Hingga satu saat Elly tak lagi ingin bercinta selepas perginya Clayton, Elly pun menutup pintu hatinya.Bila ada yang ingin mengajak Elly bercinta dengan lembut Elly menolak .
Makin hari makin Elly rasa harinya telah membeku dan larut dalam hidup tanpa cinta dari mana- mana lelaki dan sanggup menolak sesiapa yang ingin mengajaknya bercinta.
Selama 11 tahun Elly single tak berpunya ,hinggalah dipertemukan dengan seorang lelaki yang agak sedehana tapi hubungan percintaan Elly dengan lelaki tersebut tak bertahan lama dan akhirnya putus .
Masa akhir di kisah Elly dengan lelaki tersebut .Lelaki tersebut sempat menghina Elly hingga di dengar oleh Mika . Tak disangka Mika akan bertindak kasar atas apa yang telah lelaki tersebut katakan pada Elly.
Dengan disaksikan oleh Ren dengan yang lain Mika bertindak membalasah lelaki tersebut dengan teruk , hinggalah Elly cuba menghentikan abangnya tersebut.
" Perempuan macam kau ni tak layak untuk aku ..kau hanya layak hidup merempat " kata lelaki tersebut
" bokkkk....." satu tumbukan hinggap di pipi lelaki tersebut .hinggalah tumbukan ke empat membuat lelaki tersebut tak dapat bangun .
" kau ulang balik apa kau kata kat adik ?! " tengking Mika pada lelaki tersebut sambil tangan Mika menggengam kolar baju lelaki tersebut.
" Kau ulang balik apa kau cakap setan !!! " kata Mika semakin geram lalu sekali lagi menumbuk lelaki tersebut hingga lemah tak berdaya. Sekali lagi Mika ingin memberikan tumbukan ,dengan laju Elly datang dan memerluk abangnya itu dari belakang sambil menangis ketakutan .
" abang Mika sudah ....sudah bang .. cukuplah ... Elly takut " kata Elly datang lalu memerluk abangnya dari belakang. Membuatkan Mika berhenti.
" abang berhentilah .. Elly takut " kata Elly lagi .
" orang macam ni tak layak untuk kau Elly ...sampah macam patut mampus ! " kata Mika lagi ingin menumbuk lelaki tersebut lagi . Hinggalah Ken datang menegur. Abang Elly yang lain Pula turut mendekati.
" Mika ...sudah ..kau dah gila ke ...?! kau ingat kau bunuh mamat kau puas ke ?! " tegur Ken dengan menolak Mika menjauh dari lelaki tersebut . Elly pula masih memerluk abangnya itu dari belakang.
Dengan cepat Micky ,Ren dan Irwan membantu Lelaki tersebut bangun dalam keadaan yang lemah dan luka teruk .
Tanpa membuang masa , dengan cepat Ken menelefon polis .selepas selesai membuat panggilan polis, Dengan tiba - tiba Elly yang dari tadi berdiri di belakang Mika jatuh pengsan .
Melihat Elly pengsan Mika pun terus menggendung Elly masuk ke dalam kereta dan membawa ke hospital dengan diikuti oleh Irwan dan Ren .
Manakala , Ken dan Micky pula memunggu polis sampai untuk membawa lelaki yang dibelasah oleh Mika sebentar tadi ke balai polis . Selepas polis membawa bekas teman lelaki Elly tersebut ke balai polis , Ken dan Micky pun pergi ke balai polis dahulu untuk membuat aduan tentang lelaki tersebut dan sebaik saja urusan di balai polis selesai barulah Ken dan Micky pergi ke hospital untuk melihat keadaan Elly .
Sampai hospital pula Elly terus menerima rawatan dan pemeriksaan untuk memastikan keadaan Elly dalam keadaan baik-baik sahaja .
Share this novel