Bab 03

Others Series 551

Darren duduk di tempat yang sama seperti malam pertama kami bertemu. Barisan kerusi kulit panjang, tepat di bawah lampu gantung yang berkilau samar.

Seolah-olah tempat itu memang dicipta untuknya gelap, tenang, penuh misteri.

Aku hampir berpatah balik ketika melihatnya.

Tapi kaki aku seperti ditarik oleh sesuatu yang aku sendiri tak faham. Mungkin rasa ingin tahu. Mungkin juga rasa hati yang tak rela berhenti di tengah jalan.

Darren angkat wajah ketika aku berdiri di sebelahnya.

Dia senyum.

Sedikit.

Tapi cukup untuk buat jantung aku gagal berfungsi seketika.

“Kau datang lagi,” katanya perlahan.

Aku tarik kerusi. Duduk. Tenang sekurang-kurangnya pada wajah.

“Kau tahu aku akan datang?”

“Aku harap.”

Sunyi sebentar. Hanya bunyi ais bergesel dalam gelas dan muzik jazz lembut sebagai latar.

Aku pandang dia. “Aku tahu siapa kau sekarang.”

Dia tidak terkejut. Tidak terganggu.

“Dan kau masih duduk sini?” soalnya, matanya tajam menikam.

“Aku tak tahu kenapa,” aku jujur.

“Mungkin aku nak dengar penjelasan daripada mulut kau sendiri.”

Dia tarik nafas. Matanya tidak lari dari aku.

“Aku tak lahir dalam dunia ini, Alia. Aku terseret. Hidup tak pernah bagi aku pilihan indah."

"Mak meninggal masa aku 17. Adik-beradik kecil. Ayah tak pernah pulang.. aku kerja siang malam… tapi duit tak cukup."

"Sampai satu hari, ada ‘klien’ tawarkan bayaran hanya untuk temankan dia makan malam. Tak sentuh. Tak apa.” Dia ketawa sinis.

“Dari situ, semuanya bermula.”

Aku cuba kekalkan wajah kosong, tapi hati aku sudah mula bergetar.

“Kenapa kau cerita semua ni pada aku?”

Dia tunduk sejenak.

“Sebab aku penat menipu. Dan… aku tak mahu kau fikir aku cari kau untuk kerja aku.”

Mataku hampir berair. Aku segera alih pandangan. Aku tidak mahu dia nampak aku rapuh.

“Tapi kau masih buat kerja tu, kan?”

Dia tidak jawab.

Tapi diamnya cukup untuk aku faham maksudnya.

“Jadi, kenapa aku?” Aku pandang dia semula, kali ini lebih dalam.

“Kenapa kau dekat dengan aku?”

Dia tunduk, jari-jarinya menyentuh tepi gelas kosong.

“Sebab kau buat aku rasa aku masih manusia.”

Degupan jantung aku seperti hilang rentak. Kata-katanya bukan pujangga murahan. Ia datang dari tempat yang benar-benar gelap dan jujur.

“Tapi aku bukan penyelamat,” kataku. “Aku tak boleh ubah siapa kau.”

Dia angguk.

“Aku tak pernah minta kau ubah apa-apa. Aku cuma nak kau tahu aku tak pernah layan kau sebagai klien. Dari malam pertama tu… kau buat aku rasa hidup.”

Dan pada saat itu, aku tahu…

Lelaki ini adalah musibah yang boleh membunuh aku perlahan-lahan.

Tapi aku juga tahu aku sudah terlalu dekat untuk berpatah balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience