Adzrelina duduk di tepi tingkap dengan keadaannya yang termenung memanjang. Dia tidak tahu bagaimana caranya dapat melarikan diri daripada tempat ini.
Meskipun tempat ini menyajikan pemandangan yang indah tapi hatinya tidak tenteram selagi tidak mengetahui perkembangan ahli keluarganya.
Dia mula berdiri menghampiri katilnya yang sudah seharian bersamanya.. masuk hari ni sudah genap dua hari dia diculik... tapi masih tidak ada sebarang berita mengenainya yang diculik.
Takkan satu pun tak mencarinya.
' Akak ucu takut... biar pun ucu dikelilingi bidadara syurga tapi ucu rindu akak' hatinya meronta ingin balik..
Namun para rupawan disini tak ingin dia balik selagi misi mereka tak selesai. Misi apa entah sampai dia pulak yang kena culik. Dalam banyak-banyak orang di bumi Australia ini dia yang muka setengah ni juga kena culik.
Muka setengah apa ... banyak sangat peminat dia ni.. tapi segan punya pasal, dia tak cuba untuk bersosial macam orang lain.
" Yang dorang ni pun satu.. yang culik aku buat apa.. Iya aku ni berharta. Tapi yang bagi harta tu semua papa aku. Kenapa tak culik je papa aku tu."
Tergeleng-geleng dia dengan statement nya itu tadi.
"Eishh tak boleh. Nanti kalau diorang culik papa silap-silap papa kena heart attack lagi. Belum sempat diorang dapat harta terpaksa mandikan jenazah pulak. tch..Aduh aku ni macam mintak-mintak pulak benda tu terjadi. Simpang malaikat empat puluh empat. Lancang betul mulut aku ni. Cabai sat lagi baru tau"
Adzrelina menampar-nampar mulutnya yang lancang itu. Ada ke patut minta orang tuanya pulak yang kena culik.
Kalvin yang diluar pintu gerigi itu tersenyum melihat keletah gadis itu. Sudah lama dia tidak tersenyum seperti itu.
" Ha Kalvin kenapa kau kat luar ni ... asal kau tak masuk je jumpa perempuan tu?" tanya rakannya.
" Tak naklah..aku malas.. Btw aku tengok dia ni macam takde langsung rasa takut dengan kita. Apa kata kita kenakan dia" terbit senyuman dibibirnya untuk mengenakan orang.
Rakannya yang melihatnya sangat terkejut dengan senyuman yang diukirkan oleh Kalvin.
" Kalvin ke..ke..kau senyum??" soalnya yang terkejut dengan perubahan rakannya itu.
" Iyeke aku senyum??.. hmm... baguslah" dia memutarkan semula pandangannya kearah Adzrelina semula.
" Kau jangan nak buat apa-apa kat dia. Misi kita cuma nak dapatkan semula cincin yang hilang tu."
" Takdenya aku nak buat macam-macam dekat dia. Aku cuma nak takut-takutkan dia je. Hehehheh apa reaksinya nanti ya??"
Kalvin merancang untuk mengenakan Adzrelina yang seperti santai sahaja bila dirinya diculik. Mungkin disebabkan layanan rakan-rakannya yang lain terlalu baik kepadanya menyebabkan Adzrelina lupa dengan keadaannya ketika itu.
" Jomlah masuk aku nak perkenalkan diri aku kat dia.. kau nak ikut tak??" rakannya itu bertanya kepada dirinya.
" Tak nak lah....aku nak tengok je dulu. Kau pergilah."
" Okey..."
***
Firsya melangkah dengan pantas ke dalam tandas wanita yang disediakan di lapangan terbang tersebut. Kelihatan polis wanita itu juga mengikutinya dari arah belakang.
' Adui polis ni memanjang ikut aku. Macam mana nak larikan diri ni.'
Setelah memasuki salah satu pintu tandas disitu, dia pun memulakan rancangannya melarikan diri.
Dia mengeluarkan satu alat yang kelihatan seperti besi yang kecil sahaja. Muat disimpan di dalam poket kecil begnya.
Firsya menekan punat kecil yang berada di hujung besi tersebut. Automatik besi kecil tersebut menjadi panjang dan besar mencecah lantai. Dia tekad melakukan rancangan yang dia rangka semasa perjalanan tadi.
Perlahan-lahan dia membuka pintu tandas tersebut dan mengintai keberadaan pihak polis berkenaan.
Setelah memastikan polis wanita itu menunduk dia mula menghentakkan besi tadi mengenai belakang tengkuk polis wanita itu.
Perlahan-lahan polis tersebut pengsan tidak sedarkan diri.
' Maaf '
Firsya menukarkan bajunya tadi dengan baju yang lain agar anggota polis yang lain tidak mengecamnya sewaktu mencari dia nanti.
Firsya memerhatikan tindak tanduk polis disitu dari jauh. Sekarang ni dia perlu cari cara macam mana nak melepasi mereka. Dia lihat lelaki itu sudah tidak ada ditempat duduknya.
Dia tidak mempedulikan kehadiran lelaki itu, yang dia tahu dia perlu mencari jalan keluar dari airport itu.
Ada sebuah keluarga melintasi nya sekarang. Dia mengikuti kumpulan keluarga tersebut. Mereka mula memandang pelik Firsya yang tiba-tiba sahaja mengikuti mereka sekeluarga.
Firsya sudah tidak mempedulikan semua itu. Baginya sekarang dia perlu cepat-cepat melarikan diri.
Dia melihat semua pihak polis disitu gempar dengan kehilangannya. Mereka mengerahkan semua pegawai yang ada mencari di setiap sudut lapangan penerbangan tersebut.
Firsya melangkah dengan sangat pantas bagi mempercepatkan lagi proses melarikan dirinya.
Namun baru sahaja selangkah dia ingin keluar dari lapangan tersebut dia terpijak kulit pisang yang berada betul-betul ditengah-tengah jalan.
Terjerit Firsya dibuatnya..
" Kau ni memang nak kenakan? Jangan pernah kau cuba untuk larikan diri lagi.. Faham!!!"
' Aduh macam mana dia boleh ada kat sini? bukan dia tak ada ke tadi?'
Firsya tidak mempedulikan lagi tatapan tajam dari lelaki itu. Firsya berfikir masih sempat lagi dia melarikan diri sebelum pihak polis menyedari keberadaannya disitu.
Namun belum sempat dia mahu berlari, ada satu tangan yang menariknya ke belakang.
" Kau buat apa ni, lepaskan akulah giler..."
Firsya meronta-ronta ingin melepaskan diri. Namun pegangan kejap dari lelaki itu terlalu kuat berbanding kudratnya sebagai wanita.
" Kau memang tak serik kan?? Kau nak ke nyawa adik kau melayang.. Baik kau ikut je aku" tutur lelaki itu perlahan...
" Dasar lelaki giler... aku tak nak ikut kaulah bodoh.. Stupid..idiot..." Firsya mengeluarkan kata-kata kesat kerana tidak mahu mengikuti lelaki yang tak berapa nak waras tu.
" Jangan menyesal bila suatu hari nanti kau menjadi punca kematian adik kau sendiri. Disebabkan keras kepala kau, nyawa adik kau melayang.
Orang lain tak kan tahu yang kau adalah punca sebenar adik kau mati... tapi rasa bersalah yang menggunung dalam hati kau tu akan membuatkan kau mati secara perlahan-lahan.
Sama ada kau nak ikut aku atau tak...kau tetap juga kena pilih untuk ikuti aku"
Lelaki itu memandang wajah Firsya dengan raut wajah yang dingin. Dia benci dengan orang yang keras kepala macam Firsya ni.
Tak lama kemudian...datang pihak polis menggari tangan Firsya di kedua-dua belah tangannya. Firsya terkejut dengan tindakan pihak polis tersebut.
" What are you doing?? you can't do this to me" Firsya separuh menjerit kerana diperlakukan begitu.
" I'm so sorry miss. But we must handcuff your hands and we don't want you to escape again."
Polis itu menarik Firsya untuk duduk di bangku airport tersebut. Mereka telah mengawal ketat Firsya daripada melarikan diri sekali lagi..
Orang-orang yang berada disitu terkejut melihat adegan yang barusan. Mereka semua melihat Firsya dengan pandangan yang pelik. Ada juga yang berbisik-bisik sesama mereka.
Mungkin mereka berfikir Firsya merupakan pesalah yang telah melarikan diri. Tidak kurang juga berfikir yang Firsya ini seorang penjenayah.
Tidak tahan dengan pandangan mereka, Firsya menjerit sekuat hati...
" What are you looking for?? just mind your business."
Dia menatap tajam orang-orang yang melihatnya tadi.
Para pengunjung yang ada disitu pun lintang pukang meneruskan aktiviti mereka.
Firsya menghembus kuat nafasnya. Dalam keadaan sebegini ,dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi.
' Maafkan akak ucu... akak tak mampu nak melawan dia.'
Firsya memalingkan kepalanya dari menghadap wajah lelaki itu. Dia menundukkan kepalanya... tanpa dia sedari setitik mutiara jernih mengalir dari tubir matanya...
'Kan bagus kalau kau ikut je cakap aku...'
***
BERSAMBUNG....
Disini Saids nak ucapkan terima kasih banyak² yg sudi membaca novel Saids. Maafkan Saids kalau trdpt bnyk kesalahan tatabahasa dan ejaan.. Saids slalu lmbt update sebb kurang idea dan pandangan dari pembaca smua.. Jadi sya harap pembaca semua sudilah memberi pandangan anda di ruangan komen yg disediakan. Kalau ada yg tak puas hati bagi jalan cerita bagitau je... Saids akn perbetulkn.. enjoy your reading.. fiuhh
Share this novel