akhir-akhir ni... takde pembaca yang nk tengokkan. rasa macam nak unpublished je novel ni tapi takleh.... (〒﹏〒)
Share this novel