" Kenapa kamu nak keluar dari syarikat. Kamu tau tak betapa susahnya papa bangunkan syarikat tu untuk kita semua ,takkan sesenang itu kamu nak berhenti."
" Pa ,Syah bukan tak nak tolong papa bangunkan syarikat tapi Adzron dan Adzren kan dah ada untuk tolong papa. Tak lama lagi Adzrelia pun akan turut sama membantu papa bangunkan syarikat tu"
Suasana di petang hari itu berubah tegang apabila penghuninya masing-masing menegakkan pendirian tanpa mahu bertolak ansur.
" Tapi kenapa kamu tak nak tolong papa. Tak cukup besar lagi ke gaji yang papa bagi kat kamu tu. Kenapa sampai nak berhenti???"
" Pa bukan itu persoalannya sekarang. Persoalannya sekarang Syah ada benda yang perlu Shah capai dan Shah ada impian yang perlu Shah gapai dan itu semua takkan Syah dapat kalau Syah berterusan dekat syarikat tu. You should understand me . I won't do anything worse if I had quit from that company. Could you please give me your trust???"
" Susah lah nak bercakap dengan kamu ni Syah, kalau kamu berhenti jangan harap papa akan bagi saham syarikat tu pada kamu!!"
Tengku Amendra berlalu pergi dengan perasaan yang sebal. Hendak dikata apa lagi kalau anaknya itu berkeras mahu berhenti. Dia sudah tidak dapat membatalkan hasrat anaknya itu.
" Papa, papa tolonglah jangan macam ni. Syah perlukan sokongan papa. Pa!!!"dia melihat ayahnya berlalu pergi tanpa mahu menoleh lagi.
" Eish serabutlah ". Firsya buntu harus bagaiman a lagi dia meyakinkan ayahnya yang dia mampu berdikari. Dia amat meminati bidang perkomputeran. Dia merasa dekat dengan minatnya ini.
**********†**************
" Bummm.....ingatkan sapa tu" Adzrelina mengejutkan kakaknya yang sedang mengelamun. Dari tadi dia memanggil kakaknya namun panggilannya tidak disahut langsung oleh kakaknya.
" Takde lah,takde sapa pun. I'm just thinking how to persuade papa to let me quit from that company. Tu yang tengah serabut ni"
" Hmmmm akak takyah lah fikir banyak sangat. Balik ni bincang elok-elok ngan papa. Jangan macam hari tu. Bergegar satu rumah gara-gara papa ngan akak bergaduh."
" Yeah my bad. Lain kali orang tak buat lagi. Ni bila kita nak jalan? Kata petang ni kita nak gi makan-makan, tapi tengok ucu tak siap lagi ni kenapa?"
" Ni lah sebabnya ucu panggil akak dari tadi. Sebab nak ajak jalan-jalan kat luar. Jalan-jalan cari makan orang kata. Tapi ucu panggil tak menyahut langsung . Tup-tup orang tengok akak kat sini sedap mengelamun ehh..."
" Lah yeke... sorrylah akak tak dengar."
" Hm sedap sangatlah tu mengelamun tadi, tu yang orang panggil buat derkk je"
" Hehhehe, tapi ni ucu tak siap lagi macam nak keluar? Jangan kata ucu nak keluar dengan baju pagi tadi... ucu jangan buat hal"
" Eish tak kesahlah semua tu bukan dorang tau un kalau ucu dah mandi ke belum.. hehehhe "
" Ucu jangan nak buat malu ,bau badan ucu tu menusuk di rongga hidung semua orang nanti. Nampak je luar cantik tapi bau badan tu nak sorok mana. Ucu gi mandi sekarang pastu tukar baju yang cantik sikit and tebal."
" Eish akak ni. Yalah-yalah ucu gi mandi. Akak tunggu kat luar tau. Kalau boleh panaskan enjin dulu "
" Iyalah akak taulah "
************†*********†***********
Pagi yang indah itu, ditemani burung yang sedang berkicauan Adzrelia bersama papanya duduk berdua di taman yang berada di dalam rumahnya. Mereka bersarapan disana untuk mengambil udara yang segar.
Hari ini dia tidak mengulang kaji pelajaran nya disebabkan rakan-rakannya tidak dapat menyertainya untuk menyiapkan assignment dikeranakan hari itu adalah hari Sabtu. Maka mereka semua perlu meluangkan masa bersama keluarga. Manakala papanya pulak sudah berhenti dari menguruskan syarikat.
Namun demikian, papanya sentiasa memerhatikan syarikat itu dari jauh. Sekadar memberi pendapat kepada anak-anak nya dalam menguruskan syarikat.
" Bila akak kamu tu nak balik??"
" Entah pa dorang kata lagi tiga hari cam tulah dorang balik. Kenapa pa??"
" Dorang sebenarnya cuti kat mana ni??"
'Serba salah pulak tak bagitau papa kat mana dorang. Tapi kalau bagi tau nanti tak pegang janji pulak'
Adzrelia binggung untuk berterus terang dengan papanya kalau bukan disebabkan dia sudah berjanji untuk tidak memberitahu papanya sudah lama dia memberitahu keberadaan mereka . Terpaksalah dia berdiam sahaja buat masa sekarang.
" Papa jangan risau sebab dorang berdua tu okey je kat sana. Tapi alang minta maaflah sebab tak boleh bagitau location sebenar dorang kat papa"
" It okay. Papa faham . Dorang nak have fun en kat sana. Hahaha papa tau dorang stress ngan papa yang mengongkong ni kan??"
'aduh ni aku pantang ni . Aku dah lah tak boleh tengok papa sedih cam ni'
" Papa jangan lah fikir macam tu. Dorang cuma nak release tension dari kerja dan assignment. Bukan sebab hari tu sangat. Action lebih je dorang sedih padahal have fun giler-giler kat sana"
Kata-kata Adzrelia itu membuatkan senyuman Tengku Amendra terukir . Lega sedikit hatinya bila tau anak-anaknya selamat dan sihat. Hanya sahaja dia tidak berkeras tentu Firsya tidak bertindak sejauh itu .
Ini kali pertama dia melihat Firsya berkeras dengan pendirian nya. Selalunya apa yang dia kata anaknya yang satu itu selalu menurut. 'Hay salah aku, sebab tu dia pergi jauh membawa hati. Papa minta maaf Firsya,'
happy reading (。•̀ᴗ-)✧
Share this novel