BAB 8

Spiritual Completed 2035

Kegembiraan dan semangatku bagai direntap sama sekali. Perasaan ragu dan tidak yakin seringkali menghantui hati.

Hanya tinggal aku keseorangan di rumah. Doktor dan jururawat peribadi yang mama maksudkan itu hanya datang setiap kali berlakunya perkara yang tidak terduga terhadapku.

Tidak terfikirkah mereka betapa sukarnya untuk aku menguruskan segalanya sendiri? Aku menderita! Mujurlah sahabat baikku, Hazman akan datang ke rumah selepas habis kelas bagi menemani diri ini. Dia begitu mengambil berat terhadapku serta seringkali bersengkang mata bagi memastikan aku sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Aku rindukan mereka, kanak-kanak yang cukup keletah. Idin, Aidad, Faiz juga arwah Momo. Abang Fir sayang kamu semua!

Aidad….memang nakal dan keletah. Tapi manja. Kalau Idin pulak, kelakar dan mudah tersenyum. Faiz pendiam tapi suka buat lawak. Akhir sekali, Momo. Nama yang comel macam tuannya. Sengaja ku conteng diari itu dengan tulisan sebesar mungkin. Biar penuh satu muka surat.

Semoga masih panjang Jalan yang mampu ku lalui Meski hari esok Tidak menjanjikan detik Seindah hari ini

Biar dapat ku lunaskan Terbias bahagia buat mereka Andai tiba masa ku pergi Jangan lagi ditangisi

Namun ku masih punya harapan Agar dapat aku jadikan Setiap kenangan yang terhebat Adalah rahmat dalam kehidupan ini

Aku bersyukur pada Tuhan Kerana masih ada upaya Walaupun sukar Mesti teruskan sehingga ke akhirnya

Kesakitan menyucuk-nyucuk seluruh badanku terutama pinggang. Menggigil tanganku mencapai telefon bimbit yang terletak di birai katil. Bibir diketap semahu-mahunya. Berulang kali aku beristighfar. Tanpa sedar, berpeluh seluruh anggota badanku menahan kesakitan yang sungguh kuat ini. Lambat pula Hazman menjawab panggilan. Dalam kelas agaknya. Puas aku beristighfar menanti agar panggilan bersambut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience