Sedang ralit dia berjalan terasa bahunya seperti disenggol sesuatu yang lembut.
" Maaf."
Lelaki itu hanya melihat wanita itu berjalan dengan agak kelam-kabut. Namun ,segera dia tersedar sesuatu lalu menangkap pergelangan tangan wanita itu daripada terus pergi.
"tangan awak terluka tu, mari saya ubatkan dulu".
Darah itu seperti sudah membeku namun masih ada sedikit darah mengalir daripada luka baru tersebut. "Tak perlu susah-susah. Nanti pandailh aku cari ubat".
Dia tidak menghiraukan percakapan wanita itu. Apa yang penting dia perlu membersihkan luka yang kelihatan seperti baru digores oleh pisau tajam.
Wanita itu mahu melarang namun tangan sasa itu terlebih dahulu menarik tangannya sebelum sempat dia berkata apa-apa. Wanita itu hanya melihat kelincahan lelaki tersebut membalut tangannya dengan sapu tangan milik lelaki itu.
Dia hanya memerhati tanpa mahu menegur apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut.
" Okey, dah siap" sambil tersenyum dia melihat hasil yg dilakukan olehnya.
"Terima kasih" ucap wanita tersebut.
Wanita tadi hanya terus berlalu pergi tanpa mahu berlama kerana dia ada urusan yang penting perlu dilakukan segera.
'Sapa kau?' gumam lelaki tersebut.
Sorrylh utk chapter ni kita bagi sikit je dulu. And ini novel pertama saya. Saya harap bab yg akan dtg mampu menarik minat korng utk terus membaca(。•̀ᴗ-)✧nntikn ya
Share this novel