*Peta Misteri*

Mystery Series 760

Seorang lelaki memerhati tindak tanduk pegawai polis disitu. Dia yang memakai Jass hitam tidak dapat dilihat oleh pegawai yang berada di bawahnya ini.

Dilihatnya pegawai polis itu mengunci pintu bilik muzium sebelum berlalu pergi.

Lelaki yang memakai Jass hitam itu memberi arahan kepada tiga lagi rakannya yang lain untuk memasuki secara senyap-senyap ke dalam muzium tersebut.

Mereka bertiga secara bergilir-gilir memasuki pintu masuk yang telah mereka tetapkan mengikut perancangan mereka. Manakala lelaki yang memakai Jass hitam itu hanya menunggu dari atas sahaja.

Mereka perlu sentiasa berhati-hati untuk mendapatkan barang berharga tersebut kerana barang itu penting untuk dijadikan pencarian mereka seterusnya.Setelah melintasi security yang telah dipasang ,serentak mereka bertiga mencari barang yang harus mereka ambil dari situ dan segera meninggalkan tempat tersebut agar tidak diketahui oleh pegawai-pegawai polis yang berjaga.

Kelihatan seorang rakan mereka terpaku melihat barangan-barangan yang ada disitu.
" Kau buat apa tu ?" dia mengeluarkan suara yang agak perlahan agar kehadiran mereka tidak disedari oleh pegawai polis yang sedang berjaga diluar.

Sebenarnya, mereka memasuki muzium melalui lubang dari atas atap muzium. Perbuatan mereka tidak disedari ,ini kerana mereka memakai baju yang dibuat khas untuk penyamaran. Baju ini akan beradaptasi dengan keadaan sekeliling


" Oi dah jumpa!!" serentak mereka berdua memandang ke sisi kiri mereka .


" inilah kan??" kata rakannya yang menjumpai kertas yang berbentuk peta tersebut.


" Kalau nak pastikan,kita tanya dia dulu"


Dia mengeluarkan satu jam tangan khas berbentuk segi empat sama tetapi sangat tipis. Jam tangan itu tidak akan dijumpa dimana-mana kedai jam , walau kedai jam tangan yang mahal sekalipun.


Kelihatan visual lelaki berjass hitam keluar dari layar jam tangan yang dipakai salah satu daripada mereka bertiga.

Jam tangan dihalakan ke arah peta yang ditemui tadi. Lelaki jass hitam itu hanya mengangguk dan menyuruh mereka segera mengambil peta tersebut. Mereka memahami bahasa yang disampaikan oleh ketua mereka lalu mereka segera mengambil kesempatan yang ada untuk segera keluar dari tempat tersebut.
Namun perkara yang mereka ingin elakkan tetap juga berlaku. Alarm yang terdapat di bingkai peta tersebut berbunyi. Mereka telah terlepas pandang dengan alarm yang melekat di bingkai itu.

Mereka dengan segera mengeluarkan peta tersebut dan ingin melarikan diri. Tetapi pegawai polis telah mengepung ke semua jalan keluar yang ada.

"Raise your hands or we will shoot you" kata salah satu pegawai polis disitu.


Mereka hanya tersenyum memandang ratusan pegawai polis yang ada sambil membalas pandangan antara satu sama lain. Peta yang berada di tangan salah satu mereka dilontarkan ke atas dan ditangkap oleh lelaki berbaju jass hitam a.k.a ketua kepada mereka bertiga


Maka bermulalah adegan tembak-menembak antara pihak polis dengan tiga lelaki tersebut.
Lelaki jass hitam itu hanya melihat dari atas kerana dia tahu kekuatan mereka bertiga mampu mematahkan serangan seratus orang pegawai polis yang ada.


Polis disitu menembak secara membuta tuli disebabkan kelajuan serangan dari mereka bertiga. Habis patah riuk pegawai-pegawai polis disitu kerana dikerjakan oleh mereka bertiga. Mereka menggunakan belakang pedang untuk mempertahankan diri.

Mereka tidak membunuh pegawai-pegawai polis tersebut kerana tujuan kedatangan mereka kesana hanya menginginkan peta itu untuk dibawa pulang ke tempat asalnya.


"Kita kena gerak sekarang sebelum lagi banyak orang yang datang nanti".

Kata putus telah dibincangkan mereka bertiga terpaksa berpisah dengan ketua mereka untuk sementara waktu. Sementara itu, rancangan lain harus dijalankan dengan segera.

****************†****************†*****************†*********


Firsya mengejutkan adiknya yang sedap tidur disebelahnya . "Ucu kita dah sampai, ucu bangunlah. Akak nak buat kerja lagi lepasni. Ucu bangunlah"

"earkkkkkk" Adzrelina mengeliat kecil membetulkan saraf-sarafnya yang kejang akibat tidur dalam postur yang
kurang baik.
"Ucu bangun pergi bersihkan air liur basi ucu yang meleleh-leleh tu"Firsya ketawa kecil melihat adiknya yang masih mamai itu.


"Ha siyeslah kak . Ucu selalu tidur mana pernah ada air liur basi"


" Cuba tengok kat cermin tu. Kalau boleh air liur tu dah tumpah kat lantai sebab banyak sangat"


"Mana ada ,akak ni nak kenakan orang lah tu" dia mengambil cermin make up nya dari beg untuk memastikan sama ada betul atau tak kakaknya cakap tu.


"Hahahaah, macam rupa hantu mak Limah dah ucu ni". Dia melihat rambutnya yang serabai dan air liur yang berjejeh di pipi. Ketawa sendiri dia melihat dirinya yang tidak terurus.

" Dah kata tapi tak nak percaya."


" Iyalah kak orang pegi tandas dulu nak bersihkan diri"


" Habis tu beg ucu ni macam mana pulak?"


" Akak lah yang angkatkan. Hahaha bye akak "


" Bertuah punya budak. Orang dah lah penat memandu dia boleh pulak suruh kita pegi angkat beg dia yang serupa almari ni". Tergeleng-geleng dia melihat beg adiknya yang besar tu.

" Aku dah agak dah laggage dia ni mesti berat macam almari".


Sedikit kewalahan Firsya membawa beg adiknya itu. Dia mengambil nafas dengan agak tersemput-semput sedikit. Beberapa minit kemudian kelihatan Adzrelina yang baru sahaja membersihkan mukanya yang ada sedikit air liur tadi.


" Eh , asal akak bawak beg ucu. Ucu main-main jelah tadi" Adzrelina menayangkan muka bersalahnya. Dia yang baru keluar dari tandas , terkejut melihat kakaknya betul-betul mengangkat begnya.


" Takde apa pun ni, akak kan kuat"

" Sorry lah kak ucu sebenarnya main-main je tadi. Tak sangka pulak akak angkat betul-betul"


" Eleh ,takpelah dah angkat dah pun. Ni akak nak tanya,bukan hari tu akak dah katakan jangan bawak banyak sangat barang ucu tu? Ni asal berat sangat beg ucu??"

" Alah ucu bawak barang penting je. Cuma hari tu ucu ada nampak au baju sejuk yang cantik sangat sampai ucu terkesima melihatnya. Jadi ucu pun belilah."


Sambil tersenyum-senyum dia berkata kepada Firsya . 'Habislah aku' dia terlanjur jujur berkata tadi.


" Buat apa ucu beli lagi. Baju sejuk ucu kan banyak lagi kat atas tu. Ada yang belum pakai lagi. Ucu ni kan, membazir je tau nya"


" Alah ucu beli sebab takut baju kat atas tu semua dah berhabuk. Takkanlah ucu nak pakai kotor-kotor kan."


" Ucu....... mana nak datang kotornya kalau tiga kali seminggu ada orang datang bersihkan rumah ni. Nak bagi alasan pun bagilah yang relevan sikit"


" Ha yelah-yelah lain kali ucu tak beli lagi. Janji ni yang last. Akak pun takyah lah bebel-bebel lagi eh?? Sakit telinga ucu ni ah"


Dia melingkarkan tangannya dengan tangan kakaknya sambil menuntun kakaknya untuk duduk di sofa ruang tamu mereka.


" Amboi sedap je mengata akak. Akak cakap semua ni demi kebaikan ucu bukan apa selagi boleh berjimat, jimat!!! Takyah membazir beli itu ini. Sudahnya baju tu tersadai je dalam almari tu takde sapa yang nak pakai"


" Iya kak orang janji ni yang last orang beli baju sejuk. Lain kali tak"

Suasana sunyi manggamit seketika. Hanya kedengaran deruan nafas mereka berdua.


" Dah lama arwah mama tinggalkan kita kan kak. Tapi rumah ni tetap sama takde yang berubah. Tetap macam dulu "


Ada setitik air jernih yang keluar dari mata mereka berdua. Suasana hiba sedikit menggenangkan kisah silam mereka bersama mama tercinta.


" Papa yang buat semua perabot kat sini tetap cantik dan kukuh sebab papa nak ingat segala kenangan manis kita sekeluarga terus kekal jadi memori indah buat selamanya "

" Hmmm, dari semalam lagi ucu dengar mulut akak ni cakap pasal papa je.Rindu lah tuuueee"

" Akak memang lah ada salah faham sikit ngan papa tapi tak bermaksud akak tak rindukan papa. Papa tetap papa kita. Yang membesarkan kita dengan seikhlas hati. Sebab tu akak rasa macam terkilan sangat dengan apa yang akak dah buat dekat papa"

" Alah akak janganlah risau . Papa tu okey je sebab kitorang dah terangkan kat papa yang akak tak bermaksud nak sakiti hati papa cuma tulah kadang papa tu egoistik juga ,semua benda nak ikut perancangan dia sedangkan kita ada cita-cita dan impian kita nak dicapai."

" Iyalah tapi akak rasa bersalah sangat, akak rasa macam anak derhaka pulak buat papa camtu"

" Akak janganlah risau , papa tak marahkan akak. Hari tu papa ada kata kalau akak nak rehatkan minda akak, papa tak kesah siap papa nak bagi duit lebih lagi untuk kita travel"

Sewaktu dia kesini, dia meminta izin Tengku Amendra untuk menemani Firsya bercuti. Bila sahaja papanya tahu dia mahu menemani kakaknya ,terus papanya bagi kredit kad untuknya berbelanja. Bukan main senang hatinya apabila dibagi kredit kad platinum.

" Iya ke papa cakap macam tu???" terkejut Firsya dibuatnya.

" Iya kak. Dahlah akak gilah rest dulu sebab petang nanti ucu nak ajak akak gi makan . Ucu laparrrr ni "

" Okeylah akak naik dulu eh. Adik tu jangan duduk bawah lama sangat pergi mandi ke dulu sebab nanti kita nak keluarkan. Tapi makan nanti on your treat ok!!"

Tergelak jahat dia mengenakan adiknya. " Iyalah orang belanja sebab hari ni ucu pemurah sikit . Papa bagi duit belanja. Ahhahaah"Firsya hanya tersenyum mendengar kata-kata adiknya. Dia berdiri untuk segera ke biliknya..

Firsya mula menapak menghampiri lift yang ada di rumah agam tersebut. Dia terpaksa menaiki lift kerana biliknya paling atas di tingkat empat.

hmmm peta apa tu?? sapa mereka?? nntikan bab yg seterusnya (◠‿・)—☆

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience