Bab 04

Others Series 551

Sudah seminggu sejak pertemuan itu.

Seminggu sejak Darren jujur tentang kehidupannya. Dan seminggu juga aku cuba melawan rasa yang tak sepatutnya wujud.

Tapi jujur aku akui aku gagal.

Dia muncul dalam tidurku.
Dalam lamunanku.

Dalam setiap saat sunyi yang sepatutnya aku isi dengan kerja atau rutin harian.

Dia adalah soalan yang tiada jawapan.

Hari ini, aku terima pesanan ringkas.

“Malam ini. Tempat biasa. Kalau kau masih nak tahu aku siapa.” D

Aku patut abaikan. Aku tahu. Tapi jari aku sudah menekan ‘OK’ sebelum otak aku sempat bersuara.

Malam itu, aku melangkah masuk dengan jantung yang terlalu bising.

Darren menunggu di tempat sama. Tapi kali ini, dia kelihatan sedikit berbeza tidak segan, tidak menggoda. Ada renungan berat di matanya, seolah-olah dia sendiri tak pasti kenapa dia undang aku semula ke dalam dunianya.

Kami keluar dari lounge dan berjalan kaki di sepanjang lorong bandar yang sunyi. Lampu-lampu jalan mencipta bayang-bayang panjang di belakang kami.

“Kenapa kau ajak aku keluar malam ni?” aku tanya perlahan.

Darren tak terus jawab. Dia tenung langit gelap di atas.

“Kadang-kadang aku rasa… aku tak layak untuk disayangi. Tapi bila aku tengok kau, aku harap perasaan tu salah.”

Aku terdiam.

Kata-kata itu… terlalu dalam.

Terlalu menyakitkan.

Kami terus berjalan hingga ke tempat parkir bangunan. Dan di situ, segala-galanya runtuh.

Aku terlihat Darren dengan seorang wanita.

Cantik.

Anggun.

Jauh lebih dewasa.

Dan mereka bukan sekadar bercakap.

Wanita itu mencium pipinya, lalu menyerahkan sebuah sampul tebal ke tangannya.

Darren nampak aku.

Dan dia beku.

Wanita itu pandang aku juga sinis, menghina lalu berlalu pergi tanpa kata.

Aku berjalan mendekat.

Mata aku tak lepas dari sampul yang masih berada dalam genggamannya.

“Klien kau?” aku bertanya. Suara aku rendah. Hampir tiada.

Darren tidak jawab. Tapi diamnya lebih sakit dari pengakuan.

“Jadi semua yang kau cakap malam tu? Semua yang kau tunjukkan pada aku… cuma lakonan?”

“Alia!”

“Berapa ramai perempuan yang percaya pada mata kau, Darren? Berapa ramai yang kau buat rasa istimewa… sebelum kau jual diri pada yang lebih tebal dompetnya?” Aku mahu marah.

Aku mahu tampar dia.

Tapi air mata aku lebih pantas.

Aku rasa... bodoh.

“Duit yang dia bagi tu… untuk apa? Untuk malam ni?”

Dia tunduk. Tak mampu lawan pandangan aku.

“Alia… aku perlukan duit tu untuk adik aku. Dia sakit. Rawatan tu.”

“Cukup.”

Aku undur dua langkah.

“Jangan guna alasan keluarga untuk halalkan kerja kau. Jangan jadikan simpati sebagai senjata.”

Tangisan aku pecah juga akhirnya.

Dan di tengah-tengah parkir kosong itu, aku lihat wajah lelaki yang pernah buat aku rasa hidup… kini hanya tinggal bayang dari harapan palsu.

Aku hulurkan beg tangan. Buka zip dalam, dan keluarkan sampul kecil.

RM20,000.

“Aku tahu kau takkan minta. Tapi aku tak nak kau jual tubuh kau lagi. Ambil ni. Lepas tu... jangan cari aku lagi.”

Tangannya terketar saat menyambut sampul itu. Tapi aku tak peduli.

Aku berpaling.

Lari masuk ke kereta.

Hati aku retak dalam diam.

Dan malam itu, untuk pertama kali dalam hidup aku, aku rasa cinta itu adalah senjata yang paling bahaya bila kau jatuh pada orang yang tak mampu memikulnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience