VP 4

True Story Series 9700

Semakin hari hubungan mereka semakin rapat dan bila dah timbul rasa sayang , Clayton pun tak ingin jauh dari Elly .Setiap hari Clayton akan menemani Elly kemana Elly pergi .Tak lupa juga Clayton akan selalu meminta izin dari Pak Mail dan Nek Timah jika ingin membawa Elly pergi ke mana- mana.
Masa kerja pula Clayton akan kerja dengan baik ,tak lupa juga waktu makan , Clayton akan selalu mengingatkan Elly untuk menjaga makannya.
Masa turun dan balik kerja pula , Clayton akan dipertanggungjawabkan untuk menjemput dan menghantar Elly. Lebih senang cerita Clayton selalu ada untuk Elly.
Hingga kawan datang ke rumah untuk mengajak Clayton lepak dan belumba motor pun Clayton tolak ,kerana tak mahu Elly kecewa padanya ,tambahan pula Pak Mail dan Nek Timah telah pun meletakkan syarat padanya .
Dengan perubahan tersebut membuatkan Clayton merasa lebih bertanggungjawab untuk menjaga Elly , dan dapat juga mengurangkan bebanan keluarganya .
Setiap hari Clayton akan habiskan masa bermain gitar dan menyanyikan lagu untuk Elly , membuatkan Elly selalu ceria bila bersama Clayton.
Setiap hal Clayton dan Elly kongsikan bersama .Pada akhirnya juga Clayton tak lagi tak lagi seperti dahulunya dan mengajak kawannya turut berkerja bersamanya di ladang Pak Mail.
Sepanjang Clayton dan kawan-kawannya bekerja di situ ,banyak kebaikan yang dapat mereka pelajari . Dari hanya lepak mengharapkan orang lain berkerja . Terasa lebih bermakna bila mereka turut berkerja juga dan mendapatkan hasil dari titik peluh sendiri.
Saat berkerja bersama Elly semua pekerja menghormati dan mengagumi sikap Elly yang baik dan bertanggungjawab serta sopan bila berdepan dengan mana- mana pekerja ,tak kira baik yang tua atau yang muda .
Melayan pekerja dengan adil dan baik adalah satu amanah untuk Elly . Dalam masa berkerja juga Elly akan mengatur cuti untuk perkerjanya .Dan paling penting adalah Elly tak memaksa pekerja yang sakit untuk berkerja.
Bagi pekerja asing yang habis tempoh passport mereka berkeja , Elly akan membrikan cuti seminggu untuk para pekerja asing untuk mengemaskini passport kedatangan mereka .
Selain itu , Elly tak lepas dari ajaran agama yang kuat yang telah diajar oleh Atuk dan neneknya kepadanya . Begitu juga ,Elly seorang aktif dalam ilmu persilatan .Setiap malam Elly akan mengajar anak muda di kampung untuk berlajar silat .
Dengan hal tersebut Clayton begitu merasa rendah diri dan malu kerana , sering merasa Elly bukanlah tandingannya . Tapi satu hal yang membuatkan Clayton merasa beruntung kerana Elly selalu memberikannya kata semangat dan nasihat pada Clayton .
Dengan adanya Elly yang selalu membuatkan Clayton berubah , Clayton selalu berjanji dengan dirinya untuk selalu menjaga Elly dengan sebaik mungkin .
Hingga musim sekolah pula , Clayton tak lagi tak selalu ponteng dan kerap pergi ke sekeloah dengan ditemani oleh Elly .Clayton banyak belajar semua perkara dari Elly dari pasal kerja hinggalah pasal sekolah .
Bukan saja sekolah dan berkerja ,malah kelas tambahan juga , Elly dan Clayton selalu menemani satu sama lain . Memang tak boleh dipsahkan lagi bila Clayton dan Elly selalu bersama kemana mereka pergi . Lepas waktu sekolah juga , Elly akan ke ladang bila tiada kelas tambahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience