SIHIR BHGN 7.
"KAU nak lari ke mana? Kan aku dah kata. Kau takkan boleh lari dari aku. Mana barang aku? Bagi pada aku balik!" Sambil tersenyum sinis, Afiq menyoal.
Dia semakin maju. Efy kian ke belakang lalu tubuh belakangnya pula terhempas pada sofa berbentuk L yang sememangnya tersedia dalam suite.
Sungguh, Efy pucat lesi kini. Dia benar-benar tidak percaya, lelaki durjana itu boleh mengesan di mana tempat tinggal sementaranya.
Sebenarnya, Efy alpa bahawa 'informer' Afiq ramai diluar sana dek kerana Efy terburu dalam membuat keputusan.
Hempasan pouch bag Afiq ke lantai, makin meresahkan jiwa Efy. Memang ternyata Afiq, bukan calang orang.
'Oh tuhan, bagaimana aku boleh bersama dengan manusia ini?' Desis hati gundah Efy. Dia sudahlah terperangkap.
"Hoi perempuan! Dah pandai sekarang ya? Oh, ada hati nak lari?Kau ingat aku bodoh?Kau fikir, aku tak dapat trace engkau walau engkau tak jawab setiap panggilan dan juga mesej aku. Oh...mungkin, kau dah lupa ya? Tentang kain putih yang kita buang sama-sama di muara? Kau nak leraikan benda tu, tak semudah yang kau sangkalah bodoh!"
Makin tersentak jiwa Efy di saat terpaan lelaki itu. Dia yang lalai akhirnya dapat juga dicengkam rambutnya. Malahan setelah dapat mencekak sambil menengking, sengaja Afiq angkat-angkatkan lagi cengkaman rambut tersebut, biarpun Efy makin azab di ketika itu.
"Lepaslah! Aku
sakit. Ya, memang aku nak lari dari kau. Puas hati!" Sahut Efy masih
mencuba melepaskan dirinya.
Lelaki itu, benar-benar tiada
perikemanusiaan langsung. Yang dia tahu, ikut nafsu syaitannya sahaja!
"Ikut aku!" Arah Afiq dengan menarik rambut Efy sehingga Efy yang rasa seperti nak tercabut kulit kepalanya itu, bangun secara terpaksa dan penuh kesakitan.
Makin dia melawan. Makin Afiq menunjuk sikap dominant. Dia seolah-olah suka dan puas melihat wajah Efy dalam kerengsaan dari perbuatannya.
Dia juga bingkas bangun namun tangan pada rambut Efy, masih lagi tidak dilepaskan. Malahan diheretnya wanita itu, supaya mendekati pintu biarpun, telinganya
di cemari pekikkan Efy
yang teramat sakit,
diheret dalam keadaan rambutnya sebegitu rupa.
Hampir sahaja tangan Afiq pada tombol pintu. Efy dengan sekuat hati menolak tangan Afiq. Afiq juga tidak berdiam diri.
Efy menolak, dia menepis manakala tangan lagi satu memulas tombol. Niatnya hanya satu, mahu memalukan wanita itu, supaya mereka yang lalu untuk ke bilik melihat sandiwara mereka berdua.
"Lepaskan aku. Kau memang nak cari pasal. Buat pengetahuan kau, aku dah report polis pasal kau cuba bunuh aku!"
"Bro,sabar... bro! Dia perempuan..." Celah satu suara tatkala
penampar Afiq lagi sekali mahu hinggap ke muka Efy yang kini tersembam jua ke lantai akibat tolak-menolak yang berlaku dalam beberapa minit itu.
Sakit tapak tangannya. Sakit dahinya momentum dentuman pada lantai luar hotel. Pintu sememangnya lapang ngangaannya.
"Kau siapa, yang nak sibuk-sibuk hal aku?" Soal Afiq seraya menunjuk genggaman buku limanya ke muka seorang lelaki yang mahu ke biliknya itu.
Namun dek kerana tidak sampai hati melihat wanita itu menjadi mangsa pukulan, dia terpaksa
mencelah di tengah-tengah perbalahan suami isteri tersebut.
Efy yang mendongak bersegera mengengsotkan tubuhnya itu, agar makin menjauh ke belakang sebelum dia kelam-kabut
bangkit.
Dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada, di saat Afiq ralit bertikam lidah dengan lelaki asing tersebut. Efy tanpa ingin berpaling lagi, dia langsung membuka langkah seribunya.
Pintu lif yang terbuka secara tiba-tiba itu, seakan-akan
berpihak padanya, Efy terus berlari masuk ke dalam dan menekan punat dalam keadaan terkocoh-kocoh.
"Perempuan tak guna kau nak lari mana, hah!Nanti kau!" Pekik Afiq tanpa mahu mengendahkan lelaki asing yang kelihatan terpinga-pinga itu.
"Suami apa macam ini. Berkasar dengan perempuan, huh!" Kecam si lelaki asing itu dan terus menuju ke arah pintu suitenya semula.
Sementara itu, Afiq lebih sanggup berlari di tangga kecemasan untuk sampai ke parkir underground. Nasiblah aras yang Efy duduki itu tidaklah terlalu tinggi.
Terbuka saja pintu, Efy terus berlari ke arah keretanya dia tahu Afiq sedang mengejarnya dari belakang. Tangkal masih ada dalam tas tangan sling bag nya itu.
"Aku kena balik JB terus nampak gayanya. Lantaklah. Malam sampai pun malamlah. Aku yakin, mesti Afiq akan call lagi spy dia!" Ujar Efy termengah-mengah membolosi ke dalam kereta.
"Hoi!" Suara pekikkan Afiq bergemaan di ruangan sepi itu sewaktu kereta yang dipandu oleh Efy melalui tepinya. Dia juga terus berlari ke arah Personanya.
"Dasar sundal! Kau memang nak tengok gila aku kan?" Hamun Afiq menarik tali seat belt dengan kasar dan tanpa mahu membuang masa lagi, kereta terus meluncur keluar dari parkir bawah bangunan.
Dia yang pada mulanya ingin parkir kereta Proton Persona nya itu di parkir depan bangunan, tidak jadi malahan terus saja dia masuk semula dan memandu ke arah parkir bawah bangunan.
Pemanduannya juga menjadi tidak stabil dek menahan amarah yang digambarkan melalui genggaman kejap, pada stereng.
Dari jalan besar, dia akan memasuki pula ke satu lorong kecil. Tiada lagi, aspal bertar hanya
jalan tanah merah yang sana, sininya berlopak.
Lokasi tersebut tiada
siapa ketahui waima, Efy sekalipun.
Hanya dia yang tahu.
Pak Karto yang sedang bersila di atas pangkin yang terletak di tepi sebuah perigi buta, hanya memandang tanpa berkelip.
Asap dari rokok daunnya saja yang berkepul-kepul. Puntung yang tinggal separuh itu, ditarik dari celahan bibir lalu dicampakkan ke tanah.
Pak Karto bingkas bangun dengan melompat dari atas pangkin. Blangkon
yang sedikit senget
kepalanya dibetulkan semula.
Afiq dengan wajah masam mencuka tanpa salam, terus meminta
sesuatu. Sesuatu yang akan membuatkan Efy makin terseksa.
Soal 'pengeras' yang dipinta, sedikit pun tak membuat Afiq rasa tercabar. Dia sanggup. Poketnya sentiasa penuh.
"Aku tak mahu dia
pergi dari hidup aku. Aku mahu kau, buat dia
merasa erti seksa yang sebenar!"
Pak Karto tersenyum-senyum. Manakan tidak, setelah seharian tiada pelanggan petang ini saja dia dapat pulun habis.
"Yuk, masuk ke dalam rumah. Apa yang kau ingin aku lakukan?" Pak Karto menyoal dengan sesekali matanya mengarah 'sesuatu' di hadapan rumahnya itu agar pergi.
Afiq pula tetap dengan reaksi mencukanya itu. Dah pelbagai dia lakukan pada Efy. Tapi, kedegilan gadis itu
tetap membuatnya rasa
tercabar.
Semua benda dari tubuh Efy dah diambilnya seperti rambut, kuku dan juga darah bulanannya. Dia jugs sanggup mencuri barangan dalaman wanita itu untuk diserahkan pada dukun Tanah Seberang itu.
Gambar Efy pula dah
berkali dia lalukan
di bawah celahan kakinya. Supaya ilmu
itu bertambah ampuh.
"Aku mahu kau halang dia dari balik ke kampung. Dia sekarang sudah lari dari aku. Aku tak benarkan dia ke sana. Dia cabar ilmu aku!!!"
Apa saja akan
Afiq lakukan, supaya Efy tak menjauh. Dan ini yang membuatkan Efy tertanya-tanya.
Jika benar sayang?
Kenapa layan dan tidur dengan perempuan lain?
Alasan yang seringkali dan hampir jelak Efy dengar, adalah kerana duit!
Apakah selama ini, Efy tidak membantu?
Efy yang baru keluar dari balai kini merasa sedikit lega. Dia menapak semula ke
arah keretanya.
Termasuk kali ini, hampir tiga kali dia tebalkan muka ke balai polis. Sehingga ada yang menyindirnya.
'You' re not in my
shoes!' Itu saja yang termampu hati Efy gumamkan tatkala menerima sindiran pegawai penerima laporan.
Efy juga terpaksa jalan terhenjut-henjut
kerana kedua belah
kakinya sakit, kesan
hantukan kuat di atas
lantai saat ditolak
secara kuat oleh Afiq.
Adamasanya, dia
mendesah dan paling kerap Efy mengaduh
sakit secara sendirian
saat mahu memijak, pedal minyak.
Jalan untuk ke JB masih lagi jauh, namun entah kenapa perutnya
tiba-tiba merasa senak serta pedih.
"Ya Allah,takkan sakit gastrik aku muncul semula? Aku
nak cepat keluar dari sini..."
Kereta yang dipandu oleh Efy makin perlahan, sebelah tangan mengawal stereng manakala
yang lagi sebelah pula menekan-nekan perut yang semakin
sakit.
la terlalu menyucuk- yucuk. Bukan itu sahaja, dahinya juga mulai berdenyut- denyut. Penglihatan seakan kabur.
Dalam saat yang sama juga, meskipun apa yang dilihat berbalam-balam tetapi Efy yakin serta nampak keretanya sedang
dikelilingi sekumpulan
kabus tebal.
"Allah!" Stereng terlepas dari genggaman.
Bilamana kedua-dua belah telapak tangannya menutup muka kerana dia di saat itu, merasa
teramat takut untuk memandang hadapan.
la berlaku hanya pada pandangan Efy sahaja. Efy nampak pula satu wajah yang amat buruk sedang merenung tajam dari arah Iuar cermin hadapan.
Hakikatnya keretanya merempuh tiang elektrik. Penangan rempuhan itu, Efy yang menutup mukanya terus terhantuk dan tersembam atas stereng kereta diiringi bunyi hon yang nyaring.
***
"Kamu tahu di mana wanita itu tinggal? Aku juga mendapat firasat yang wanita itu bukan sembarangan orang. Tapi aku juga merasakan dia kini di dalam bahaya."
Kata-kata dari pengamal perubatan itu membuatkan Mira dengan bapanya saling berpandangan.
"Apa yang saya tahu bekas suami saya memang sudah bernikah dengan dia..." Sahut Mira teringatkan akan gambar yang Afiq sengaja tunjukkan pada dirinya sewaktu di mahkamah tempoh hari.
Sengaja ingin menambah luka di hati. Pengamal perubatan itu hanya mengangguk.
"Menurut apa yang kamu ceritakan pada saya. Bekas suami kamu itu mengamalkan ilmu hitam yang kuat. Bukan sebarang dukun dia berjumpa itu. Tapi walaubagaimana pun tetap tak dapat menandingini Kekuasaan Allah Swt."
Di rumah Pak Karto pula. Pak Karto terhempas ke dinding dengan tidak semena-mena selepas dia berjaya mencelakakan Efy.
Manakala Afiq pula entah tersepak apa. Dia juga lalu tersembam ke tanah. Rasa berbahang kembali semula namun dia tetap bangkit.
Dia tetap ingin pergi ke tempat yang di nyatakan oleh informer nya. Dia yakin kes kemalangan itu adalah Efy.
*Sambung...
Share this novel