* Penerbangan *

Mystery Series 760

Firsya buntu memikirkan cara bagaimana dia bisa melarikan diri daripada pihak polis di luar rumahnya. Papanya sungguh licik . Demi memastikan dia pulang, papanya sanggup meminta pihak polis mengawal ketat dia sehingga dia masuk ke dalam kapal terbang.

" Aku kena fikirkan cara macam mana supaya aku dapat larikan diri daripada polis-polis kat luar tu. Hmmmm, agak-agaknya lah kan dia cari aku ke tak ya?" pening dia mengatur rancangan melarikan diri.

Dia pun tak tahu sama ada lelaki misteri itu akan cari dia ataupun lelaki tu dah tak jadi nak teruskan plan giler dia tu. Firsya pun tak tahu.

Apa yang penting sekarang, dia kena selamatkan adiknya terlebih dahulu. " Aku takkan biarkan sesiapa sahaja yang cuba menyakiti ucu. Kau akan terima padahnya bila kau berurusan dengan aku."

Serentak dengan itu kepalanya terasa berat seperti ada kilat yang memancar di saraf otaknya. Firsya mengerang kesakitan yang sangat pedih.

" Aduh kepala aku... to..to..long jangan sakit. Ah..Ah.. earhhhh ..sesiapa to..to..long aku.. aduhhh sa..ki..kit sangat."
terasa hendak pecah tempurung kepalanya dengan kesakitan yang dialaminya sekarang ini.

Firsya jatuh ke lantai dengan tangan yang masih memegang kepalanya yang kesakitan... Matanya menjadi kelam dan hitam. Dalam samar-samar pandangan matanya,dia terlihat sebuah figura yang berlari ke arahnya.

Setelah itu , Firsya pengsan tidak sedarkan diri....

*****

Suara gadis kecil yang sedang menangis memasuki gegendang telinga nya ketika itu. Dia cuba perlahan-lahan mendekati anak kecil tersebut. Namun bayangan anak kecil itu langsung hilang dari penglihatannya..

" Pelik?? mana dia pergi??"

Firsya berjalan menelusuri lorong gelap yang terletak disebelah kanannya. Entah mengapa dia seakan terpanggil untuk mendekati lorong tersebut..

Sakit yang masih terasa di kepalanya hanya dibiarkan sahaja. Dia perlu mengejar anak itu.

Semakin dalam dia memasuki lorong tersebut, semakin kuat aura kegelapan yang menyelubungi jalan gelap tersebut. Rasa dingin yang mencengkam tubuh badannya usah dikata lagi.

Meresap hingga ke tulang hitam. Namun dia perlu mengagahkan dirinya untuk mencari kelibat gadis kecil itu. Ketika dia ingin memasuki lorong kirinya dia terlihat gadis itu ditarik oleh orang-orang yang berseragam hitam.

Tak semena-mena dia melihat gadis itu dipukul habis-habisan oleh sekumpulan lelaki yang jauh lebih besar dari tubuh badannya. Mereka menggunakan kayu belati untuk memukul gadis kecil tersebut.

Firsya dengan tangkas cuba untuk menyelamatkan gadis itu namun hampa..... dia seperti tiada daya untuk berlari menghampiri mereka. Semakin dia cuba ,semakin berat kakinya melangkah.

Akhirnya Firsya terjelopok ke lantai dengan melihat kezaliman lelaki-lelaki tersebut memukul gadis kecil yang tidak berdosa....

Firsya mengeluarkan air mata dengan kesakitan yang sangat dalam....

***

" Wake up Firsya.. what happen to you.. hey wake up." Dia berusaha membangunkan Firsya yang seakan mengalami mimpi buruk yang mengerikan.

Perlahan-lahan Firsya membuka matanya yang sangat berat. Setelah berjaya membuka matanya, dia terus mengeluarkan mutiara-mutiara kecil yang ditahan sejak tadi.

Mimpi tersebut sangat realistik baginya. Dia tak mampu untuk membendung rasa sedih yang menggamit hatinya ketika ini.

" Hey it is just a dream. Nothing you can afraid of. I'm here."

Firsya mula memandang orang yang berada dihadapan katilnya saat itu.

Setelah sedar dengan keterlanjurannya tadi, cepat-cepat dia mengelap air mata yang merembes laju di pelupuk matanya.

" Kau buat apa kat sini?? Macam mana kau boleh masuk?"

Firsya sangat bengang apabila melihat wajah itu dihadapannya. Kalau boleh dia nak tendang muka tu sampai ke London Chakorol.

" Kau tak ingat langsung ke? kau pengsan tadi. Jadi aku bawak kau masuk bilik ni. Aku tak tau bilik kau kat mana ,so aku main masukkan je kau kat dalam bilik bawah rumah ni." ujar lelaki tersebut.

" Aku pengsan?? Tapi macam mana kau boleh masuk rumah aku ni. Setahu aku pihak polis kat luar tu tengah berkawal. Macam mana dorang boleh senang-senang je suruh kau masuk tanpa ada pengawasan? kau pakai mandrem eh.."

Firsya mengecilkan matanya melihat wajah lelaki tersebut.

" Memandai je kau tuduh aku. Kalau tak tahu tu, jangan nak fitnah orang sembarangan. Patutnya kau berterima kasih kat aku sebab dah selamatkan kau yang terkulai kat lantai tadi... Dah macam ikan masin dah aku tengok."

Bahasnya tak mahu kalah. " Eleh ada aku suruh kau tolong aku?? takdekan...pandai-pandailah aku bangun sendiri. Yang kau sebok asal?"

" Inilah manusia.. dah kena tolong pun tak reti nak berterima kasih. Malah dituduhnya kita bukan-bukan."

" Kau datang sini sebab apa? " tanya Firsya direct. Dia sebenarnya dah tahu punca lelaki tersebut datang kesitu cuma malaslah dia nak berkias bagai dengan lelaki itu.

Sebab lelaki itulah dia jadi macam ni. " Aku datang sini sebab plan yang aku cakap semalam tulah. Aku nak kau bawak aku jumpa ayah kau. Kalau tak... kau taulah nasib adik kau macam mana nanti." ugutnya.

" Kau apa-apa kan adik aku, aku sumpah aku akan cari kau sampai lubang cacing." Firsya mengetap bibirnya menahan marah yang meledak didalam dirinya saat ini.

" Uwuuu takutnya. Ingat nyawa adik kau kat tangan aku sekarang ni. Segala keputusan kau, bakal menentukan nasib hidup mati adik kau. Jadi... kalau kau bagitahu pihak polis kat luar tu yang sekarang ni penculik dia ada kat sini.. anytime kepala adik kau akan muncul kat depan pintu rumah kau." ugutnya sekali lagi.

Firsya hanya mampu menjeling mendengar ugutan tadi. Dalam hatinya ada terselit sedikit ketakutan jika benar lelaki itu mengotakan perkataan nya tadi.

" Sekarang kalau kau dah faham.. aku nak kau tarik lugage kau tu ni sebab kejap lagi Kita akan gerak ke lapangan terbang. Tak payah buang masa nak berehat bagai." arah lelaki tersebut.

" And one more thing. Kau kena berlakon dekat depan polis nanti yang kita ni adalah tunangan. Aku tak nak kau rosakkan plan aku .. Faham!!!"

Firsya hanya melihat lelaki tersebut dengan sorot mata yang tajam. Tak puas hati betul dengan sikap lelaki itu yang suka mengarah.

Mereka mula melangkah memasuki kereta polis dengan membawa beg masing-masing. Sempat lagi mereka berlakon bersweet-sweet bagai depan encik-encik polis tadi. Rasa nak terkeluar je anak tekak Firsya ketika itu.

Namun dia diamkan sahaja. Setelah mereka masuk ke dalam perut kereta , maka perjalanan baru buat mereka berdua telah dimulakan.

Perjalanan yang bakal merubah lumrah kehidupan Firsya...

Mereka hanya mengambil masa satu jam lebih untuk sampai ke Lapangan Terbang Canberra Australia. Sepanjang perjalanan Firsya hanya mendiamkan diri dan memikirkan sesuatu. Setelah sampai ke destinasi, Firsya tetap sahaja seperti tadi.

Termenung dan memikirkan sesuatu.

" Kau nak termenung berapa lama lagi kat dalam kereta ni. Kalau tak cukup sambung waktu kita dah masuk kapal terbang nanti." sergah lelaki itu.

" Aku tahulah. Kau tak payah nak perli-perli akulah. Menyampah betul" ujar Firsya perlahan.

Dia mengeluarkan luggagenya dari bonet kereta tersebut. Firsya hanya melintasi lelaki itu dengan perasaan sebal, kalau dia ada kuasa magik sekarang ni memang dia lenyapkan terus nyawa lelaki tersebut.

Tapi magik-magik semua ni mana wujud. Hanya ada di dunia fantasi kanak-kanak yang tidak cukup umur sahaja.

Malas dia mahu berfikir panjang dia mengambil tempat duduk berhadapan balai pelepasan sebelum mereka berdua akan berlepas menaiki kapal terbang yang akan membawa mereka ke destinasi yang ingin ditujui.

Setelah beberapa minit duduk, Firsya mula berdiri dan berjalan menghampiri pihak polis yang bertugas mengawal keselamatannya sepanjang perjalanan tadi.
" Excuse me, I want go to toilet right now. May I? " tanya Firsya sekadar berbasa-basi.

" Yes ,you can. But you must take my officcer to accompany you." polis itu hanya mahu memastikan keselamatan Firsya terjamin dan mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Firsya mengganguk dan berjalan diikuti polis wanita yang menemaninya. Lelaki itu hanya melihat Firsya dari belakang.

Firsya tersenyum nipis....

Maafkan Author slalu lmbt update... Saids menyusun 20 jari termasuk jari kaki kerana slalu melambatkn penulisan chapter. Sorry tau... enjoy your reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience