Berapa bulan kemudian , Elly mula berkawan dengan seorang lelaki berbamgsa cina ,Dan sekali lagi Elly diperlakukan dengan kasar oleh lelaki tersebut.
Masa keluar dengan lelaki tersebut , Lelaki tersebut tak seperti biasanya ,lelaki tersebut sering memarahi Elly tanpa sebab kadang-kadang sampai angkat tangan padanya,tapi Elly memilih untuk terus bersabar dengan.
Tak sehingga Elly keluar dengan Abang-abangnya, Irwan dan Ken yang melihat lelaki tersebut bersama dengan perempuan lain sambil berpangan tangan.
Mereka berdua Cuba mengalihkan perhatian Elly tapi Elly sempat melihat kekasihnya tersebut bersama dengan perempuan lain sambil berpangan tangan.
Dengan cepat Elly datang mendekati dan meminta penjelasan dari lelaki tersebut membuat lelaki tersebut terkejut melihat kedatangan Elly.
" Siapa dia ? " Tanya Elly
" El ... Elly.." kata lelaki tersebut terkejut
" saya Tanya awak ...dia siapa ? " Tanya Elly lagi
" sayang ...siapa dia " Tanya perempuan tersebut.
" apa tadi ? sayang ?? " Tanya Elly tanpa membuang masa Elly terus pergi dari tempat tersebut.
Masa balik Elly hanya terdiam duduk di sebelah Mika yang memandu. Bila ditanya Elly cuba terdiam dan memandang keluar tingkap kereta .
Sampai di rumah pula Elly terus masuk ke biliknya dan berkurung sambil menangis . Ken dan Micky yang cuba memujuk Elly tapi gagal kerana Elly tak mahu diganggu oleh sesiapa .
Tak lama kemudian Mika pun datang mengetuk pintu untuk memujuk adik perempuan kesayangannya tersebut . Bila membukakan pintu , Mika terus masuk dan belum sempat Ken dan Micky masuk pintu pun terus ditutup dan dikunci dari dalam.
" Elly...buka pintu ..abang Mika ni " kata Mika sambil mengetuk pintu . Dengan pintu dibuka lalu Mika terus masuk dan menutup pintu semula .
" Oii Mika macam mana dengan kami " kata Micky
" Korang buatlah kerja korang ..." teriak Mika dari dalam . lalu Ken dan Micky pun pergi sambil menggaru kepala.
Tak lama Mika cuba memujuk Elly yang sedang menangis menatap ke luar jendela. Perlahan Mika datang mendekat dan memegang bahu Elly , membuat Elly menoleh menangis Di bahu abangnya itu.Dengan perlahan tangan Mika mengusap rambut Elly memujuk.
" sshhh ...dah dah ...jangan nangis ..tak apa dia tinggalkan adik abang macam tu yang penting abang tak tinggalkan Elly ya ..." kata Mika memerluk dan mengusap rambut Elly.
" Dah ya ..jangan nangis ...nanti abang teman Elly ya ...tapi kalau dia sakitkan Elly bagitahu abang .." pesan Mika pula pada Elly
" Abang Elly sakit ...kenapa Elly harus terima semua ni " kata Elly sambil menangis teresak - esak
" ssshhh ...takpa ..bukan jodoh ..nanti ada orang lagi baik dari dia ya ..." pujuk Mika lagi.
Tak lama Ken dan Micky pun datang lagi bersama Irwan dan Ren menempelkan telinga mereka di pintu untuk mendengar percakapan Elly dengan Mika yang belum keluar dari bilik.
Khusyuk mereka mendengar percakapan Elly dan Mika , tiba-tiba Mak Timah dan Pak Mail pun datang menegur apabila melihat perangai pelik cucu mereka tersebut.
" Buat apa tu ? " tegur Pak Mail
" aaaa ...Atuk " kata Irwan dan Ren terkejut.
" ni kenapa sampai menempel kat pintu bilik si Elly ni dah macam lipas Nenek tengok " kata Mak Timah pula
Share this novel