Dengan Hamdan kini tiada lagi dalam ahli lembaga kelab, Johan dan Zariq kini mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk membina semula Elma FC mengikut visi asal mereka.
Mereka sedar, cabaran seterusnya adalah lebih besar—iaitu membawa kelab ini ke tahap yang lebih tinggi, dan membuktikan bahawa mereka boleh berjaya tanpa sokongan kewangan yang besar dari pelabur-pelabur seperti Hamdan.
Dalam mesyuarat pertama mereka selepas mengambil alih semula kelab, Johan berdiri dihadapan kakitangan kelab dan pasukan kejurulatihan. Wajahnya serius, namun penuh dengan keyakinan.
“Kita telah melalui banyak cabaran untuk sampai ke tahap ini,” kata Johan, memandang ke arah mereka semua. “Tetapi sekarang, kita ada peluang untuk mencipta sesuatu yang lebih hebat. Kita akan mulakan dengan membangunkan semula asas kelab ini—daripada akademi pemain muda sehinggalah strategi pasukan utama.”
Zariq menyambung, “Kita tak boleh bergantung kepada pelabur besar atau duit yang datang secara mudah. Kita akan bangunkan pemain-pemain muda kita dan kita akan gunakan strategi yang berkesan untuk bawa Elma FC ke liga yang lebih tinggi.”
Semua kakitangan kelab mengangguk dan merasakan semangat yang mula menyala dalam diri mereka. Walaupun perjalanannya pasti sukar tetapi mereka tahu bahawa visi Johan dan Zariq adalah sesuatu yang mereka perlu yakini sepenuhnya.
“Kita telah melalui banyak cabaran untuk sampai ke tahap ini,”
Share this novel