SIHIR TAMAT.

Thriller Series 244

SIHIR BHGN 8.

BERKUMAT-kamit mulut dukun dari Tanah Seberang itu melawan dari tempatnya.

Dia juga ada jurus-jurusnya. Mantera Jawa Kuno semakin kuat dengan Afiq di luar pula terpaksa berlari semula ke rumah Pak Karto dek tubuhnya yang terasa seperti sedang duduk di atas bara api.

"Argh!" Tengking Pak Karto lalu kedua-dua belah tapak tangan tegak ke lantai papan reaksi setelah menghempuk lantai. Wajah semakin merah-padam.

"Panas! Panas Pak Karto!" Afiq memekik dan terus terjelepuk ke lantai mendepani alatan pemujaan dukun tersebut.

"Goblok! Ngapain kamu tidak khabarkan pada aku tentang bekas isteri kamu? Kamu tahu nggak dia sedang melawan kamu dari tempatnya!" Tempik Pak Karto dalam keadaan mata putihnya saja yang kelihatan.

Kedua-dua belah tangan serta jari-jemarinya membengkok seakan ingin mencakar lantai saja. Sesekali wajah itu, menyeringai garang pada Afiq yang terpinga-pinga dalam kepanasan.

"Aku tak tahu, tok. Sumpah! Aku memang tak ambil kisah langsung!" Jawab Afiq ternganga-nganga mulut dek kekeringan tekak. Berpeluh-peluh badannya.

"Brengsek! Mereka tidak tahu siapa kulo lagi. Nggak papa. Serah saja pada kulo!" Ujar Pak Karto lantas mendongakkan muka menyeringainya ke atas.

Manakala pandangan Afiq pula semakin berbalam-balam. Jenuh dia menenyeh-nenyehkan matanya namun pandangannya tetap tidak jelas.

"Tak guna kau, Mira. Kau pula cuba nak lawan aku ya? Argh! Efy pula di sana. Argh! Bangsat sungguhlah. Mesti dah ada orang yang selamatkan dia ni. Sial sungguhlah panas badan aku ni!" Bentak Afiq seraya teringatkan tentang Haji Saufi yang rapat dengan keluarga bekas mentuanya itu.

"Ini mesti kerja dia. Aku tak syak orang lain. Tengok! Habis kulit tangan aku melepuh-lepuh. Aduh! Aduh!" Afiq selepas saja selesai berleter sambil merenung kulit tangannya yang seperti terkena siraman air panas saja, dia beraduh pula dan bingkas bangun.

"Tok! Pak Karto! Tolong aku. Aku sakit ni!" Afiq yang tidak tahan memekik, memanggil namun dukun berdarah Jawa itu sedang beradu di satu lagi alam dengan si lawannya.

Afiq bukan saja dalam kepanasan. Dia juga terpaksa menahan sakit di celahan kakinya. Dia juga tidak tahu mengapa. Namun ia teramat menyakitkan.

***

Manakala Efy pula dalam perjalanan ke hospital. Dia bernasib baik ada sekumpulan remaja bermotor membantunya.

Efy tetap nampak dan dengar segala soalan mereka walau ia samar-samar dek rasa memusingnya serta lelehan darah di dahi.

Merekalah yang menelefon pihak ambulans. Dan mereka menemui nombor Mira jadi dari situlah Mira dapat tahu.

Hanya Mira tidak mampu nak bersuara kerana di ketika itu, Haji Saufi sedang 'berlawan' dengan Pak Karto di satu alam yang lain.

Haji Saufi hanya berpeluk tubuh tetapi lidahnya dibasahi zikirullah selain ayat-ayat ruqyah.

"Pak, mak... Mira nak ajak adik ke hospital. Ada orang hantar mesej katanya Efy kemalangan kini dalam perjalanan untuk ke hospital," bisik Mira akhirnya.

Bapak dan juga emak Mira menitipkan pesan agar berhati-hati. Berat juga mereka nak mengizinkannya tetapi demi rasa prihatin mereka merelakan.

"Kalau Ika terjaga. Emak cakap ya ke mana Mira pergi," pesan Mira setelah si adik sudah bersedia dengan kunci kereta. Emak pun mengangguk.

Kini tinggallah mereka berdua menemani Haji Saufi yang sedang dalam melakukan pertarungan batin.

Di rumah mereka semuanya berada di dalam keadaan aman tetapi tidak di rumah Pak Karto yang bingit dengan pekikan.

Pak Karto mencakar. Bukan saja mencakar-cakar lantai papan malahan tangan berjemari bengkoknya itu tergawang-gawang pula.

Tangkal yang berada di dalam kereta Efy terbakar dengan sendiri sewaktu azan maghrib berkumandang.

Hanya telefon bimbit dan kad pengenalan saja yang sempat di selamatkan setelah kereta itu terbakar. Total loss.

Tidak ada saksi kejadian. Hanya sekumpulan remaja itu saja yang membuat laporan polis.

Akhirnya pihak polis dapat mengesani kereta itu milik siapa berdasar nombor plat. Dari situlah mereka tahu Noer Effina yang seringkali membuat laporan ugutan bunuh oleh suaminya itu.

Kini mereka dalam usaha menjejaki kereta Proton Persona yang dipandu oleh Afiq Abdul Rahman.

***

Afiq akhirnya jatuh pengsan tatkala 'busut' nya meninggi tanpa mahu menurun tanpa sebab-musabab.

Manakala Pak Karto pula masih lagi berlawan dengan Haji Saufi. Air takungan dalam batil tembaga juga berkocakkan.

Kesemua belaan-belaannya juga huru-hara dengan tidak semena-mena.

Haji Saufi terbuka matanya. Dia juga kepenatan. Berpeluh-peluh padang dahinya sambil diperhatikan oleh kedua-dua orang tua, Mira.

"Kamu ikut aku. Kita ke muara," ujar Haji Saufi dan terus bangun. Kedua-dua pasangan veteran itu saling berpandangan buat seketika.

"Nak buat apa kita ke sana, Aji?"

"Di sanalah permulaan pada apa yang berlaku ini. Aku nak leraikan. Mira pula ke mana?" Soal Haji Saufi yang perasan tentang Mira.

"Tadi ada orang buat panggilan telefon. Katanya Efy kemalangan dan dalam perjalanan ke hospital," jawab bapak Mira yang juga sudah bangun.

"Allah... dari tadi aku memang dapat rasa sesuatu terjadi pada perempuan ini. Tapi aku doakan dia selamat. Marilah cepat kita ke sana..."

"Aji, bagaimana pula dengan tadi? Afiq dengan dukun Jawa itu?"

"Yang itu, nanti kau lihatlah..."

***

Berselang beberapa hari, Mira hadir dengan kedua ibubapanya dan juga Haji Saufi.

Ada beberapa soalan yang Haji Saufi kemukakan pada Efy. Efy dengan tenang menjawab. Namun dia meminta maaf kerana tidak sempat nak bawa keluar sama tangkal milik Afiq.

Haji Saufi hanya mengangguk.

"Assalamualaikum, siapa Noer Effina?" Sapaan satu suara memalingkan ke semua yang ada di situ ke arah pintu.

Ada dua orang pegawai polis berpakaian preman saja. Efy bersuara. Lalu mereka ingin mengambil keterangan dari wanita itu mengenai penemuan kereta Afiq di sebuah rumah usang.

"Dan awak adalah Mira?" Soal salah-seorang pegawai itu. Mira mengangguk dan menjawab iya dia adalah bekas isteri kepada Afiq.

"Ni memang Proton Persona yang Afiq bawa," ujar Efy setelah melihat gambar.

"Baiklah. Menurut siasatan kami. Kereta ini sudah beberapa hari tersadai di depan rumah yang para penduduk di situ nyatakan sebagai sebuah rumah penuh misteri. Apa yang kami dapati dalam rumah itu ada banyak alatan pemujaan selain penemuan mayat seorang lelaki yang salah-seorang pemuda di situ katakan sebagai dukun. Punca kematian masih dalam siasatan."

"Cuma yang menjadi persoalan adalah mengenai Afiq. Kami tidak menemui dia."

Efy dan Mira saling berpandangan. Efy merupakan insan yang paling takut mendengarnya. Walau Haji Saufi mengatakan semuanya sudah dia leraikan namun saat mendengar akan kehilangan Afiq secara auto perasaan resah itu kembali hadir.

"Tapi cik puan berdua tidak perlu khuatir. Kami tetap akan menjalankan siasatan memandangkan selain Puan Efy, ada beberapa lagi laporan mengenai penipuan yang Afiq lakukan. Sudah pastilah kami tidak akan duduk diam."

***

Sehingga kini, saya sebagai penukil kisah Kak Efy ini masih lagi ingin tahu akan kes tersebut.

Sekiranya kakak ada terbaca kisah ini. Kakak mesti tahu siapa saya. Hubungilah saya.

- Tamat-

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience