BAB 2

Spiritual Completed 2035

“Saya Aidad, umur Aidad baru enam tahun. Dia yang botak tu, Faiz. Yang pegang belon tu pulak Momo,” manja suara kanak-kanak perempuan itu menerangkan seorang demi seorang nama sahabatnya.

Ternyata hubungan mereka sememangnya akrab. Malahan, menjadi satu-satunya kanak-kanak perempuan dalam kelompok ini tidak mendatangkan kejanggalan buatnya. Selesai memperkenalkan diri mereka, seorang demi seorang bangun dan menyalami aku. Betapa bijaknya mereka menghormati orang yang lebih tua.

“Oh! Pandai adik-adik abang Fir ni. Dah makan ke semua? Kalau tak abang belanja makan gula-gula nak?” aku sengaja mengumpan mereka. Masing-masing bersorak gembira. Terhibur aku melihat gelagat mereka ini. Kanak-kanak sememangnya penyeri dunia.

“Faiz nak! Tapi kamu semua kena beratur dulu,” bagai kapten pula lagak Faiz. Namun, arahannya diterima baik memandangkan mereka semua berbaris sebelum mengambil sebiji gula-gula seorang dari tanganku.

“Abang bagi gula-gula ni, jangan bagitahu doktor ye,” ucapku perlahan sambil meletakkan jari telunjuk ke mulut. Mereka mengangguk dan turut melakukan perbuatan yang serupa.

“Doktor bagi kami makan gula-gula, tapi tak boleh makan selalu. Kalau kami tak nak buat rawatan, doktor pujuk dengan gula-gula,” jujur kanak-kanak itu memberitahuku. Mendengar penjelasan mereka itu, aku memanggil kesemuanya agar menghampiri ku. Masing-masing mendekatkan tubuh ke arahku lalu membentuk bulatan.

“Abang Fir boleh bagi gula-gula, tapi nanti gigi yang cantik-cantik ni semua rosak. Kalau rosak, nanti rongak dan takde orang nak kawan. Jadi, jangan degil kalau nak gigi cantik. Kena dengar cakap doktor tahu?” pujukku dalam nada gurauan. Mereka tergelak mendengarnya.

Mintak-mintaklah mereka makan kelentong. Sudah lumrah semua kanak-kanak menggemari gula-gula. Namun, dalam keadaan mereka ini tak mungkin gula-gula boleh dinikmati dalam jumlah sekerap kanak-kanak normal yang lain.

Duniaku di sini tidak lagi membosankan. Kehadiran mereka berempat membuatkan diri ini semakin bersemangat, hingga adakalanya terlupa bahawa tubuhku sedang menanggung beban yang tak mampu dizahirkan oleh kata-kata. Menggeletar aku setiap kali menahan kesakitan yang menyerang, namun segalanya sudah biasa aku harungi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience