Bab 18: Senyuman yang Bukan Milikku

Action Series 115

Malam itu, jari Syarhan menggamit ke aplikasi WhatsApp. Niatnya hanya mahu melihat status sahabat-sahabat lama. Namun satu story menangkap matanya—Insyirah.

Gambar Insyirah sedang tersenyum ceria, dikelilingi rakan-rakan universiti dengan hiasan kek dan belon hari lahir. Wajahnya bersinar, bahagia, seolah-olah tiada luka pun di hati.

Syarhan diam.

"Aku pernah jadi insan yang pernah diberi ruang dalam hidupmu... tapi hari ini, aku hanya sekadar pemerhati dari kejauhan."

Perlahan-lahan dia tutup telefon. Nafasnya berat. Pandangannya kabur.

Syarhan pandang sekali lagi gambar itu. Hatinya berdebar. Jari-jemarinya mula menaip—perlahan, seperti takut-takut.

"Selamat hari lahir, Insyirah. Moga Allah sentiasa lindungi dan bahagiakan awak. Maaf jika saya tak patut ucap apa-apa..."

Butang 'Send' ditekan.

Beberapa saat, tiada dua tanda biru. Tiada balasan.

Syarhan tarik nafas dalam-dalam. Dia tahu, ucapan itu bukan untuk membuka jalan, tapi sebagai tanda bahawa dia masih mendoakan dari jauh.

"Kadangkala... yang kita rindu bukan untuk dimiliki, cuma untuk dihormati kenangannya."

Beberapa minit selepas mesej dihantar, telefon Syarhan berbunyi. Satu mesej masuk daripada Insyirah.

"Terima kasih... tapi awak tak bagi pun hadiah. Awak lupa ke hari ni hari lahir saya?"

Syarhan terdiam. Lama. Kata-kata itu benar-benar menikam hatinya.

Dia tidak pernah mahu mengecewakan sesiapa, apatah lagi Insyirah. Tapi pesan maknya masih terngiang di telinga:

"Jangan beri harapan sebelum ikatan yang halal, nak. Hati perempuan lembut, mudah berharap. Tapi kalau kecewa, remuknya sampai bertahun."

Syarhan menghela nafas panjang. Malam itu, dia buka semula laptopnya. Dihimpunkan gambar-gambar kenangan mereka dalam bentuk lukisan digital, bait-bait kata doa, dan lagu latar bertemakan cinta yang dijaga. Video ringkas berdurasi 2 minit itu disunting penuh teliti.

Di akhir video, hanya ada satu pesanan:

"Maaf kalau saya jauh, tapi doa saya tak pernah pergi. Selamat hari lahir, Insyirah."

Dia tekan 'Send'. Dan hanya berserah... sama ada Insyirah akan menontonnya, atau tidak.

Video itu akhirnya dibuka juga oleh Insyirah. Malamnya, satu notifikasi masuk ke telefon Syarhan. Balasan ringkas tapi padat dengan makna.

"Terima kasih, Syarhan. Awak tak tahu betapa video tu buat saya menangis. Saya hargai... sangat. Nasihat awak tentang sabar, tentang tak memaksa takdir, tentang menjaga hati sebelum waktunya — semua tu... menyedarkan saya. Saya doakan awak terus kuat, dan jangan pernah berhenti jadi cahaya walau dalam gelap."

Syarhan tersenyum. Sekurang-kurangnya, kali ini... dia tahu, dia menyentuh hati seseorang — dengan cara yang benar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience