Ashraf yang melihat setatus Elly ketika itu merasa sedikit kecewa tak tahu kenapa , hingga Ashraf sempat keluar mood jiwang Di tempat kerjanya .
Bukan Ashraf seorang saja yang merasa cemburu dan kecewa tapi banyak juga orang yang pernah Elly tolak dulu turut merasa hal yang sama . Sekali lagi upload gambar Elly bersama dengan Aina di socmade . Gmabar yg Elly upload kedua tersebut membuat semua orang terkejut apabila mengetahui yang keluar dengan Elly adalah sebenarnya perempuan. Ashraf pula asyik melayan perasaannya .
Seminggu kemudian ,Aina pun balik ke rumahnya dan tinggal Elly bersama ibunya di rumah . Seperti biasa juga , Elly berkurung di biliknya dan memerluk anak patung beruang sambil menangis kerana tak dapat menahan rasa rindunya pada arwah Clayton. Elly upload tentang perasaan sedihnya .
Seketika Ashraf membalas status Elly tersebut dan tanpa berfikir panjang terus meluahkan isi harinya pada Elly dan janji akan selalu menjaga Elly dengan sebaik mungkin . Perlahan Elly cuba menerima kehadiran Ashraf .perlahan juga Elly cuba mencintai dan menyanyangi Ashraf
****************************
Pertama kali Oncall pula , Ashraf dan Elly pula banyak benda yang mereka cerita sesama sendiri . Bila video call pula ,bukannya berbual tapi ketawa tak berhenti dan tutup video call. Selepas itu video call semula dan mula berbual dan bergurau mesra .
Makin hari Elly dan Ashraf makin rapat dan Elly mula menyanyangi dan mencintai Ashraf sepenuhnya . Sepanjang Elly dan Ashraf bersama mereka banyak habiskan masa dengan sesama sendiri . Sampai tidur pun Elly , Ashraf yang temankan .
Masa Ashraf turun kerja pula , kadang-kadang Elly yang temankan kalau Elly tidur lewat .Kadang-kadang sebelum kerja malam , Elly dan Ashraf sempat call sekejap untuk bercerita dan berbual .
Makin lama mereka mengwnali satu sama lain ,makin banyak cerita remeh mereka kongsikan bahkan hal remeh pun mereka jadikan cerita . Sesekali mereka membuat lawak untuk menghibur diri .
Pertama kali berlakunya salah faham pula , kerana Ashraf tanpa sengaja melayan perempuan lain ,tapi Elly menyangka yang Ashraf sengaja melayan perempuan lain . Dalam hubungan Elly paling takut diabaikan dan bila pasangan melayan orang lain . Elly tahu yang dalam hubungan percintaan, harus wajib ada perasan cemburu tapi akibat terlalu menyayangi Ashraf Elly tak mampu untuk kawal perasaan amarahnya .
Hingga tak tahan dengan tuduhan Elly,Ashraf tanpa sengaja meninggikan suara pada Elly hingga membuat Elly ketakutan . Dalam masa yang sama Elly merasakan sakit yang amat sakit hingga dada Elly terasa sesak . Ashraf yang tak senang hati dengan kelakuannya sebentar tadi , terus cuba menelefon Elly semula tapi ditutup oleh Elly .Segera Elly menceritakan keadaannya pada Ren dan malam itu juga Ren mengemas barangnya dan keesokan harinya , Ren terus ke rumah Elly , untuk melihat keadaan Elly. Masa Elly membukakan pintu untuk Ren , Elly terus pengsan tepat di bahu Ren.
Dengan cepat Ren melepaskan beg pakaiannya dan menggendung Elly masuk ke rumah dan membaringkan Elly di atas katil .Sekali lagi Ashraf cuba call Elly tapi tetap tak dijawab .hingga Ashraf chat Elly untuk memujuk ,tapi dibalas oleh Ren.
Share this novel