Pada esok harinya , Elly berseorangan di atas bukit mencari signal handphone , pada masa yang sama Cleo datang menghampiri Elly, Elly cuba mengelakkan diri , tapi tangan Elly sempat di tarik oleh Cleo ,
Sekali lagi Elly cuba melepaskan pengangan Cleo tapi handphone milik Elly jatuh terhempas , Cleo dengan cepat mengambil handphone Elly ,tanpa sengaja Cleo sempat melihat gambar Ashraf yang ada di skrin hadapan handphone Elly ,dengan cepat Elly merampas handphonenya kembali
" Emmm ... boyfriend awak ? " Tanya Cleo dengan wajah tak ketara kecewa.
" ya .. boyfriend saya ...jadi ,jangan kacau dan dekati saya " kata Elly dengan dingin
" kenapa dia ? kenapa bukan saya ..awak tahu saya dah lama tunggu awak " kata Cleo
" sebab dia yang bahagiakan saya ...Dan awak ,saya tak suruh pun awak tunggu saya " kata Elly masih dengan reaksi dingin
" tapi Elly " Kata Cleo terhenti disitu
" tapi apa ? awak nak cuba perkosa saya balik ? " kata Elly lalu ingin cuba pergi tapi dipeluk oleh Cleo dari belakang
" Elly tolong ... tolong jangan buat macam ni ..jangan tinggalkan saya .." kata Cleo sambil memerluk dan menahan Elly untuk pergi.
" Sekali lagi saya ingatkan ...saya , tak suka awak ..dan tak mungkin akan suka awak " kata Elly melepaskan pelukkan Cleo dan pergi.
Kini hanya Cleo tinggal seorang diri sambil menangis meraung sendiri. Perasaan Cleo kini makin hancur dan hancur ,Kerana apa yang sering dia harapkan tak tercapai.
Untuk kedua kalinya juga Cleo cuba ingin cuba menculik dan ingin memperkosa Elly lagi ,tapi gagal saat Mika merasakan ada hal buruk yang ingin terjadi pada Elly . Dengan pantas Mika masuk ke keretanya dan memecut laju hingga sampai di rumah dan teriak mencari Elly.
Sekali Mika mendengar suara Elly berteriak ,lalu dengan pantas Mika dan Micky Naik ke tingkat atas dan menendang pintu bilik Elly hingga terbuka luas.
" KAU MEMANG SETAN CLEO !!!! " teriak Micky
" JAHANAM KAU !! " sepantas kilat satu tumbukan hinggap di muka Cleo .
Denga. rasa sakit hati yang membuak Micky dan Mika membelasah Cleo hingga tak dapat bangun berdiri. Elly pula , berjaya Ren dan Irwan selamatkan dari jadi mangsa rogol .Ken pula cuba menenangkan Mika dan Micky .
Dengan itu tunangan Irwan yang melihat baju Elly terkoyak merasa amat terkejut . dan dengan pantas mengambilkan baju untuk diganti dan terus memberitahu Puan Zubaidah tentang Cleo yang cuba memperkosa Elly hingga menyebabkan Elly makin trauma .
Selepas kejadian tersebut, Elly makin seringkali mengurung dirinya di dalam biliknya tanpa ingin bertemu siapa dan tanpa makan minum untuk beberapa hari. Balik dari kampung pula masih dalam keadaan yang tak terkawal ,hingga Ashraf pun turut jadi tempat Elly melepas amarah dan traumanya .
Tak sehingga Mika menceritakan semua hal yang terjadi pada Elly yang membuatkan Elly semakin tak tentu arah .Dengan rasa ingin berputus asa Ashraf memujuk Elly untuk bertenang ,tapi trauma Elly makin menjadi saat seringkali teringat akan tindakan Cleo padanya. Di kampung juga , Pak Mail pun telah mengeluarkan surat saman untuk Cleo
Share this novel